Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 16, 2011

Garis Panduan Perlaksanaan Subjek HC


GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah dan menyambut baik usaha transformasi pihak pentadbiran Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) UKM di bawah pentadbiran baru pada sesi kali ini yang bersedia mengemukakan 'Garis Panduan Perlaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran'.

Garis panduan yang dikeluarkan pertengahan minggu lalu itu dengan jelas menggariskan 8 domain
hasil pembelajaran yang antara lain menyentuh ;
> Kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial
> Kemahiran Komunikasi

> Kemahiran Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat
> Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme
> Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah & Pendekatan Saintifik
> Kepimpinan & Kerja Berpasukan
> Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
> Kemahiran Kreatif & Inovatif

Menurut garis panduan tersebut, segala perancangan dan persetujuan oleh pelajar adalah melalui kontrak pembelajaran yang berasaskan saling mempercayai (honour).

Fakulti, pusat, institut, kolej dan unit bertindak sebagai pusat pembelajaran dengan menyediakan penyelia yang komited dan berpengalaman. Pusat-pusat ini perlu mengenalpasti kegiatan yang boleh diusahakan oleh pelajar dan menyediakan penyelia.

Menurut garis panduan ini juga, para pelajar boleh menentukan jenis-jenis aktiviti/projek berdasarkan pembelajaran melalui pengalaman, minat dan kecenderungan individu, pembelajaran berasaskan masalah dan isu semasa. Pelajar bertanggunjawab memilih, merancang dan melaksanakan semua aktiviti/projek yang selari dengan hasil pembelajaran yang dicatatkan dalam kontrak pembelajaran serta memilih penyelia dalam atau luar yang sesuai bagi menyelia, memantau dan menilai hasil pembelajaran.

Wartawan GMUKM dalam pada itu mendapatkan komen daripada MPP Wakil Fakulti Pendidikan 1/2, saudara Wan Ahmad Fahmi berkenaan perihal ini.

" Saya mewakili rakan-rakan mahasiswa khususnya daripada tahun satu dan dua ini mengucapkan terima kasih kepada pihak PPP (Pusat Perkembangan Pelajar) yang sudi mendengar keluhan kami di peringkat mahasiswa.

" Kita melihat perubahan yang dilakukan oleh PPP seperti mengadakan sesi perbincangan dengan MPP pada 5 haribulan (Januari) lalu dan perbincangan di Kolej Ibu Zain (bersama pemimpin-pemimpin mahasiswa) jelas menunjukkan kebersediaan pihak pentadbiran pada sesi kali ini melibat kan mahasiswa dalam hal-hal yang penting sebegini.

" Di peringkat kita selaku mahasiswa yang sayangkan UKM, kita menyambut baik dan mengucapkan syabas kepada pihak PPP dan Dr Khaidzir (bin Ismail) yang baru dilantik sebagai Pengarah PPP di atas perubahan-perubahan yang telah dilakukan. Kita mengharapkan lebih banyak perubahan yang positif yang akan berlaku selepas ini, " tambah Fahmi lagi.

Untuk rekod, penubuhan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) bermula dengan tertubuhnya Pusat Pembangunan Mahasiswa (PPM). PPM bermula dengan Dekan pertamanya Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin, kemudiannya PM Dr. Aminuddin Mohd Yusof, ketiga Y.Bhg. Prof. Dr. Zaidi dan terakhir Pemangku Pengarah Dr. Jamaludin Hj. Badusah.

Apabila PPP terbentuk Prof. Dato’ Dr. Shaharuddin Ahmad dilantik menjawat Pengarah pertama (bermula pada pertengahan Ogos 2007). Penstrukturan semula PPP bermula akhir tahun 2007. Pada bulan Februari 2008 satu bengkel telah dijalankan yang melibatkan pejabat HEP, bertujuan untuk memantapkan lagi fungsi dan peranan PPP & HEP. PPP dibentuk dengan tiga portfolio yang diletakkan di bawah penyeliaan tiga timbalan pengarah iaitu Akademik Kolej, Kokurikulum dan Persatuan & Pengantarabangsaan manakala HEP distruktur semula menjadi Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel).

Terbaru, mulai sesi 2011 Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) diletakkan di bawah portfolio di bawah TNC (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) manakala Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) akan dikekalkan di bawah portfolio di bawah TNC (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !