Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, February 22, 2011

GMUKM kuasai PMUKM




Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) setelah 7 tahun berada di bawah pemerintahan pihak Aspirasi.


Keputusan ini telah diumumkan lebih kurang pukul 12 tengah malam di Dewan Gemilang, UKM Bangi. |sila semak keputusan Pilihan Raya di sini|


Secara keseluruhannya, GMUKM telah memenangi majoriti 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.

Untuk kerusi Umum 1/2, GMUKM telah memenangi 2 daripada 7 kerusi manakala bagi kerusi Umum 3/4, GMUKM telah membolot semua 5 kerusi yang dipertandingkan. Bagi kerusi fakulti di UKM Kampus KL pula, kita telah memenangi kerusi untuk Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan Tahun 1 & 2 serta Tahun 3 & 4. 

Tahniah dan takziah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.Apa yang paling penting adalah untuk kita mengisi kemenangan ini, bukanlah semata-mata untuk mengecapi kemenangan sahaja.Diharapkan kepada semua, barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru untuk sesi 2010/2011 dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

~ber-GM lebih baik~

2 comments:

Haf said...

salam and ohaiyok everyone~~

Yeke korang menang? tahniah utk korang...

buat yg terbaik utk UKM ok...

walaupun saya pro-aspirasi (masa kat u dulu laa), but i'll consider this as a healthy competition.

now, i'm not in ukm anymore, so dah tak boleh nak pro ke mana2 dah. just wishing u all the best and gambatte kudasai~

Wassalam and warm regards,
Hafrina
ex-PPSM, UKM

ismanaurah said...

salam..sy sbg alumni ukm mngucapkn tahniah pd gmukm atas kemenangan kamu pd PRK..wlupun sy ni neutral msa kt ukm,gmukm banyak mnonjolkan aspek kepimpinan yang tinggi..bila da pegang ukm nnt,jgn leee nk bertikam lidah sesama student k..elakkan memburuk burukkn sesape yg kontra dgn korang..teruskan tambat hati student2 ukm..jalankan manifesto korang yg korang da jnjikan dulu...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !