Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 3, 2008

Selepas 17 Oktober, baru menteri respon tentang PRK??


KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan mencampuri urusan Pilihan Raya Kampus (PRK) sebaliknya menyerahkan hal ehwal mengenainya kepada universiti yang terbabit.

Dalam ucapan penggulungan bagi perbahasan Bajet 2009 Parlimen Kedua Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat hari ini, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin menyentuh hal yang sedang hangat dibincangkan oleh sebahagian kelompok mahasiswa sejak akhir-akhir ini.

"Kementerian bersetuju agar tiada campur tangan politik di dalam universiti sama ada daripada parti pembangkang ataupun pihak kerajaan," katanya kepada sidang dewan.

Tegasnya, pihak KPT juga menyerahkan kepada pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing untuk menentukan tarikh PRK serta kaedah pelaksanaannya.

"Naib Canselor berkuasa untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya tanpa campurtangan Kementerian bagi menentukan urusan pembelajaran para pelajar dan menggunakan kaedah pemilihan (PRK) yang bersesuaian dan adil kepada semua," ujarnya.

Beliau turut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) mengenai peratus keluar mengundi mahasiswa yang kian merosot iaitu kurang daripada 50 peratus pada PRK di IPTA pantai Timur baru-baru ini.

"KPT tidak campur tangan untuk masuk ke IPT bagi menyeru pelajar untuk keluar mengundi, terpulang kepada kampus tersebut untuk meningkatkannya," tegasnya.

Sementara itu, Khaled enggan membincangkan mengenai aduan kes-kes yang membabitkan rampasan komputer peribadi, risalah dan pembuangan pelajar daripada kolej yang dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

"Jumlahnya (kes-kes) terlalu kecil dan saya yakin universiti mampu menguruskan perkara ini," katanya lagi.

Fong juga meminta Khaled menyatakan jaminan keadilan dan ketelusan PRK akan datang.

"Apakah jaminan PRK akan dilaksanakan secara adil dan telus dan adakah pihak KPT bercadang untuk melantik Suhakam dan mana-mana ahli parlimen yang berminat (dalam isu ini) untuk menjadi pemantau perjalanan PRK?" katanya.

Namun, Khaled tidak mengulas mengenai isu tersebut sebaliknya menyerahkan kepada pihak kampus bagi menguruskannya.

Khaled juga enggan menjawab persoalan mengenai 'caretaker government' (kerajaan sementara) dan sistem e-voting yang dijalankan serentak tidak lama lagi, yang disuarakan oleh beberapa ahli-ahli parlimen dalam perbahasan sebelum ini.

Sementara itu, KPT juga katanya, tidak akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Kerajaan ujarnya, tidak bercadang untuk memansuhkan Auku. Ianya telah dibacakan kali pertama pada bulan Julai lalu dan akan dibacakan kali kedua dan seterusnya dibahaskan di parlimen

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !