Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 10, 2009

BTN : Sebaran Ideologi UMNO-ASPIRASI?


Bangi 9 Nov 1.50 pm| Pemberitahuan mengenai penglibatan mahasiswa tahun 1 dari Fakulti Pengajian Islam ke Biro Tata Negara (BTN) banyak menunjukkan ketidakpuasan hati dikalangan mereka.

Seorang pelajar tahun 1 dari Jabatan Usuluddin yang tidak mahu dikenali berkata : " Saya sangat tidak gembira perlu menyertai BTN. Sepatutnya selepas habis peperiksaan, saya perlu meluangkan masa bersama keluarga dikampung, tetapi terpaksa menghadiri program ini pulak. Saya tidak tahu untuk apa program ini dibuat dan apa kepentingannya pada saya".

Program yang pada asalnya dijadualkan berlangsung selama 6 hari ini telah berubah menjadi 5 hari bermula pada 14 nov sehingga 18 hb Nov 2009 dan tempat sebenar program ini dijalankan masih belum diberitahu. Pada asalnya, BTN dirancang untuk dijalankan di Melaka dan Johor, tetapi terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor tertentu yang perlu diambil kira.

Mengikut maklumat yang diperolehi wartawan GMUKM, pelajar yang enggan menyertai program ini telah dimomokkkan dengan kegagalan untuk bergraduasi oleh pihak pentadbiran FPI.

Sehubungan itu, wartawan GMUKM sempat bertemu dengan beberapa mahasiswa yang pernah menjalani program BTN untuk melihat sejauhmana keberkesanan program ini dalam memupuk nilai patriotik terhadap negara.

"Apabila saya menghadiri program ini, kami banyak dimomokkan dengan parti politik. Kami telah didoktrin dengan politik luar yang kotor. Saya amat pelik bila mereka banyak mendedahkan berkaitan UMNO dan memberitahu kebaikan UMNO sedangkan terdapat AUKU yang menghalang mahasiswa terlibat secara langsung dengan politik. Kalau nak bercakap berkaitan semangat patriotisme, saya tidak pula dapat merasainya ". Ujar NorAisyah Yusof, pelajar FPI syariah tahun 3.

" Setiap daripada ceramah yang diadakan pasti ada menyelitkan berkaitan politik luar. Setiap masa kami diberitahu berkaitan UMNO,PAS dan PKR. Program ini juga tidak dapat memberi banyak kebaikan kepada saya tambahan lagi mereka sangat tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam beberapa aktiviti yang dijalankan. Saya sangat malu kerana saya seorang pelajar agama tetapi disuruh untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah" Respon yang diberikan oleh Fatimah Mat Saman, Usuluddin tahun 3 FPI.

Taklimat pemberitahuan mengenai BTN telah diadakan pada hari Khamis lepas (5 Nov 2009) dan disampaikan oleh Prof. Idris bin Zakaria iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPI. Taklimat ini juga dihadiri oleh pegawai program Biro Tata Negara untuk menjawab persoalan yang berlegar-legar dalam minda mahasiswa.

29 comments:

sayang BTN said...

BTN ni bagos, dia latih kita sayang UMNO...minat Aspirasi...Hidup Aspirasi

1st year said...

Pentadbiran ke suruh p BTN? Pentadbiran pun ada komplot dengan UMNO ke?

Anonymous said...

kenapa FPI??dak fak lain takde dengar citeer plak...nape yerk???

de_buff said...

tah hape2....
msti ade bau2 poltk gk...

Anonymous said...

nsb baek fak sye xkna..
lalalala..

boringgila said...

cuba la positif sikit..
pertama korang boleh makan free..free beb tak kena bayar...

kedua boleh dengar ceramah.. bdk fpi bila keja nanti nnti selalunya kena ceramah kat org lain.

ketiga.. najib sayang kat korang je..sbb btn bwh dia..bdk fakulti lain dia x syg..

Syaidina Umar Al-khatab said...

Tujuan sebenar BTN adalah untuk memberi kesedaran kepada generasi muda yang menuntut di IPTA akan kepentingan semangat patriotisme yang kuat didalam kalangan para pelajar universiti...Disamping itu para pelajar akan dididik untuk mengambil berat tentang isu-isu semasa yang merupakan isu yang sangat significant dalam perjalanan sistem pemerintahan negara.

Dalam sistem pemerintahan negara, kita tidak boleh lari daripada penglibatan-penglibatan parti parti politik tidak kira sama ada datangnya dari UMNO,PAS atau PKR.

Pengekuasaan sesebuah parti dalam sistem permerintahan negara membolehkan ianya mengawal segala sumber kewangan negara yang mana merupakan duit rakyat.Kita mesti hendak mengetahui sama ada duit ini digunakan dengan betul atau pun tidak. Oleh itu sebagai pelajar IPTA kita perlulah didedahkan tetentang asas politik yang ada didalam negara ini.

Pokok yang paling penting disini ialah tidak kira UMNO,PAS mahupun PKR, semuanya mempunyai agenda untuk memartabatkan agama islam supaya Islam tidak dihina dan dipandang leceh oleh bangsa yang bukan beragama islam...

Akhir sekali, marilah kita sama-sama mengambil dan memanfaatkan semua peluang yang telah disediakan, ini kerana kalau kita tidak mahu mengambil dan merebutnya maka bangsa lain akan mendahului kita...ingatlah, kesenangan dan keharmonian yang kita ada sekarang bukan diperolehi dengan percuma, maka hargailah ia sementara kita masih boleh menikmatinya...sekian wasalam...

Anonymous said...

Takya pergi la.. Baru kita blh tgk korang grad atau tak nanti kan?
cabar sket orang pentadbiran fakulti tu

Anonymous said...

nak pegi gak..hehhe..nape dak2 fpi jer???curios..
tak aci btul

aku nk grade said...

mmgla.. hang amik pendapat sorg dua yg kroni korg je... konfem2la xnk pegi sbb otak die dah kene doktrin ngan parti2 yg lain... cuba hang cari budak FPI yg rasional dan berkecuali.. mesti die lihat benda tu dari sudut kebaikan.. wei senior2 aku yg kat FPI kate ok je depa p BTN xdak nk bising2 cam GM... nk pegi BTN pn takut ke?? ok arr depa dpt p BTN yg ktorg nk p nie xdpt.. lgla berharap agar dibuka pd fakulti len..

Anonymous said...

salam semua.. sy salah sorg yg da pernah ke BTN..
mmg xdinafikan ada unsur pendoktrinan ini..
bg sy terlalu sgt tekankan perkauman..
smpai bleh tmbul rsa prejudis terhadap kaum lain..
sepatutnye, kite melihat mereka dgn kasih syg, insyaALLAH islam lah berada di hati mad'u2(sasaran dakwah) itu setelah disusuli usaha dakwah

Anonymous said...

1 je.. kt sana nnt.. diam je la.. kalu xsetuju ngan fasi2, diam je.. kalu x nnt akan dikatakan penderhaka negara..haha

aku pelik la ngan budaya YES MAN @ YES BOSS di kalangan rakyat msia ni..

Anonymous said...

karang aku sumbat korang dalam ISA baru korang tahu...kalau tak nak kene ISA pegi jelah ape susah....

Hari Pink said...

karang kalau fakulti len mcm fst ke, ftsm ke, fep ke pe..
mesti entry kat sini mempersoalkan...

"knp bdk PFI x pegi. bg kroni2 je pegi..."

itulah dunia.........

Anonymous said...

Ana plajar thn 2 fpi, dlu ana pn kne g BTN. memg, dlm BTN bncg bab politik je...menang kn UMNO, perlekeh kn PAS n PKR...ade tu siap b'tengkar dgn kami plajar2. Yg geramnye, brite x btol pn dorg blh tayg kt kami. Ingat pe??? igt kami ni FPI bodoh sgt ke??? tp yg bestnye dorang guna psiko utk basuh kami tp kami psiko balik lwn mreka smpai mreka nek bengang ngn kami!!! tu la kami, FPI yg hebat!!! Nk basuh fikiran kami, last2 mreka yg terbasuh smpai lumat...hahaha

Anonymous said...

Sbelum sy g BTN thn lps, sy ade wat reseacrh ngn senior yg da pnah g. So, dptla mklumtnye... smpai BTN, ape yg d beritahu snior adalah btol n tepat skali! Bila duk dgr ceramah, kami di psiko, bl dlm kumpln, lg kuat kami d psiko. Last2 mlm tu sy kumpulkn smua kwn2 ckp kt dorg, klu fasi2 ckp ape2, mintk ape2 pndangn, korg senyap je sbb dorg ngah psiko kite!!! Kami pn stiap kali kmpln akn senyapla t'pa mngeluarkn kata2 n pndapat...klu ckp pn, ckit2 je (mknenye x smapi tahap yg dorg nak la). Ape? kami takut? tidak! kami lembap? tidak! kami bodoh? lg la tidak!!! sebenarnye tu la strategi kami utk kami psiko dorg smula!!! Last2 kbanyakkn kmpuln t'pkse mnamatkn sesi kmpln nye awl tanpa tercapai hasrat dorg sbb xde riaksi dr pserta kmpln!!! Mreka bengang sgt2!!! memg nmpak la muka bengang dorang!!! t'utamanye fasi kmpuln sy! Huhuhu, ksian fasi2 yg di psiko n d basuh oleh kami! Maaf ek fasi2 BTN...

Zulgeologist said...

ak cam berminat je nak g.. dah 3 taun aku kat ukm.. setiap taun dak fpi je pg BTN.(ade agrnda la tu.huhu). Aku nak gak tau psiko sgt ke diorg wat tu.. hebat sgt ke diorg nak doktrin kte.. lg 1..kalu nak timbulkan rase cintakan negara. takyah masukkan bab2 politik mcm umar ckp. sbb aku penah g plkn. takde pun modul untuk politik..ok je...

aniq said...

alhamdulillah.. setelah pengamatan saya buat,, ada 1 soalan yang penting perlu dijelaskan..

apa perkaitan antara bebudak FPI pergi BTN dengan penyebaran ideologi (UMNO-ASPIRASI)?? ada ke fasi2 deat BTN 2 yang suruh pelajar2 FPI ni pergi undi ASPIRASI??

mungkin saya yang innocent ini masih x dapat tangkap perkaitan nye.. (^_^) boleh seseorang tolong jelaskan perkaitannya...

kepada yang terpakse pegi n dengar 2.. huhu.. dengar je ape dyrg nak ckp.. buat mcm AMMAR BIN YASIR jer.. huahuahuahua

MOHD ZHARIF SYAFIQ said...

ALA PASAL BTN NIE TAK KISAH LA DIA NK PROVOKE KORANG DENGAN APA2...AKHIRNYA DIRI SENDIRI YANG AKAN BUAT KEPUTUSAN...KAN?? JD PERGILAH BUKAN SEMUA YANG KORANG DENGAR N BUAT KAT SANA SALAH...ADE JUGA YANG BETUL.. PASAL AKTIVITI YG BERSOSIAL KETELEBIHAN...KATA MAHASISWA BERINTELEKTUAL TINGGI.. TAK SALAH KORNAG TEGUR TTG AKTIVITI TUE N KALU DIA TERUSKAN JUGA JGN JOIN BUAT REPORT POLIS..AGAR ADIK2 NNT X DE LA KENA LAGI... CMTUE LA BR TINDAKAN BIJAK YEW.. BUKAN API-APIKAN ADIK2 1ST YEAR DENGAN TULISAN YG SGT BIJAK BELAKA... LAGI SEKALI MODERATOR BLOG PLIZ TUNJUKAN CONTOH SBGI MAHASISWA BERINTELEKTUAL KATA DH BERUBAH TP GAYA TULISAN X PERNAH BERUBAH.. MOHON YEW...

Rerama Ungu said...

Tak sempat nak baca isi dan komen... Yang pasti,UMNO tak pernah memartabatkan Islam... kalau benar UMNO cuba memartabatkan Islam dengan Islam Hadhari,mana pelaksanaannya? jangan hanya bercakap...supaya Allah tak murka... UMNO menjadikan orang-orang bukan Islam nampak ISlam itu kotor dan teruk.

Anonymous said...

salam..
ek eleh..

knp tnye dak2 yg fikiran t'tutup tue..cbe temubual mahasiswa/i yg b'fikiran t'buka..msti diaorg lebh menghargai..


jika sya dberi peluang tuk g BTN,sya akn g..

adeq said...

ibnu umar..
pernah juga bertanya..
ke mana pergi konsep Islam Hadhari tu..
x kan sudah tertimbus dengan konsep 1 Malaysia..
mana prinsip keberlangsungan tu..

_sekadar pertanyaan_

boring said...

hangpa sembang je lebih..cakap macam nak rak. satu buku pun payah nak baca kecuali buku pelajaran.

sudahlaaaa..

sembang jer lebih....

habuk tak dak..

hangpa pun mcm aku jugak...

suka sembang besar..

banyak dok berkhayal...

boring jugak.. said...

aku pun same la...hang ni..GM ke..aspirasi ke...sembang je lebih..pointer2 kalo CGPA 4.0 ok gak..poyo je bela..karut je sumer tu..demokrasi ni yahudi..GM dan aspirai sama ja..sembang je lebih..

pro muzakarah said...

tetiba je ade org persoal kn UMNO plak..xkesah la apa pndangan korg...tp skrg ak lihat PAS seolah2 hilang dasar martabat ISLAM yg dicanangkan dahulu kala deh kerana persahabatan ng PKR dan DAP...tetiba shj dh de kuasa mgaku yg mereka belum mahu laksankan ISLAM sepenhuhnya dlm negeri..semua nya krn nk jaga hati DAP, PKR..dimanakah perjuangan asal tersebut????

Anonymous said...

semua ni gempak jer lebih...MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA....sbb tu NIK AZIZ xgi MEKAH sbb DUIT HARAM...ALLAH LEBIH MENGETAHUI WEI...islamik konon mkn duit haram gak selama nih....kau orang semua nanti keje makan duit haram gak...sbb hipokrik....

Anonymous said...

aku rasa lebih terbuka...selama ni kita hanya dengar satu pihak saja.patut ler MELAYU MUDAH LUPA,byk yang -VE yg digambarkan tapi rupanya +VE yang aku dapat.sapa brainwash sapa nih?banyak benda yang kita tidak tahu dan dapat fakta@sumber sebenarnya.nampaknya kena buka minda kita semua..jgn guna agama untuk kepentingan pihak tertentu...kitakan bakal ustaz/ustazah pewaris ulama'...

UKM Kampus KL said...

ok, aku budak kmpus KL, mase kem PC kt trganu tu merangkap program BTN skali, time tu la, aku mmg rase di momokkan utk tidak bg undi kpd pmbangkang bile da bleh mgundi nt, tp aku x fikir la otak aku kne basuh, aku siap rase lg terbuka....., korg2 yg bkn pnyokong kerajaan x perlu takut BTN ni sbb yg penting pegangn dlm hati. lg satu, aku pro-pembangkang gak sket2 tp 1 je aku x bkenan ngn pembangkang m'sia, x reti nk ckp elok2 tau HENTAM je,

Anonymous said...

Xguna pi BTN.Kalau pi 3 bas tp waktu solat 5 biji sj muka ada xpayah.
Bak kata abe fasi "malaysia ni hanya melayu punya",mksdnya bukan Islam punya(secara tersirat).
abe fasi menafikan malaysia negara islam ttp negara melayu.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !