Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 4, 2008

Demokrasi US dan UKM..Ibarat Langit dan Bumi




Hari ini, 4 November merupakan hari pembuangan undi bagi pemilihan Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat kali ke-55. Parti Republikan sudah memilih John McCain, Senator dari Arizona sebagai calonnya manakala Parti Demokrat memilih Barack Obama, Senator dari Illinois, sebagai calonnya.

Pilihan raya 2008 penting kerana ia merupakan pertama kali di dalam sejarah A.S. bahawa senator-senator akan menentang satu sama lain sebagai presiden, dan kerana ia merupakan pertama kali seorang Afro-Amerika menjadi calon presiden bagi parti utama, sama juga pertama kali kedua-dua calon telah dilahirkan di luar benua Amerika Syarikat, Hawaii bagi Obama dan Zon Terusan Panama bagi McCain.

Juga calon Republikan bagi Naib Presiden adalah seorang wanita, iaitu Governor Sarah Heath Palin, dan jika menang, ia juga akan mencatatkan satu sejarah kerana tiada salah satu daripada Afro-Amerika atau wanita berjaya menduduki jawatan berkenaan. Sejarah juga, jika calon presiden Republikan, John McCain menang, beliau akan menjadi presiden penggal pertama yang tertua. Manakala calon Demokrat bagi naib presiden, Senator Joseph Biden, pula akan menjadi naib presiden petama beragama Roman Katolik. Jelas bahawa Pilihanraya Amerika Syarikat jelas diwarnai dengan sejarah yang menarik perhatian umum untuk mengikutinya dan ia tidak terkecuali bagi mahasiswa.

Latar belakang Senator Barack Obama amat menarik untuk diteliti. Senator berusia 47 tahun ini lahir pada 4 Ogos 1961 dengan bernama Barack Hussein Obama II . Beliau merupakan seorang Senator muda Amerika Syarikat dari kawasan Illinois. Beliau merupakan calon presiden Parti Demokrat untuk pilihanraya Presiden 2008 setelah mengalahkan Hillary Clinton.

Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang memenangi pencalonan presiden bagi mana-mana parti politik utama Amerika Syarikat. Anak kepada bapa berbangsa Kenya dan ibu berkulit putih ini menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya di Honolulu, Hawaii. Ketika berusia enam tahun, beliau berpindah ke Jakarta, Indonesia, untuk tinggal bersama ibunya dan bapa tirinya yang berbangsa Indonesia selama empat tahun. Seorang lepasan ijazah Culombia University dan Sekolah Perundangan Harvard, Obama bertugas sebagai pengelola masyarakat, profesor universiti, aktivis politik, dan peguam sebelum berkhidmat di Senat Illionis dari tahun 1997 hingga tahun 2004.

Manakala, calon lawannya, John Sidney McCain III yang berusia 72 yahun, lahir pada 20 Ogos 1936. Beliau merupakan seorang Senator dari Arizona dan calon Presiden Parti Repblikan di dalam pilihanraya Presiden 2008 kali ini.

McCain adalah graduan daripada Akademi Tentera Laut AS pada tahun 1958. Beliau telah menjadi juruterbang tentera laut, menerbangkan pesawat udara penyerang dari pengangkut pesawat udara. Semasa Perang Vietnam, beliau hampir-hampir kehilangan nyawanya di dalam kebakaran USS Forrestal 1967. Pada bulan Oktober 1967 juga, beliau telah ditembak jatuh dan cedera parah serta telah ditawan oleh Vietnam Utara semasa misi pengeboman terhadap Hanoi. Beliau menjadi tahanan perang sehingga 1973.

Kepada mahasiswa, ambillah iktibar daripada pilihanraya Presiden ini. Pilihan raya tersebut yang akan diadakani demokrasi dan juga ketelusannya. Jelas bahawa tarikh pilihanraya telah diumumkan setahun lebih awal, berbanding PRK kita yang masih tidak diumumkan tarikh penamaan calon sedangkan tarikh pembubaran telah dinyatakan pada 1 Oktober lalu.

Juga daripada segi hak akses kepada pengundi. Calon-calon presiden boleh mempromosikan diri mereka secara terbuka dengan berhikmah dan bukannya disekat oleh pihak kerajaan. Walaupun Obama daripada parti pembangkang, tetapi beliau tidak disekat dan ditangkap oleh kerajaan Bush daripada parti Republikan itu. Berbanding di UKM, GMUKM akan ditangkap dan diintip habis-habisan sehingga sukar untuk bergerak sedangkan Aspirasi bebas bergerak melalui Kelab Aspirasi di kolej-kolej kediaman. Ibarat langit dan bumi pendemokrasian di UKM ini.

Juga dari segi debat antara kedua-dua calon. Dalam siri debat pertama pada 26 September lepas yang diadakan di Universiti Mississippi. Ia dipengerusikan oleh pembaca berita NewsHour dari PBS, Jim Lehrer. Kedua-dua calon pada awalnya dijangka lebih tertumpu kepada dasar luar dan isu keselamatan nasional. Namun ia berubah menjadi perdebatan mengenai kegawatan pasaran Wall Street yang sebelum ini telah pun mendominasi kempen kedua-dua calon sebelum ini. Tiada garis panduan dan soalan tertentu yang digariskan sebelum debat, situasi yang tidak berlaku di kampus. Debat itu berlangsung selama 90 minit dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

GMUKM sebenarnya telah mengundang pihak Aspirasi untuk berdebat secara langsung berkaitan isu kebajikan mahasiswa UKM. Namun kerana tiada sambutan, menyebabkan GMUKM mengadakan Majlis Dialog bersama mahasiswa pada 15 September yang dikacau secara tidak berdemokrasi oleh HEP dan Aspirasi. Itulah erti demokrasi dan kebebasan bersuara fahaman mereka. GMUKM akan berterusan untuk mendesak diadakan debat secara terbuka dan juga malam manifesto secara terbuka bagi memberikan mahasiswa peluang untuk berfikir, pemimpin mana yang menjadi pilihan mereka.

Jelas bahawa pilihanraya US perlu menjadi ikutan bagi PRK di UKM ini. GMUKM optimis bahawa Barrack Obama mampu menjadi Presiden Amerika yang ke-55 dan boleh mengubah orde dunia ke arah kebaikan. Diharap agar keputusan secara rasmi pemilihan Presiden dan naib presiden pada 20 Januari 2009 akan menjadi satu tanda aras bahawa perubahan sama akan berlaku di UKM ini. Seperti trademark kempen Obama yang berjudul ’A dreams” iaitu satu pengharapan. Samalah juga bagi GMUKM yang menggunakan motto ‘A new expectations for student” atau harapan baru untuk mahasiswa. Jika Obama ingin membawa rakyat AS keluar daripada kegelapan ekonomi dan kezaliman perang, begitu jugalah GMUKM yang ingin membawa mahasiswa UKM dari kegelapan keintelektualan dan juga beban ekonomi mahasiswa yang semakin berat melanda kita semua pada hari ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !