Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, November 23, 2008

Tolak Aspirasi , Sokong GM - Mahasiswa



Pengundian dua diskusi umum telah ditutup. Bagi pengumpulan fakta kes Pilihanraya Kampus 07/08, daripada 76 responden, seramai 36 atau 47% telah menyatakan bahawa mereka telah diugut oleh Felo/Pengetua/Aspirasi, 17 atau sebanyak 22%) responden mengakui bahawa mereka tidak tahu kewujudan GM menyebabkan mereka memangkah Aspirasi, dan 17% atau 13 responden menyatakan bahawa mereka diberi rasuah merit oleh Kolej. Paling mengejutkan ialah seramai 10 respondeng membuat pengakuan bahawa mereka adalah pengundi hantu.

Pengakuan-pengakuan di atas membuktikan bahawa segala dakwaan yang dikeluarkan oleh GMUKM selama ini adalah benar dan bukannya fitnah. Memang terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan oleh pihak pentadbiran terutamanya pengetua kolej untuk memenangkan pihak Aspirasi. GMUKM berikrar bahawa segala penyelewengan akan ditentang pada PRK tahun hadapan dan awas kepada pihak terbabit, mahasiswa sedang mengadili anda mulai sekarang.

Saya diugut oleh Felo/Pengetua/Aspirasi

36 (47%)

Saya diberikan rasuah merit oleh Kolej

13 (17%)

Saya sebagai pengundi hantu

10 (13%)

Saya tidak tahu kewujudan GM menyebabkan saya memangkah Aspirasi

17 (22%)


Dalam pengundian berkaitan sama ada GMUKM atau Aspirasi akan menang dalam PRK ini dengan majoriti besar atau kecil, telah memperlihatkan hasil keputusan yang agak mengejutkan dan menepati telahan ramai pihak sebelum ini.


Dengan seramai 149 Responden, seramai 63 orang atau 42 peratus telah memilih bahawa GMUKM akan menang majoriti besar pada PRK kali ini. Manakala 39 responden iaitu kira-kira 26 peratus telah memilih bahawa dalam PRK kali ini, Aspirasi akan menang dengan majoriti besar.


Sementara itu, melalui pengundian itu juga, seramai 39 orang mahasiswa telah mengundi untuk menyatakan bahawa GMUKM akan menang dalam PRK kali ini tetapi dengan majoriti yang kecil. Sebaliknya 16 peratus atau 25 responden memilih untuk mengundi bahawa Aspirasi hanya menang tipis dalam PRK kali ini.


Daripada pola pengundian di atas, jelas bahawa GMUKM mendapat kepercayaan ramai pihak untuk mentadbir PMUKM akan datang. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa mahasiswa mahukan perubahan dan udara yang segar dalam kepimpinan UKM. Sama ada menang dengan majoriti kecil atau besar, itu soal kedua bagi mahasiswa tetapi paling penting, mahasiswa mahukan perubahan dan harapan baru. Semoga tahun 2009 akan menjadikan tahun harapan yang baru buat mahasiswa UKM


GMUKM akan menang majoriti besar PRK kali ini

63 (42%)

GMUKM hanya menang majoriti kecil dalam PRK kali ini

22 (14%)

Aspirasi akan menang dengan majoriti besar dalam PRK kali ini

39 (26%)

Aspirasi hanya menang tipis dalam PRK kali ini

25 (16%)

3 comments:

Lingswaran Singh said...

Oleh Lee Khai Loon

Apakah anda berminat serta mengambil berat dalam pilihanraya kampus?

Jawapan rata-ratanya adalah tidak untuk kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi di IPTA. Sebabnya bukan sekadar pengaruh luar pilihanraya kampus IPTA jika berbanding dengan Pilihanraya Umum yang membolehkan keseluruhan rakyat Malaysia berpeluang untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan untuk memimpin mereka. Malahan, pengaruh pilihanraya kampus yang ada di Malaysia telah sengaja diperlekehkan atau dijadikan sesuatu yang kurang relevan. Kebanyakan mahasiswa tidak sedar akan kepentingan pilihanraya kampus kerana mereka telah disekat secara langsung dan tidak langsung oleh pihak universiti terutamanya dari Jaabtan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Walaupun keputusan pilihanraya kampus tidak dapat mengubah pemerintahan kerajaan pusat dan negeri, malahan pengaruh dalam mengubah struktur pentadbiran kampus juga tidak wujud sama sekali. Namun demikian, terdapat banyak masalah yang wujud dalam pilihanraya kampus.

Sekatan yang utama dalam pilihanraya kampus adalah kerana wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Dengan adanya akta yang tidak adil ini di dalam kampus, kuasa Naib Canselor yang mutlak telah diperuntukkan dalam AUKU.

Masalah pokok adalah AUKU

Biasanya dalam satu pilihanraya kampus, Naib Canselor telah memberi kuasa kepada Timbalan Naib Canselor (TNC-HEP) untuk menjadi Pengarah Pilihanraya. Pengarah pilihanraya yang mempunyai kuasa termasuk menentukan kelayakan calon, peraturan penamaan, tempoh untuk kempen, cara pembuangan undi dan sebagainya.

Peranan TNC-HEP seperti Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Namun begitu, disebabkan perlantikan TNC adalah tertakluk kepada bidang kuasa NC dimana beliau biasanya mengikut perintah daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Lebih merisaukan apabila TNC-HEP yang tidak berpendirian neutral atau bertindak adil ke atas latar belakang politik seseorang calon. Biasanya calon-calon yang akan dibahagikan kepada dua kem iaitu kem pro-mahasiswa dan pro-kerajaan. Secara automatik, TNC-HEP akan berpihak kepada calon dalam kem pro kerajaan. Disebabkan oleh sikap TNC-HEP yang tidak adil serta bias, ramai bakal calon atau calon yang dilabel sebagai pro-pembangkang telah menghadapi rintangan yang besar dalam kempen pilihanraya.

Antaranya contoh adalah temuduga bakal-bakal calon, keupayaan calon dalam bahasa Inggeris serta pencapaian akademik yang sekurang-kurangnya CGPA 3.0. Kesemuanya pra-syarat telah menunjukkan proses pilihanraya kampus telah bercanggah dengan prinsip demokrasi iaitu setiap calon akan diuji melalui sokongan yang diterima oleh pengundi yang layak.

Masalah AUKU adalah masalah pokok dalam pelaksanaan pilihanraya kampus yang demokrasi. Sebagai institusi pengajian tinggi yang sepatutnya mengamal prinsip demokrasi serta menyediakan gelanggang persaingan di kalangan mahasiswa, pihak universiti telah mengambil langkah yang bertentangan produktiviti (counter-productive).

Sebenarnya, jika berbanding dengan Kesatuan Pelajar (Student Union) yang ada pada Universiti Malaya sebelum 1971 atau sebelum penggubalan AUKU, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hanya mempunyai kuasa untuk menjaga kebajikan mahasiswa. Malah, kuasa untuk mengurus kewangan persatuan pelajar juga tertakluk kepada HEP.

Harimau yang tidak bertaring

Pendek kata, MPP merupakan sebuah harimau yang tidak bertaring. Biasanya dasar-dasar universiti akan ditetapkan di dalam Majlis Senat Universiti. Malangnya MPP bukan ahli dalam Majlis Senat. Oleh itu, peranan MPP amat terhad dan hanya merupakan badan yang menyalurkan suara hati kepada pihak universiti.

Walaupun pilihanraya kampus dinampak seolah-olah tidak berpengaruh langsung, mengapakah pihak Kementerian serta HEP begitu risau dan bimbang dengan penglibatan yang aktif dalam pilihanraya kampus?

Motif Kementerian serta HEP untuk menguasai pilihanraya kampus adalah sangat jelas dimana pemimpin pelajar di IPTA dan IPTS akan mengikut perintah pihak universiti. Kewujudan pemimpin pelajar yang kritikal akan menyusahkan proses pentadbiran universiti terutamanya dalam hal yang berkenaan dengan mahasiswa.

Selain itu, suara mahasiswa yang boleh mempengaruhi pendapat orang ramai terhadap pihak yang berkuasa. Biasanya mahasiswa dianggap sebagai pembela rakyat dan masyarakat. Sekiranya terdapat ramai mahasiswa yang keluar dari kampus dan mengkritik dasar kerajaan, maka kredibiliti kerajaan akan merosot dan sekaligus mengugat kuasa pemerintahan.

Dengan tsunami politik 8 Mac tahun ini, pilihanraya kampus telah menjadi satu tumpuan di kalangan rakyat serta warga kampus. Berlainan dengan cara pada tahun yang lepas, tahun ini pilihanraya kampus tidak mempunyai satu tarikh yang umum dan sama untuk semua IPTA dan IPTS.

Sampai hari ini kita belum tahu bilanya pilihanraya kampus akan diadakan di setiap universiti di Malaysia. Akan tetapi, adalah penting untuk semua warga kampus bersedia dengan pilihanraya kampus yang akan berlangsung dalam tempoh yang tidak lama lagi.

Kesedaran warga kampus dalam pilihanraya kampus adalah mustahak. Selain daripada menjadi calon atau petugas kempen, mahasiswa sekurang-kurangnya boleh keluar mengundi. Tanggungjawab mahasiswa bukan sekadar belajar tetapi juga mengambil bahagian dalam pilihanraya kampus.

Pengalaman berpolitik

Petugas kempen merupakan ejen yang memainkan peranan yang berpengaruh. Proses kempen memberi pengalaman yang berharga kepada warga kampus khasnya dalam proses politik kampus. Melalui penyertaan pilihanraya secara calon atau petugas kempen, warga kampus akan berpeluang untuk berpolitik dalam kampus.

Konsep-konsep demokrasi, kepimpinan serta pengurusan yang biasanya diperkenalkan daripada membaca buku, sekarang boleh difahami melalui latihan yang sebenar iaitu pilihanraya kampus. Bakat-bakat pemimpin dapat dicungkil melalui pidato serta perbahasan.

Bagi aktivis-aktivis kampus demokrasi, pilihanraya kampus merupakan peluang keemasan untuk menjalankan kempen kesedaran kampus demokrasi serta autonomi mahasiswa dalam mentadbir kampus di kalangan mahasiswa. Dengan adanya ruang berpidato atau perbahasan di kalangan calon-calon, setiap calon boleh membawa manifesto masing-masing. Setiap calon mempunyai peluang untuk menerangkan agenda yang dibawa.

Proses ini sangat berkesan dalam mempertingkatkan kesedaran mahasiswa dalam politk kampus. Yang mengecewakan cuma adalah tempoh berkempen tersebut terlalu singkat. Calon dan petugas kempen menghadapi masalah untuk memperkenalkan diri kepada semua warga kampus dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi jika hendak memperkenalkan konsep demokrasi serta autonomi pelajar kepada warga kampus.

Walaubagaimanapun, pilihanraya kampus merupakan satu wacana yang penting untuk warga kampus menghayati politik yang sebenar. Pihak universiti sepatutnya menggalakkan mahasiswa-mahasiswi untuk peka serta mengambil bahagian secara aktif dalam pilihanraya kampus.

Segala amalan yang tidak adil, berat sebelah dan penyelewengan yang diamalkan oleh pihak universiti perlu dihentikan segera. Demi memperkasakan mahasiswa kita untuk menghadapi cabaran yang kian hebat, pihak universiti perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada MPP untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri. Campur tangan daripada HEP bukan sahaja tidak matang, malah menunjukkan betapa lemahnya keyakinan pihak pentadbiran universiti.

TINDAKAN SISWA BERSATU said...

saye nk tanye lee khai loon..

anda tahu ke 49 fasal yg terdapat dalam auku??

berapa ramai mahasiswa yang pernah disabitkankesalahan denan auku??

anda sebenarnnya masih buta dan anda cuba untuk memecahbelahkan melayu pergi balik china lah!!

hidup melayu!!

ryan sofea syj!!

K@IZER UKM said...

ENTAH LA..ap benda kalau sekadar hanya hendak bercendana sahaja..
semua nya sama..
ikut sahaja kehendak ht masing2..
mdh dan senang..

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !