Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, January 30, 2009

Teka Teki Presiden PMUKM


Siapakah Presiden PMUKM??? Adakah si Nazif, kerana dulunya beliau merupakan MPP. Beliau juga merupakan ketua kepada kem Kajai yang sekarang ini, bercakaran dengan Aspirasi. Tetapi beliau sudah tewas dalam PRK lalu. Kedudukan dua tercorot. Jauh ditinggalkan oleh calon GMUKM yang menduduki dua tangga teratas.

Tetapi jika Nazif sudah meninggalkan alam PMUKM, siapa yang akan menggantikan tempatnya. Khabar bertiup kencang bahawa Nasir, MPP Kerusi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan akan menjadi Presiden Beliau ini agak pendiam orangnya dan khabar angin juga menyatakan bahawa kehadiran beliau ke PRK adalah kerana desakan pengetua KDO. Yang merupakan big boss kepadanya. Juga kerana sejarah kepimpinan Mahasiswa, yang sudah jemu berpresidenkan pelajar FEP, yang dalam sejarahnya, gagal memainkan peranan penting sebagai Presiden pada tahun lalu.

Habis tu..siapa yang bakal menjadi Presiden PMUKM? Adakah kali ini perempuan akan mencipta sejarah, menjadi Presiden PMUKM? Nama Suriani Bt Ding sentiasa bermain di bibir pengkaji politik kampus untuk mengaitkanya dalam kepimpinan nombor satu wakil pelajar itu. Tetapi beliau adalah pelajar tahun akhir di FSSK. Yang akan tamat menjadi mahasiswa bulan 5 ini.

Kerusi Presiden PMUKM pasti milik Aspirasi Melayu, yang diwakili oleh 15 orang MPP mereka. CCC hanya 5 kerusi dan 1 kerusi PAH. Persoalan berbangkit di sini, pemimpin Aspirasi Melayu sudah kekeringan pemimpin untuk dinaikkan ke tampuk kepimpinan Presiden PMUKM. Jika ukuran diambil melalui pengalaman dan kredibiliti, nama-nama di atas yang disebut, langsung tidak dapat mencapainya. Tugas Presiden PMUKM bukannya senang. Perlu ada karismatik yang tinggi. Juga ketahanan fizikal yang tinggi. Serta keupayaan emosi yang stabil untuk berhadapan dengan 12 suara MPP Mahasiswa. Bukan calang-calang orang boleh menjadi Presiden PMUKM kali ini. Kalau dahulu takpala..MPP Mahasiswa hanya 4 atau 5 orang sahaja. Harini sudah 2/3 majoriti sudah hilang buat Aspirasi.

Persoalan kembali..siapakah yang akan jadi Presiden. Adakah MPP tahun dua akan menjadi Presiden. Yang juga boleh mencipta sejarah baru. Kalau ikutkan prioriti, MPP kerusi umum tahun 2 yang layak menjadi Presiden. Nama Safarizmal akan menjadi pilihan. Pelajar FSSK ini sebenarnya boleh menjadi Presiden, tetapi ia mustahil berlaku. Di samping kerana tradisi Presiden PMUKM adalah pelajar tahun 3 dan sudah tercabar kepimpinannya, juga atas isu-isu yang ada pada peribadinya, menyebabkan kerusi Presiden jauh sekali daripada gengamannya. Isu ugutan bunuh masih tidak lagi selesai. Dengar kata, MPP Mahasiswa sudah melaporkan kes itu kepada polis, atas tindakan Safarizmal dan rakan-rakannya menfitnah ’pihak lawan’ melakukan ugutan bunuh kepada mereka. Kata-kata itu terpapar dalam akhbar kosmo pada 15 Januari lalu. Dengar kata lagi, seorang MPP Mahasiswa akan membawa kes ini ke mahkamah, atas tuntutan melakukan fitnah. Semoga polis dapat menyelesaikan dalang di sebalik kes ugutan bunuh ini Safarizmal perlu sedar, bahawa jika sudah membuat laporan polis dan membuat kenyataan di akhbar, beliau perlu bertanggungjawab. MPP Mahasiswa berikrar akan mencari dalang fitnah ini hingga ke lubang cacing. Untuk membantu polis menyelesaikan masalah ini di samping dapat membersihkan nama MPP Mahasiswa yang difitnah. Rumusannya, nama Safarizmal harus ditolak daripada senarai mereka yang boleh menjadi Presiden disebabkan beliau sedang disiasat oleh polis dan juga kisah-kisah peribadi terdahulu beliau.

Jadi persoalan besarnya di sini, siapakah yang layak menjadi Presiden PMUKM. Setelah meneliti nama-nama MPP Aspirasi, jelas inilah senarai nama yang ada. Antara Nasir, Suriani dan Safarizmal, ketiga-tiganya mempunyai kekangan tersendiri.

Justeru itu, eloklah mahasiswa UKM melihat kepada nama-nama calon GMUKM. Secara logiknya, dua nama MPP Mahasiswa yang menduduki dua kerusi umum tahun 3 adalah orang paling layak menjadi Presiden PMUKM. Dengan pengalaman dan kepimpinan yang telah teruji, mereka layak untuk menjadi Presiden PMUKM. Mereka ialah Mohd Faiz yang menduduki kerusi paling tinggi di kerusi Umum tahun tiga. Mahasiswa Fakulti Pendidikan, juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA).

Nama lain yang boleh ditimbulkan ialah Saudara Hisyamuddin, yang merupakan pelajar tahun 3 Fakulti Undang-Undang. Beliau adalah Setiausaha Agong ISIUKM, yang sudah terbukti kepimpinannya dalam banyak program. Juga sentiasa aktif berkarya, di akhbar-akhbar utama seperti Utusan, Berita Harian dan akhbar internet. Beliau juga diperkatakan orang ramai sebagai seorang yang pakar dalam penafsiran sesuatu akta dan undang-undang.

Alternatif lain ialah Saudara Affandi Abdul Rahman. Pemenang bagi kerusi Fakulti Pendidikan tahun 3. Yang menang dengan majoriti besar dalam PRK lalu. Beliau wajar diangkat sebagai presiden, disebabkan pengalaman dan daya kepimpinannya yang jitu.

Jelas ketiga-tiga nama ini lebih sesuai untuk diangkat sebagai Presiden PMUKM. Mereka boleh menjalankan tugas Presiden PMUKM sekiranya diberi peluang. Kerusi Presiden bukanlah satu kerusi empuk, untuk duduk bersenang lenang. Ia membawa imej keseluruhan pelajar UKM. Presiden perlu lahir daripada MPP yang berketerampilan, karismatik, mempunyai baki dua semester dan mestilah tidak tunduk atau yes boss kepada mana-mana pihak, dan perlu menjadi MPP yang bercakap seperti suara mahasiswa keseluruhanya.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !