Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, February 28, 2011

Kerana pulut santan binasa...

Melihat kepada isu-isu yang sengaja ditimbulkan pihak TSB dalam sehari dua ini kelihatan seperti mereka sudah kekeringan idea untuk bersuara kini.

Beberapa entri yang berbau tohmahan dan sengaja ditimbulkan seperti mengiakan pendapat seorang rakan bahawa pihak TSB-Aspirasi masih gagal menerima kekalahan kepada GMUKM minggu lalu.

Antara entri penyokong-penyokong TSB-Aspirasi yang sempat disalin sepanjang kempen PRK dan minggu lalu dapat dilihat seperti di bawah; yang cukup menjelaskan kenapa mahasiswa menolak Aspirasi dan memilih GMUKM pada sesi pemilihan kali ini.

Entry yang akhirnya memakan diri pihak Aspirasi itu sendiri. Turut dikomen saudara Shazni yang tewas kerusi Umum Tahun 1/2.


Juga entry daripada bekas MPP Aspirasi bagi kerusi di Fakulti Sains & Teknologi, saudara Rasydan 5 jam selepas pengumuman kemenangan GMUKM seakan membuka pekung di dada Aspirasi dan TSB. Isu ini diakui TSB yang di dalam blog mereka menyebut  perihal 'undi pecah' dan 'konflik dalaman' selain mengakui kegagalan jentera dan prestasi MPP Aspirasi yang lalu menyebabkan kekalahan yang agak besar pada sesi kali ini.


Apa pun satu tindakan kurang matang oleh MPP Aspirasi yang lalu yang bertindak 'mengosongkan' bilik PMUKM setelah menyedari kekalahan Aspirasi dalam PRK kali ini diselar. Modus operandi yang sama dilakukan pada tahun lepas semasa kepimpinan Nasir, diakui rakan-rakan mahasiswa yang bermain badminton di tepi bilik PMUKM tetapi tidak dapat didedahkan kerana kita kekurangan bukti.

Namun pada tahun ini sekali lagi diulangi dan jelas dibuktikan di Fb Muin bekas Speaker yang lalu kemudiannya ditarikbalik kurang 24 jam setelah menyedari ia menjadi bukti mereka telah 'melarikan' beberapa barangan milik PMUKM. Apapun pihak GMUKM sempat menyalin photo album tersebut  sebagai bukti Aspirasi bertindak kurang matang dan cuba mensabotaj kepimpinan baru MPMUKM dengan melarikan beberapa dokumen penting PMUKM selain sebuah CPU komputer milik Setiausaha PMUKM.


Apa pun selepas ini diharapkan kepada penyokong dan pendokong pihak Aspirasi agar menginsafi terlebih dahulu apa yang telah dilakukan di peringkat Aspirasi sebelum mengeluarkan tohmahan-tohmahan yang berniat memburukkan kepimpinan MPMUKM yang diterajui GMUKM pada sesi kali ini. 

Buktikan terlebih dahulu anda benar-benar menjunjung 'Aspirasi Universiti' (yang tiada asal-usulnya itu) dengan ikhlas berbakti kepada rakan-rakan mahasiswa. Usah politikkan isu-isu di luar kerana permasalahan anda di dalam UKM pun masih belum selesai. Tuntutan-tuntutan CCC, PAH dan Kaukus, kita di peringkat GMUKM nasihatkan kepada pihak Aspirasi agar diselesaikan dalam kadar segera kerana takut-takut selepas ini akan ada pihak yang ingin 'melompat parti' pula.

Dan yang lebih penting, keperluan isu-isu ini diselesaikan kerana kita semua MPM yang mendapat mandat majoriti mahasiswa kini mempunyai amanah yang lebih besar untuk diselesaikan. Jangan terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan amanah tersebut.  Ingat pesan As-Syahid Hassan Al-Banna; Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Realisasi Varsiti.


Ber-GM Lebih Baik!

Apa khabar MPM kita ?

Biarpun belum mendapat lantikan rasmi sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPMUKM) Sesi 2010-2011, beberapa orang MPM-GM kini sudah sibuk mengatur langkah, merencana program dan melunaskan manifesto-manifesto semasa kempen di dalam Pemilihan MPP minggu lalu.

Antaranya saudari Aida Rahayu dari Fakulti Sains & Teknologi tahun 3 biarpun dalam fasa sibuk menyiapkan tesis, berkata beliau kini sudah berkira-kira untuk mendapatkan maklum balas berkenaan isu kafeteria bagi seluruh Universiti.

" Sebagai permulaan, (untuk) pemantau kafeteria (yang) saya (tawarkan) hari itu (semasa kempen Pemilihan MPP), saya (kini) sedang kumpulkan maklumat kafe-kafe yang meletakkan harga yang tinggi dan tidak munasabah. Contoh maklumat yang saya dapat, nasi dengan dua ketul tauhu di satu kolej tu (sudah) lebih RM 4.00. Ini satu contoh harga (makanan) yang tak masuk dek akal. Insyallah banyak lagi isu-isu kafeteria yang bakal dibawakan di dalam majlis yang saya (bercadang) wujudkan sedikit masa lagi ini. Cuma kini kami selaku MPM sedang menyusun portfolio yang khusus supaya MPM yang ada akan dimobilasi dengan berkesan, " tambah beliau melalui SMS yang dikirimnya kepada krew blog PM-UKM semalam.

Saudara Faizal pula dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) bagi kerusi tahun 3/4 pula baru-baru ini telah bertindak segera membantu salah seorang penghuni Kolej Rahim Kajai yang biliknya dimasuki pencuri.

" Saya sudah berjumpa dengan mangsa pada pagi Sabtu (yang lalu), dan berbincang (berkenaan tindakan) apa yang harus dilakukan selepas ini termasuk berjumpa dengan UKP (Unit Kebajikan Pelajar) (dalam kadar) segera.

" Apa pun, saya hairan (dalam masa ketika) Universiti hendak membina mahasiswa kelas pertama, masih ada mahasiswa yang bertaraf pencuri-pencuri berkeliaran (di dalam Universiti). Saya tidak mahu menuding (kepada sesiapa), cuma saya agak terkilan di mana sebenar identiti mahasiswa kini. Bagaimana hendak membawa (agenda) keilmuan jika benda (perkara) haram masih kita buat.  

Kepada rakan-rakan yang punyai masalah yang sama, segera berjumpa dengan pegawai di Unit Kebajikan Pelajar. Boleh buat aduan di situ, dan pihak Universiti akan beri sedikit pampasan. Kepada rakan-rakan yang belum mengalaminya (kecurian barangan), saya nasihatkan dua perkara. Pertama, jaga barang anda baik-baik. (Kecurian) Ini tak dapat tidak dibanteras kecuali kita sendiri sama-sama 'alert' (akan barang kita sendiri). Dan kedua, nasihatkan kawan-kawan kita, (agar) mereka pun 'alert' seperti kita. Sama-sama kita ingatkan, "  ujar saudara Faizal dalam perjumpaan lewat petang tadi. 

Di Kampus Cheras atau mesra kita kenali sebagai Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), MPM-GM saudara Idrul ketika dihubungi krew blog PM-UKM berkata, beliau kini sibuk menyemak kembali dokumen-dokumen MPP Farih Najihah.

" Tidak banyak yang ingin dilakukan, (buat masa ini kerana) masing-masing kami di kampus Cheras ini dalam fasa menghadapi peperiksaan akhir. Cuma kalau ingin ditambahbaikan kini, ada beberapa perkara (yang dibawa MPP Farih) masih berstatus 'pending' dan perlu 'follow up' seterusnya.

" Mungkin itu yang perlu diutamakan sekarang sebelum saya melakukan perkara-perkara berikutnya (seperti mana yang ditawarkan dalam manifesto saya dahulu), "  ujar saudara Idrul yang merupakan mahasiswa tahun 3 bagi kursus Perubatan di KTDI.


Lain pula hal dengan saudara Muzzamil dari kerusi Tahun 3/4 FEP yang kini sedang mencatur agenda pengantarabangsaan jenama UKM. Beliau yang juga merupakan Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (PMFEP) berkata, " 'Ranking' UKM saban tahun semakin jatuh di mata dunia. Maka menjadi tugas kami di MPM untuk berkerjasama dengan pihak pengurusan Universiti menaikkannya semula.

"  MPM yang diberi mandat oleh rakan-rakan mahasiswa kalau dilihat sebenarnya bukan sahaja berkhidmat untuk rakan-rakan mahasiswa, tetapi turut merangkumi kerja-kerja menjenamakan nama Universiti Kebangsaan Malaysia agar tersohor di mata masyarakat. Dan lebih penting, apabila jenama UKM ini sudah terkenal, lebih mudah lah rakan-rakan memperoleh peluang pekerjaan selepas bergraduasi nanti. Inilah yang saya cuba usahakan dengan pengalaman saya yang lalu di dalam PMFEP untuk  menyediakan peluang kepada rakan-rakan masuk ke pasaran pekerjaan nanti; di samping tidak lupa kita menjayakan misi dan visi Universiti," tambah beliau lagi.
Mengenai agenda keilmuan dan kebajikan yang diwar-warkan di dalam manifesto Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) semasa kempen PRK minggu lalu, beliau berkata perkara tersebut tidak pernah dilupakan. Cuma kaedah implementasinya agak sedikit berbeza daripada kepimpinan PMUKM yang lalu. Malah menurut beliau, mungkin terdapat beberapa jawatan Exco terpaksa dirombak sama ada ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian dan keperluan mahasiswa. 

" Jawatan-jawatan Exco yang diwujudkan sebenarnya atas keperluan mahasiswa. Sekiranya kita menumpukan usaha menjaga kebajikan mahasiswa di dalam kampus (semata-mata), (maka) kita boleh adakan 5,6 buah portfolio yang akhirnya akan bertindih (antara satu sama lain.) Itu realitinya.

" (Tetapi dalam masa sama) Ada keperluan juga beberapa jawatan lain diwujudkan seperti jawatan Timbalan Exco atau mungkin Setiausaha Kerja khusus bagi (portfolio) yang agak luas bidang tugasnya. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman (kabinet Exco MPMUKM)  sedikit masa lagi. Dan buat rakan-rakan, teruskan menyokong kami (di kepimpinan MPMUKM) pada sesi kali ini, kerana tanpa anda, siapalah kami (di MPM)," ujar Muzzamil lagi.

Untuk rekod, GMUKM memenangi Pemilihan MPP Sesi 2010-2011 minggu lalu selepas memperoleh kerusi majoriti sebanyak 22 buah kerusi termasuk 3 buah kerusi daripada Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Lantikan rasmi bagi semua ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM akan diadakan selepas tiada bantahan  dan proses rayuan serta mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP Sesi 2010-2011. 

Kepada semua ahli MPM, selamat berjuang dan semoga maju jaya kami ucapkan dari krew blog PM-UKM !

Saturday, February 26, 2011

Temuramah bersama Pengerusi GMUKM

Assalamu'alaikum dan salah sejahtera, salam kemenangan buat mahasiswa-mahasiswi bumi UKM bertuah ini. Menyentuh beberapa perkara yang timbul sejak GMUKM menguasai majoriti kerusi di PMUKM pada 22 Februari lalu, sukacita kami selaku krew blog PM-UKM membawakan temuramah khusus bersama Pengerusi GMUKM, saudara Hafiz bin Abdul Razak untuk menjelaskan beberapa persoalan yang timbul.


1. Sudah seminggu GMUKM memperoleh mandat PMUKM. Tetapi tiada sebarang pengumuman rasmi atau gerak kerja berkenaannya dilakukan. Jelaskan.
Perlu diingatkan bahawa selepas tempoh pembuangan undi dan pengumuman rasmi keputusan PRK ( pemilihan MPP) , mana-mana pihak berhak membuat bantahan atau rayuan kepada Jawatankuasa Khas Rayuan Pemilihan MPP dalam tempoh seminggu. Selepas seminggu dari tarikh berkenaan (22 hingga 28 Februari). Setelah itu barulah berlaku proses perlantikan rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa. Sehingga itu, mana-mana pihak tiada hak dan kuasa untuk melaksanakan apa-apa bidang kerja dengan mana-mana pihak di dalam Universiti.

2. Dari malam pengumuman rasmi keputusan sehingga sekarang, apakah yang sedang dilakukan oleh MPM GMUKM ?
Pimpinan-pimpinan dan MPM-GMUKM kini dalam fasa meneliti dokumen-dokumen PMUKM yang lama di samping mengadakan siri-siri perbincangan untuk menetapkan kabinet Exco MPMUKM yang baru.

Dukacita juga apabila kehilangan dokumen-dokumen terdahulu,(termasuk) juga sebuah komputer di bilik PMUKM baru-baru ini menyebabkan penubuhan kabinet PMUKM ini berlangsung agak terlambat.

Namun kita di GMUKM tidak gusar, dan memilih untuk mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan pegawai-pegawai Universiti. Hasilnya kini kita merangka suatu SOP (Standard Of Procedure) yang baru dan berjaya didokumentasikan untuk memudahkan perjalanan gerak kerja kita selepas ini. Ini adalah langkah pertama kita memegang MPMUKM. Yang baiknya (ketiadaan dokumen PMUKM terdahulu), kita juga kini sudah mengemaskini beberapa buah maklumat dan informasi terkini berkenaan Universiti dan pentadbiran serta pengurusan gerak kerja MPMUKM.

3. GMUKM dikatakan bakal memperkenalkan peraturan 'Islamik' selepas dilantik secara rasmi. Adakah benar ?
Agak dukacita apabila masih ada pihak 'nakal' yang cuba menimbulkan spekulasi yang sengaja untuk menimbulkan kegelisahan rakan-rakan mahasiswa. GMUKM berpegang kepada GAGASAN GMUKM dan perkara-perkara yang terkandung di dalam Manifesto - Realisasi Varsiti kita sewaktu PRK terdahulu dalam isu meraikan kebudayaan rakan-rakan mahasiswa bukan Islam.

Malah jika dirujuk kepada ulama' Sheikh Yusuf Al-Qardawi di dalam kitab beliau - Fiqh Daulah (Memahami Isu Kenegaraan), beliau menyebut hak mereka yang tidak beragama Islam di dalam sebuah kawasan yang diperintah pemimpin Islam adalah mereka;
a. dipelihara daripada permusuhan di luar negara / kawasan setempat.
b. dipelihara daripada kezaliman dalam negara / kawasan setempat.
c. dipelihara darah dan tubuh mereka dari disakiti.
d. dipelihara harta benda mereka.
e. dipelihara maruah mereka.
f. diberi hak kebebasan beragama dan mengamalkan agama mereka.
g. diberi hak kebebasan dalam kerjaya.
h. diberi hak memegang jawatan dalam negara.
i. Jaminan penunaian hak-hak yang tersebut di atas.
j. Jaminan mendapat pengadilan seadilnya di dalam bidang kehakiman serta tidak dikenakan hudud kecuali apabila diminta dengan rela mereka sendiri.

4. GMUKM didakwa mengamalkan politik populis iaitu suka mencari populariti sedangkan mahasiswa di Universiti lebih menggemari ahli perwakilan yang membawakan isu akademik dan kebajikan.
Bagi GMUKM, tidak timbul soal mencari populariti kerana kita benar-benar memperjuangkan hak dan keperluan mahasiswa. Melalui kajian yang dilakukan, mahasiswa lebih jelas memerlukan MPM ini membawa isu masalah-masalah yang bersifat setempat, seperti isu fasiliti, makanan, kemudahan air dan elektrik, rangkaian internet WIFI, pengangkutan termasuk isu tempat letak kenderaan dan pengangkutan bas serta masalah-masalah lain.

Tidak pasti jika tindakan kita mewar-warkan ini dianggap sebagai mencari populariti, tetapi kami di GMUKM sentiasa berpegang kepada dasar GM iaitu Keilmuan, Kebajikan & Penghayatan Falsafah Universiti.

5. GMUKM dikatakan mengamalkan politik ekstrem terutama dengan pihak Universiti. Adakah benar ?
Adalah kurang tepat jika tindakan GMUKM yang menuntut keadilan itu dikatakan 'politik ekstrem' sedangkan pelbagai birokrasi terhadap GMUKM selama ini tidak pula ingin ditafsir. Menjawab beberapa perkara yang dibangkit yang mengatakan GMUKM begitu radikal, kita ingin menjelaskan bahawa kita menuntut apa yang sepatutnya memang menjadi hak kita sebagai mahasiswa.

Kita bawakan isu keadilan, kesejahteraan dan menolak birokrasi kerana kita berpegang kepada 'Mahasiswa adalah pelanggan utama di Universiti'. Universiti ini tidak akan wujud tanpa mahasiswa. Kakitangan, pensyarah, penyelidik sehingga tahap tertinggi 'board' Majlis Pengurusan Universiti (MPU) diwujudkan kerana mahasiswa itu wujud. Justeru apa-apa isu yang ingin dibawa atau Universiti hendak membuat polisi atau dasar-dasar yang baru, haruslah berbalik untuk mahasiswa. Mahasiswa berhak didengari, dan itu merupakan polisi pelanggan utama bagi setiap kakitangan Universiti.

Dan apabila hak dan keperluan mahasiswa ini tidak didengari, atau dilanggari maka kita tidak dapat memberikan jaminan mahasiswa akan duduk sahaja. Isu sistem-sistem yang cuba mengikat mahasiswa sehingga menjadikan mahasiswa lembab atau 'mandom' , inilah yang kita cuba elakkan. Kita tentang karenah-karenah birokrasi di pejabat-pejabat pentadbiran Universiti kerana harus diingatkan, mahasiswa punya masa yang begitu pendek di Universiti. Tiga atau empat tahun bukanlah suatu masa yang panjang untuk membina potensi dan kemandrian diri. Ini semua harus dipertimbangkan. Dan ini semua yang kita perjuangkan. Apabila ia sengaja dikesampingkan, itulah sebab GMUKM bangkit menuntutnya.

6. GMUKM kini memegang majoriti PMUKM. Adakah selepas ini GMUKM akan menjadi lebih 'lunak' dalam pembawakan isu-isu mahasiswa ?
GMUKM optimis, setiap apa yang kita lakukan hari ini akan kekal diperjuangkan biarpun ketika kita menang atau kalah. Agenda-agenda kebajikan, keilmuan dan penghayatan Falsafah Universiti jelas menjadi garis panduan kita kerana kita hari ini tertegak dan beroleh kepercayaan rakan-rakan di atas aspek-aspek tersebut.

Isu kita kini sudah 'slow' membawakan isu-isu mahasiswa, sudah tiada desakan terhadap HEP, tiada piket dan lain-lain jelas tidak berasas kerana kita hari ini melihat kemenangan ini sebagai sebuah lagi platform untuk kita menyuarakan isu-isu mahasiswa dengan lebih berkesan. Dengan izin-Nya, kita dapat menyaksikan perubahan dan perbezaan yang ketara antara kepimpinan MPMUKM kini dan yang terdahulu. Itu janji kita.

Friday, February 25, 2011

Sertai MPM-GMUKM di Facebook!


Dijemput semua mahasiswa untuk menyertai MPM-GMUKM di Facebook!



sila "Like" di sini: MPM 2010/2011.

Sebarang cadangan, aduan dan masalah kebajikan yang ingin diutarakan bolehlah diletakkan dalam group ini. insya Allah MPP kami akan cuba untuk menghuraikan permasalahan anda! Jangan kunci mulut anda! Suara anda keutamaan kami!  


ber-GM kan lebih baik...





Thursday, February 24, 2011

MAMPU : Penjelasan buat rakan-rakan bukan Islam.



Merujuk kepada permasalahan yang timbul baru-baru ini selepas Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menguasai PMUKM bagi sesi 2010-2011, maka bagi MAMPU, kami harus tampil memberikan penjelasan  dan pendidikan segera agar tidak timbul salah faham atau fitnah terhadap kepimpinan GMUKM.

MAMPU telah merujuk kepada beberapa buah artikel, dan dapat dihuraikan bahawa terdapat beberapa hak-hak orang bukan Islam terhadap negeri/tempat yang didudukinya. Antaranya di sini MAMPU senaraikan berkenaan hak-hak bukan Islam yang selari dengan suasana kampus UKM kita hari ini yang antara lain;
> Masyarakat bukan Islam berhak membuat pilihan terhadap sesuatu pegangan agama tanpa sebarang paksaan dari pemerintah selagi mana mereka mengamalkan kepercayaan agama mereka dengan aman.
> Kehormatan orang yang bukan Islam adalah terpelihara di sisi masyarakat negeri Islam
> Kediaman orang yang bukan Islam tidak boleh dicerobohi dan harta bendanya tidak boleh dicuri dan dirampas sewenang-wenangnya.
> Orang yang bukan Islam berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan berhak menubuhkan persatuannya sendiri.
> Orang yang bukan Islam menpunyai hak untuk menyatakan pendapat dan pendiriannya masing-masing, malah mereka mempunyai hak dalam berpolitik bagi membela nasib kaum mereka sendiri.
> Orang bukan Islam berhak menjalankan perniagaan secara bebas dalam negara Islam asal sahaja bentuk perniagaan itu tidak mengandungi jualan yang memudaratkan.
> Orang yang bukan Islam mempunyai hak dalam memegang jawatan dalam perkhidmatan awam yang berkaitan dengan perkara yang tidak menyentuh tentang perkara agama Islam.

Manakala orang-orang yang bukan Islam pula dikehendaki melaksanakan hak yang wajib mereka laksanakan terhadap negeri / tempat yang diduduki oleh mereka;
- Masyarakat bukan Islam hendaklah melakukan perkara yang boleh menyumbangkan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara yang dihuninya.
- Masyarakat bukan Islam tidak boleh melakukan sesuatu tindakan yang membahayakan negara Islam dan perbuatan yang menimbulkan rasa tidak senang orang Islam. Sebagai contoh, mereka tidak boleh membuka kedai arak dan kawasan ternakan babi di kawasan perumahan orang-orang Islam.
- Masyarakat bukan Islam dilarang menghina dan mencerca sebarang tokoh Islam sekalipun mereka tidak mepercayai dan menganuti Islam. Masyarakat bukan Islam dituntut supaya menghormati pegangan orang lain dan apa sahaja yang dimuliakan oleh orang beragama lain.
- Orang-orang bukan Islam juga tidak boleh memberontak atau mementingkan diri sendiri sahaja dengan menimbulkan perkara yang mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Mereka juga dilarang bersama dengan golongan yang suka menyebarkan fitnah dalam negara Islam.

Sekadar perkongsian.

Membina Mahasiswa Penggerak Ummah 

Wednesday, February 23, 2011

Terima Kasih Semua!


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua rakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Terlebih dahulu kami di Wartawan@GMUKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam memenangkan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) pada sesi PRK kali ini. Sesungguhnya usaha kalian tersebut tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, apatah lagi sekadar ucapan-ucapan di poster,blog atau laman-laman sosial (Facebook dll). Namun apa yang tetap ingin dilakukan di peringkat GMUKM adalah untuk meyakinkan rakan-rakan bahawa setiap undi yang rakan-rakan berikan kepada calon-calon GMUKM sama ada kita menang atau tidak, adalah SANGAT-SANGAT dihargai!

Merujuk kepada beberapa spekulasi yang timbul sejak kemenangan GMUKM menguasai PMUKM (atau selepas ini akan disebut MPMUKM) adalah sangat-sangat dikesali. GMUKM berharap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan perkara-perkara tidak bermoral ini agar menghentikan segera kerana ia jelas tidak berasas dan masih belum dibincangkan lagi, apatah terus hendak dilaksana sepertimana hangat diperkatakan kini.

MPM-GMUKM kini masih dalam fasa perbincangan untuk menetapkan barisan kepimpinan Exco MPMUKM dan memohon rakan-rakan mahasiswa untuk bertenang dan bersabar menantikan hasil perbincangan itu nanti. Apa yang boleh dikatakan kini, beberapa perubahan bakal dilaksanakan di dalam kabinet MPMUKM sesi 2010-2011 itu nanti, yang semestinya demi kepentingan rakan-rakan mahasiswa dan warga kampus UKM umumnya.

Mengakhiri kalam, kami Wartawan@GMUKM sentiasa membuka ruang memohon sebarang pandangan, komen, kritikan mahupun sebarang informasi daripada rakan-rakan sekalian. Kami boleh dihubungi di emel : gmukm2009@gmail.com atau Facebook ID : Gabungan Mahasiswa Ukm

Ber-GM Lebih Baik!


KENYATAAN BERSAMA MPM-GMUKM 2010/2011 : Bersama Merealisasi Varsiti



 KENYATAAN BERSAMA MPM-GMUKM 2010/2011
" Bersama Merealisasi Varsiti "

Tanggal 22 Februari 2011 menjadi hari yang penuh bersejarah buat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya buat pencinta-pencinta demokrasi kampus. Seakan signifikannya 22 Februari itu dengan kemenangan 22 orang calon Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), menjadikan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kini dipegang kembali oleh MPP yang pro-mahasiswa.

Di sini kami seramai 22 orang MPM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan mahasiswa di atas kepercayaan dan mandat yang kalian berikan sehingga memenangkan Gabungan Mahasiswa dalam PRK sesi kali ini. Kami begitu terkesan dengan titik peluh dan sokongan padu daripada rakan-rakan di atas nawaitu ingin mengembalikan suara mahasiswa di tempat yang sepatutnya.

Justeru itu, kami dengan kekuatan 22 orang MPM yang mendapat mandat rasmi daripada rakan-rakan kini bersedia membawakan suara kalian ke saluran pihak-pihak yang berkenaan. Adalah dimaklumkan bahawa blog rasmi kami adalah di http://pm-ukm.blogspot.com dan Facebook : MPM UKM 2010/2011

Akhir kalam, kami memohon agar rakan-rakan bersama-sama kami seramai 22 orang MPMUKM pada sesi penggal 2010-2011 ini dalam melaksanakan agenda-agenda Kebajikan, Keilmuan dan Penghayatan Falsafah UKM.  

Bersama Merealisasi Varsiti!


KENYATAAN BERSAMA :
U2.26 Umum 1/2
NORAINI BINTI JUMAHIR
U2.26 Umum 1/2 NURAZIDAH BINTI MASHAN
U3.33 Umum 3/4 MUSLIMAH BINTI MARSI
U3.33 Umum 3/4 MUHAMMAD HARITH BIN ABDUL KADIR
U3.33 Umum 3/4 AIDA RAHAYU BINTI MOHD BADRI
U3.33 Umum 3/4 WAN AHMAD FAHMI BIN WAN ABDUL HAMED
U3.33 Umum 3/4 MOHD ABDULLAH BIN MOHAMED YUSOFF
F2.1 FSSK 1/2 MOHAMAD EZUAN BIN MOHD SAAD
F2.4 FPer 1/2 KAMARUL HATEM BIN MUHAMMAD
F3.5 FPer 3/5 MOHAMAD IDRUL BIN MOHAMAD DAUD
F3.7 FEP 3/4 AHMAD MUZZAMMIL BIN MUHD HAIRI
F2.8 FPI 1/2 MUHAMMAD IKRAM BIN DARUS
F3.9 FPI 3/4 MOHD ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN
F3.12 FST 3/4 NOR AMALINA BINTI SAZALI
F3.12 FST 3/4 NURUL MARDHIAH BINTI KAMARUDDIN
F0.14 FPend MOHD IZZUDDIN BIN MOHD PISOL
F0.15 FUU PHANG SIEW CHIN
F3.17 FKAB 3/4 MOHD FAIZAL BIN AHMAD
F0.22 FFar NURUL AKMA BINTI ZULKIEFLI
F0.23 PPS NORIAH BINTI ABDUL RAHMAN
F0.23 PPS ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL
F0.23 PPS MOHD ARIF BIN MISROL

Tuesday, February 22, 2011

Senarai MPM-GMUKM Sesi 2010-2011



MOHD ABDULLAH BIN MOHAMED YUSOFF, FPend/3
U3.33 Umum 3/4

 
WAN AHMAD FAHMI BIN WAN ABDUL HAMED, FPend/3
U3.33 Umum 3/4

 
AIDA RAHAYU BINTI MOHD BADRI, FST/3
 U3.33 Umum 3/4

MUHAMMAD HARITH BIN ABDUL KADIR, FKAB/3
U3.33 Umum 3/4 


 
MUSLIMAH BINTI MARSI, FKAB/3
  U3.33 Umum 3/4


NORAINI BINTI JUMAHIR, FST/2
U2.26 Umum 1/2  

NURAZIDAH BINTI MASHAN, FEP/2
U2.26 Umum 1/2


NORIAH BINTI ABDUL RAHMAN
F0.23 PPS

ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL
 F0.23 PPS 

MOHD ARIF BIN MISROL
F0.23 PPS

NURUL AKMA BINTI ZULKIEFLI, FFar/2
F0.22 FFar

PHANG SIEW CHI, FUU/3
 F0.15 FUU

MOHD IZZUDDIN BIN MOHD PISOL, FPend/3
F0.14 FPend 

MOHAMAD EZUAN BIN MOHD SAAD, FSSK/2
F2.1 FSSK 1/2

 MUHAMMAD IKRAM BIN DARUS, FPI/2
F2.8 FPI 1/2

 MOHD ZAIM JUWAIDI BIN JAMALUDDIN, FPI/3
F3.9 FPI 3/4

KAMARUL HATEM BIN MUHAMMAD, FPer/1
F2.4 FPer 1/2

MOHAMAD IDRUL BIN MOHAMAD DAUD, FPer/3
F3.5 FPer 3/5

NOR AMALINA BINTI SAZALI, FST/3
F3.12 FST 3/4

NURUL MARDHIAH BINTI KAMARUDDIN, FST/3
F3.12 FST 3/4 


MOHD FAIZAL BIN AHMAD, FKAB/3
F3.17 FKAB 3/4 

AHMAD MUZZAMMIL BIN MUHD HAIRI, FEP/3
F3.7 FEP 3/4 



Maklumat lanjut, boleh semak: https://smp.ukm.my/mpp

GMUKM kuasai PMUKM




Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) setelah 7 tahun berada di bawah pemerintahan pihak Aspirasi.


Keputusan ini telah diumumkan lebih kurang pukul 12 tengah malam di Dewan Gemilang, UKM Bangi. |sila semak keputusan Pilihan Raya di sini|


Secara keseluruhannya, GMUKM telah memenangi majoriti 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.

Untuk kerusi Umum 1/2, GMUKM telah memenangi 2 daripada 7 kerusi manakala bagi kerusi Umum 3/4, GMUKM telah membolot semua 5 kerusi yang dipertandingkan. Bagi kerusi fakulti di UKM Kampus KL pula, kita telah memenangi kerusi untuk Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan Tahun 1 & 2 serta Tahun 3 & 4. 

Tahniah dan takziah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.Apa yang paling penting adalah untuk kita mengisi kemenangan ini, bukanlah semata-mata untuk mengecapi kemenangan sahaja.Diharapkan kepada semua, barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru untuk sesi 2010/2011 dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

~ber-GM lebih baik~

Monday, February 21, 2011

Peratus keluar mengundi PRK UKM 2011 keseluruhan



Rujuk https://smp.ukm.my/mpp dan klik 'Statistik Mendaftar Undi'

[PANASS] Bukti kertas undi di Kolej Keris Mas (KKM) tidak dicop!

[PANASSSsss] Bukti kertas undi di Kolej Keris Mas (KKM) tidak dicop







Merujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI Perkara 45.4 (ii) Kertas-kertas undi yang akan ditolak dan tidak boleh diterima adalah seperti berikut : (a) Jika ianya tidak dicop atau ditindik dengan tanda rasmi atau tidak ditandatangani secara ringkas oleh Ketua Pusat Pembuangan Undi..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Terkini, pihak pengurusan pembuangan undi di KKM memaklumkan, kertas-kertas undi tersebut akan dicop kemudian. Tetapi, timbul kecurigaan di peringkat GMUKM, adakah hal ini diSENGAJAkan ?? 

Beberapa analisa dan andaian telah dibuat;

(a) Kertas-kertas undi sengaja tidak dicop, maka selepas ini kerja-kerja cop akan dilakukan. DI SINI akan berlaku PENAMBAHAN UNDI HANTU ketika proses mengecop dilakukan.
(b) Kertas-kertas undi sengaja tidak dicop atau sekurang-kurangnya tidak diingatkan oleh pihak pengurusan PRK KKM terdahulu untuk memburuk-burukkan pihak pengurusan PRK di KKM yang pada sesi kali ini di bawah pengurusan Timbalan Dekan; bukan lagi di bawah Pengetua Kolej.
(c) Kertas-kertas undi sengaja tidak dicop menyebabkan kertas-kertas undi daripada Kolej Keris Mas akan dibantah dan tidak layak dikira (invalid)

GMUKM percaya hal ini lebih kepada cubaan membatalkan kertas-kertas undi mahasiswa yang ingin berubah. ADALAH PELIK bagi pengurusan PRK sekiranya 'terlupa' perkara-perkara teknikal yang jelas-jelas melanggari Buku Peraturan Pemilihan MPP 2011 dan Buku Panduan Calon Pemilihan MPP.

Penyelewengan & Penyalahgunaan Kuasa Kini di Kolej-Kolej Kediaman [ Update : 3.45pm ]

(Update : 3.45 petang)

KIY & KKM : Kewujudan kaunter/pondok panas (merayu undi) - Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat 

KKM : (a) Kertas undi bagi Kerusi Tahun 3/4 FPI masih dikeluarkan walaupun saudara Zaim diisytiharkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon (17 Februari 2011) -  Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI  Perkara 26: Jika pada hari penamaan dalam mana-mana kawasan Pemilihan, setelah diputuskan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan MPP apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat dan didapati jumlah calon sah dinamakan adalah sama atau tidak melebihi bilangan yang dipertandingkan bagi kawasan tersebut, Pegawai Pengurus Pemilihan MPP hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan calon-calon yang dinamakan sebagai wakil yang dipilih untuk MPP bagi kawasan tersebut.

(b) Didapati kertas-kertas undi di Kolej Keris Mas tidak dicop dengan cop rasmi UKM. -  Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI  Perkara 45.4(ii) Kertas-kertas undi yang akan ditolak dan tidak boleh diterima adalah seperti berikut : (a) Jika ianya tidak dicop atau ditindik dengan tanda rasmi atau tidak ditandatangani secara ringkas oleh Ketua Pusat Pembuangan Undi;

KBH : (a) Pembantu (yang juga staf pentadbiran KBH) di kaunter pembuangan Undi didapati mengambil nombor-nombor siri - Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI  Perkara 32.4: Tidak dibenarkan untuk mengetahui atau mencatatkan nombor siri setiap kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.

(b) Penyokong Aspirasi didapati mengedarkan kertas yang mengandungi nombor-nombor calon Aspirasi - Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat 


Jom UNDI!!

Ayuh, seluruh MAHASISWA!! kita tunaikan tanggungjawab kita dengan turun mengundi pada hari ini!
Kaunter membuang undi akan dibuka bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang hari ini...

Anda sudah tahu tempat anda mengundi?? semakan tempat mengundi boleh dibuat di alamat ini. https://smp.ukm.my/mpp/index.cfm

Undilah calon pilihan anda! Di bawah kami sertakan tatacara pengundian:

1. Barang yang perlu dibawa masuk ke dalam dewan adalah KAD MATRIK/KAD PELAJAR.

2. Anda akan diberikan dua keping kertas undi/borang.Satu adalah untuk calon fakulti dan satu lagi adalah untuk calon umum.Untuk calon FAKULTI, anda harus memangkah (X) SALAH SATU kotak yang ada manakala untuk calon UMUM, anda dikehendaki untuk memangkah TUJUH kotak sahaja.JANGAN LEBIH dan JANGAN KURANG kerana kalau anda berbuat demikian, ianya akan dikira sebagai UNDI ROSAK.

3.PANGKAH di atas kertas undi. JANGAN buat tanda 'right' atau memangkah keluar daripada kotak.


4. JANGAN salah buang undi di kotak (i.e buang undi di kerusi salah Tahun)



Jadi, apa tunggu lagi?? MAHASISWA PRIHATIN, Jom turun mengundi!! ELAKKAN UNDI ROSAK!!

~ber-GM lebih baik~

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !