Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.
Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah menjelang 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera.
Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.
Raja
Pembebasan RPK ini adalah siri-siri kepada kemenangan mangsa ISA mendapat pembelaan di mahkamah sepertimana dalam kes Ezam dan juga kesAbdul Malek Hussein yang mendapat 2.5 juta bagi ganti rugi am kerana penahanan secara salah beliau di bawah ISA.
Sepertimana pendirian tegas GMUKM yang mengesa agar undang-undang ISA ini dihapuskan itu. Kemenangan Raja Petra membuktikan bahawa tahanan tanpa bicara adalah tidak sesuai dalam negara demokrasi seperti hari ini. GMUKM akan terus komited untuk menentang akta zalim ini sebagaimana komitednya GMUKM dalam menentang kewujudan AUKU kepada mahasiswa.
0 comments:
Post a Comment