Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, November 5, 2008

Obama Sudah Menang..GMUKM bila lagi?

Syabas dan Tahniah GMUKM ucapkan kepada Calon Demokrat, Barrack Obama yang telah mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain telah mengucap tahniah kepada Obama.

Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.

Obama, 47, akan memegang jawatan presiden Amerika ke-44 pada pada 20 Januari depan, dan bakal berdepan dengan krisis kewangan yang terburuk sejak 1930-an, perang di Afghanistan dan Iraq serta pertelingkahan dengan Iran mengenai senjata nukleara.

Rangkaian stesen television meramalkan kemenangan Obama selepas beliau memperkukuhkan sokongannya di kubu kuat Demokrat serta berjaya menarik sokongan di kubu republik.

Pada jam 12.20 tengahari waktu tempatan, McCain mengaku kalah dan mengucap tahniah kepada presiden baru Amerika itu.

Tidak seorang pun calon preside selepas John F Kennedy pada tahun 1960-an yang menang jawatan presiden tanpa mencapai kemenangan di Ohio, Pennsylvania dan Florida.

Obama juga menang di New Mexico, sebuah lagi kerusi parti Republik yang diperlukan oleh McCain untuk menambah peluangnya untuk menang jawatan presiden.

Obama turut mencatat kemenangan di Washingtonm Oregon, California, Massachusetts, Connecticut, Illinois, New Jersey, Maine, New Hampshire, Washington DC, Delaware, Michigan, Wisconsin, Rhode Island, dan Minnesota.

McCain pula antaranya mencatat kemenangan di Kentucky, Tennessee, West Virginia, South Carolina and Oklahoma, Alabama, Arkansas, Wyoming, Louisiana, Kansas dan Texas.

Seperti yang diramalkan, McCain menang di Kentucky dan West Virginia manakala Obama menang di Vermont.

Jelas bahawa kemenangan Obama seperti mana yang GM jangkakan. Semoga kemenangan Obama akan menjadi petanda bahawa GM akan turut mencapai kemenangan dalam PRK pada tahun hadapan. Sepertimana GM nyatakan sebelum ini, obama dan GM mempunyai persamaan. Persamaan dari segi melangkaui sempadan perkauman. Nilai integrasi yang tinggi dalam mencapai kebaikan sesebuah masyarakat. Jika rakyat US sudah berani berubah, bila lagi mahasiswa UKM untuk berubah? Tepuk dada, tanya iman dan moral anda sendiri.

1 comments:

Anonymous said...

GMUKM sokong YAHUDI???!!!

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Inilah yang disokong oleh GMUKM kita..menyokong pemerintah YAHUDI...ucaplah tahniha kepada YAHUDI wahai GMUKM...anda memang perosak bangsa dan agama...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !