Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, January 6, 2011

Sambutan Hangat 'Cuci-Cuci & Servis' GMUKM

Ber-GM Lebih Baik! - Hanya itu yang boleh disimpulkan oleh para pengunjung acara 'Cuci-Cuci GMUKM' yang diadakan pada petang tadi. Biarpun lokasi acara diadakan di dataran Masjid UKM yang agak lari daripada kawasan tumpuan orang ramai, tetapi ia seolah-olah tiada kesan apabila ramai penyokong setia GMUKM menghadiri acara tersebut petang tadi.


Kehadiran Menjangkau 100 Buah Motosikal
Acara yang bermula sejak pukul 5 petang itu tidak putus-putus menerima kunjungan rakan-rakan mahasiswa yang hadir untuk perkhidmatan cuci kenderaan dan servis motosikal. Rata-rata menyifatkan acara yang dianjurkan GMUKM pada sesi kali ini 'lebih segar dan bertenaga' serta menepati citarasa mahasiswa kontemporari.

Malah ada di kalangan yang hadir pada acara petang tadi menyatakan sokongan dan memberi jaminan untuk turun bersama-sama GMUKM dalam acara-acara seterusnya dengan bukan sekadar menjadi penyokong, tetapi ingin menjadi pendokong GMUKM.



Ulasan Pengerusi GMUKM
Pengerusi GMUKM, saudara Mohd Hafiz bin Abdul Razak ketika memberi komen di laman sosial 'Facebook' beliau mengulas, "sambutan hangat dari mahasiswa, hampir 100 buah motosikal 2 buah kereta berjaya di cuci-cuci dan servis, TERNYATA BerGM Lebih Baik..Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjayakan kempen ini. 


"Kempen cuci-cuci dan servis GMUKM mendapat pujian dari ramai pihak yang mengatakan satu tarikan dan pendekatan baru dibuat Mahasiswa. Inilah Idealisme mahasiswa yang tidak dibelengu, TAHNIAH GMUKM, berGM Lebih Baik."

Persediaan Pilihanraya
Maklum balas yang diperoleh setakat ini jelas menunjukkan mahasiswa UKM pada kali ini lebih bersedia menghadapi pilihanraya kampus setelah memahami akan hak dan tanggungjawab seorang mahasiswa, yang bukan sekadar di bilik kuliah, tetapi perlu beraksi di lapangan masyarakat.


Saudara Hafiz Abd Razak (kanan) bersama MPP Umum, saudara Faiz Ismail

Gabungan Mahasiswa yang sedari sesi lepas bersedia untuk Pilihanraya Kampus pada kali ini mensasarkan akan memonopoli penguasaan kerusi terutama di beberapa buah kerusi 'panas' di beberapa buah fakulti. Sasaran yang optimis ini dilandaskan daripada 'trend' peningkatan penguasaan kerusi sejak dua tahun kebelakangan ini.

Edaran GABUNGAN
Acara hari ini selain dari perkhidmatan mencuci kenderaan dan servis motosikal, turut diedarkan risalah GABUNGAN  yang antara lain memberi penjelasan kepada mahasiswa-mahasiswi UKM berkenaan Gagasan GMUKM yang boleh dirujuk dalam entri lepas bertajuk Resolusi Sidang Meja Bulat Majlis Pengerusi/Presiden (Siri 1)








Pastikan anda sentiasa tetap memilih Gabungan Mahasiswa UKM sebagai wadah perjuangan anda. Kekal Ber-GM!



Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !