Satu fakta yang perlu diketahui oleh semua mahasiswa/i; Calon Sistem bagi kerusi Umum tahun 3 merupakan pelajar tahun akhir. Empat daripada Calon Sistem tersebut merupakan pelajar tahun tiga Fakulti Sains Sosial Kemanusian manakala seorang lagi merupakan pelajar Fakulti Sains & Teknologi. Percaturan ini sebenarnya akan membawa masalah kepada pentadbiran PMUKM.
Antara kesan ketara yang akan dihadapi oleh mahasiswa/i UKM sekiranya mereka memilih Calon Sistem pada sesi ini ialah kehilangan sekurang-kurangnya 5 orang MPP pada Ogos 2009 kerana mereka bakal tamat belajar. Jumlah ini belum lagi dicampur dengan 4 orang MPP tahun tiga FEP, FST, FPI dan FSSK yang semestinya tamat pengajian pada tempoh yang sama. Ini seterusnya akan membantutkan pengurusan dan pentadbiran PMUKM yang bertindak sebagai badan tertinggi mahasiswa/i di UKM disebabkan kehilangan sejumlah exco. Terdapat satu cara untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dengan menangguhkan pengajian. Namun, ini akan menonjolkan kelemahan pemimpin pelajar dari aspek akademik. Oleh itu, mahasiswa/i perlulah bijak untuk membuat pilihan di dalam pilihanraya kampus pada kali ini. Fikir-fikirkanlah mahasiswa/i sekalian. "Bersatu Berubah"
0 comments:
Post a Comment