Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, May 30, 2011

GAMIS : Mahasiswa kuasa penentu PRU 13

Oleh : GAMIS 

Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.

Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.

Sunday, May 29, 2011

BERNAMA : P. Ramlee, A 1Malaysia Icon

KUALA LUMPUR, May 28 (Bernama) - The very mention of the name P. Ramlee ( 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) brings to mind images from his films, melodies from his song and his refreshing humour that provides good-natured laughter for Malaysians, young and old.

Tan Sri P. Ramlee
Tan Sri P. Ramlee, or his real name Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh, who died 38 years ago at the age of 44, was not only an icon in his era, he continued to inspire people long after his death.

He had been directly involved in the production of 60 films and 360 songs, an immensely prolific achievement and a testimony to the man's commitment to his art.

P. Ramlee started his career nearly a decade before independence and went on to become a prominent figure in the country's entertainment industry during the nation's formative years.

His presence remained felt even as the country marches to become a developed nations, looming large in the collective consciousness of the people, who now see him as not only the country's entertainer extraordinaire, but also an icon for 1Malaysia, the concept mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to rally Malaysians to unite and march together as one.

Implimenkan inisiatif untuk belia

Editor GM-UKM sempat menemui beberapa orang pimpinan 'front' mahasiswa untuk mendapatkan komen dan respon berkenaan inisiatif yang diumumkan YAB Perdana Menteri petang tadi.

Saudara Fariq Fitri selaku Duta GMUKM ketika diminta mengulas, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bersungguh-sungguh mendekati untuk memahami nurani para belia.

Saturday, May 28, 2011

Parlimen Belia antara 6 inisiatif kerajaan untuk belia Malaysia

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) menyambut baik enam inisiatif oleh kerajaan yang telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia hari ini ketika merasmikan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya.

Enam inisiatif tersebut antaranya adalah usaha kerajaan untuk memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya serta memperkenalkan konsep mentor-mentee kepada belia dalam beberapa bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, aktiviti sosial, industri, kreatif dan profesional selain daripada mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.

Artikel Pilihan : Mengembalikan Jatidiri Mahasiswa


Kebelakangan ini, peranan mahasiswa yang dianggap sebagai agen arus perubahan yang diinginkan masyarakat bergema semula. Pandangan masyarakat terhadap mahasiswa sebagai kelompok intelektual dan sebagai agen gerakan pembaharuan, hendaklah menyadarkan kita (mahasiswa) sebagai kelompok intelektual muda.

Dalam hal itu, mahasiswa dituntut untuk dapat berperanan lebih nyata terhadap perubahan atau paling tidak menjadi pendokong dari sebuah perubahan ke arah yang lebih baik. Kesadaran yang tumbuh dalam masyarakat untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang cenderung berorientasi pada kekuasaan yang membelenggu demokrasi, menuntut peranan yang lebih dari mahasiswa sebagai agen perubahan serta sebagai mekanisma kawalan.

Kedudukan mahasiswa sebagai mekanisma kawalan, bermaksud sebagai pengimbang kepada kekuasaan yang ada pada pemerintah. Tugas tersebut, idealnya memang dilakukan oleh partai politik, namun sayang hal itu tidak berlaku, bahkan dimandulkan oleh kekuasaan yang tidak mengenal apa yang dikatakan "kritikan". Dalam konteks itulah, letak peranan mahasiswa sebagai agent of social control serta sebagai agent of change.

Thursday, May 26, 2011

PMFST : Tanah Runtuh Dari Sudut Sains

Apakah itu Tanah Runtuh? 
              Di manakah ia berlaku?
                            Adakah ia berlaku dengan semula jadi?
                                                        Kenapa tiada tanda-tanda berlakunya kejadian ni?
                                                               Siapakah yang harus di persalahkan?

Segala persoalan dan jawapan bermain di fikiran kita  dan tiada jawapan yang benar mampu di berikan kerana masing-masing mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza. Jika di huraikan ainya memberi kesimpulan yang sangat terkesan.

How should a first-class university be?

Translated by Soong Phui Jee
Sin Chew Daily

A total of seven Malaysian universities have been ranked among the top 200 of the 2011 QS Asian University Rankings recently released by UK-based QS Quacquarelli Symonds Ltd.

Universiti Malaya (UM) has been ranked at 39, followed by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) at 53, Universiti Sains Malaysia (USM) at 54, Universiti Putra Malaysia (UPM) at 57, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) at 76, International Islamic University Malaysia (IIUM) at 161 and Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) at 191.


Over the years, local universities seem to have fixed their eyes on world universities rankings and their moods change according to their rankings.

It should be noted that there are various kinds of the so-called world university rankings with their impartiality and objectivity widely questioned by scholars. If fact, the results vary since different agencies adopted different assessment criteria.

Wednesday, May 25, 2011

Wanita & Kuasa


Dalam era globalisasi ini, penglibatan setiap masyarakat dalam pelbagai aspek atau bidang untuk memajukan negara adalah amat digalakkan tanpa mengira jantina termasuklah dalam pentadbiran awam. Bagaimanapun, penglibatan wanita dalam pentadbiran awam adalah sedikit jika dibandingkan dengan lelaki sebelum munculnya pendekatan feminisme. Wanita dilihat sebagai individu yang lemah dan tidak layak untuk membuat keputusan bagi sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan organisasi apatah lagi memegang kuasa.

Feminisme membawa maksud himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya berkenaan dengan pembebasan dan kesamaan hak perempuan daripada ditindas atau diketepikan oleh lelaki. Mengikut sejarah, gerakan feminisme bermula di Barat apabila golongan wanita merasakan diri mereka diketepikan oleh kaum lelaki dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sosial, pekerjaan, pendidikan serta politik. Seiring dengan peredaran masa, gerakan tersebut berubah menjadi perjuangan untuk membebaskan wanita daripada tekanan prejudis ke atas wanita oleh kaum lelaki. Gerakan feminisme ini terbahagi kepada empat iaitu feminisme normatif, feminisme liberal, feminisme marxisme dan feminisme radikal.

Tuesday, May 24, 2011

Manifesto MPP FPend - Respon Timbalan Dekan FPend



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyambut baik saranan dan respon yang diberi oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan, Prof Madya Dr. Saemah Rahman terhadap manifesto yang dibawa oleh MPP Fakulti Pendidikan, Saudara Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol. Terdahulu, Saudara Izzuddin, MPP FPend merangkap Pengerusi kebajikan dan Aduan PMUKM telah membawa lapan manifesto untuk diketengahkan semasa pilihanraya kampus lepas. Lapan Manifesto tersebut adalah seperti berikut :

1) Mengoptimumkan penggunaan Galeri Fakulti Pendidikan sebagai Pusat Perbincangan Kumpulan
2) Menyediakan ruang letak motosikal di hujung bangunan Gerak Minda
3) Menyediakan mesin watercooler di Bangunan Bilik Pengajaran Mikro dan Makmal
4) Membaiki mesin watercooler di Gerak Minda dan bawah Pejabat Dekan Fakulti
5) Menyediakan mesin air minuman jenis tropicana twister di Bangunan Gerak Minda
6)Menyediakan meja permainan ping pong di bawah Pejabat Dekan Fakulti
7) Menyediakan sebuah gelanggang badminton bergarisan berhampiran tempat letak motosikal
8) Menyediakan dua buah tong sampah berhampiran dengan gazebo

Pihak GMUKM memuji tindakan timbalan dekan fpend yang memberi respon positif. Mengenai respon tersebut, saudara Izzudin mengucapkan ribuan terima kasih diatas perhatian yang diberi pihak pentadbiran fakulti tersebut.

" Secara peribadinya,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran diatas perhatian dan respon yang baik. Semestinya segala yang kami usahakan adalah untuk kepentingan mahasiswa semata-mata. Terima kasih juga kepada semua kerana memberi kepercayaan kepada saya. Moga dengan kerjasama pihak pentadbiran, kita dapat memajukan lagi fakulti kita yang tercinta ini."

Mengenai respon pentadbiran, setiap manifesto yang dikemukakan telah mendapat maklumbalas. Berikut adalah maklumbalas yang diterima daripada pihak pentadbiran.

Bagi manifesto pertama, pihak pentadbiran telah mencadangkan penggunaan ruang gazebo secara optimum bagi tujuan perbincangan.Hal ini berikutan fakulti dalam perancangan untuk menjadikan ruang tersebut sebagai ruang pameran sejarah penubuhan dan pencapaian fakulti.

Untuk manifesto penyediaan ruang motosikal di hujung bangunan Gerak Minda, pihak pentadbiran akan membawa perkara ini kepada pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP). Manakala bagi manifesto tiga dan empat, iaitu berkaitan watercooler, pihak fakulti bukan memberi respon poitif malah mencadanglkan untuk menyediakan beberapa buah water dispenser di tempat-tempat berikut iaitu di Dewan Budiman, Makmal Sains, Bilik Mikro, Makmal Multimedia dan Lobi/Laluan. Selain itu, cadangan penyediaan mesin air minuman jenis Tropicana Twister di Bangunan Gerak Minda difahamkan bahawa cadangan tersebut masih didalam perhatian pihak Fakulti dan Jabatan Bendahari UKM.

Seterusnya manifesto enam dan tujuh yang berkaitan meja ping pong dan gelanggang badminton, pihak pentadbiran mendapati bahawa ruang tersebut tidak sesuai digunakan untuk tujuan tersebut. Malah, mahasiswa juga disarankan untuk menggunakan kemudahan sukan yang disediakan oleh Universiti. Selain itu, bagi manifesto terakhir iaitu menyediakan dua buah tong sampah berhampiran dengan gazebo, pihak fakulti masih dalam proses membeli beberapa buah tong sampah untuk ditempatkan di setiap gazebo di Fakulti Pendidikan.


Sekali lagi, pihak Gabungan Mahasiswa berterima kasih diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberi pihak pentadbiran Fakulti Pendidikan.

~Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti~

Sunday, May 22, 2011

Belia-Pelajar Dalam Gerakan Sukarela – Suatu Refleksi Sejarah

Disampaikan oleh : Azizan Bahari, PhD

GERAKAN BELIA-PELAJAR MALAYSIA 1957-1969
Kemerdekaan pada 1957 membawa situasi dan cabaran-cabaran baharu kepada negara. Tumpuan utama ketika itu ialah membina tapak pemerintahan sendiri (indigenous rule) yang kuat agar kemerdekaan yang dicapai itu dapat diisi sebaiknya dan negara seluruhnya tidak tergugat oleh sebarang ancaman atau kuasa lain.

Dalam arus kemerdekaan ini pergerakan belia yang selama ini berada di bawah naungan (patronage) penjajah juga mencuba mencari identiti baru. Pergerakan sedar bahawa ia perlu menentukan dan memainkan peranan baharu selaras dengan tuntutan masyarakat dan negara. Dalam kata lain, ia perlu memberi makna kewujudannya di dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Namun, dari segi dasar dan program tidak banyak yang dilaksanakan oleh pergerakan belia ini. Pergerakan dibelenggu oleh hal-hal dalaman dan modus operandi seperti menyelesaikan masalah pentadbiran, kakitangan, perlembagaan, dan sebagainya. Kegiatan rata-ratanya masih bersifat riadah dan “mengisi masa lapang” sahaja.Kekecualian dalam hal ini terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar universiti yang ternyata semakin aktif di sekitar 1960-an apabila isu-isu penting ekonomi, politik dan sosial semakin giat diperjuangkan.

Mulai 1965, sebagai contoh, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya mulai aktif menganjurkan forum-forum seperti tentang “Soal Ekonomi Bumiputra”, “Faham Nasionalisme Malaysia”, “Peranan Intelektual Melayu” dan “Mengenai Bangsa Melayu Mundur”. Majlis-majlis perbincangan juga diadakan di luar kampus seperti dalam membincangkan isu penubuhan Universiti Kebangsaan. Keadaan ini dikatakan kerana pengaruh kehadiran pelajar-pelajar Melayu yang semakin bertambah ketika itu (mereka umumnya dari latar belakang kampung yang miskin).

Pelbagai isu lain turut diketengahkan oleh pelajar sehingga memungkinkan tertubuhkan Speaker’ Corner atau Sudut Pidato di Universiti Malaya pada Mei 1966 di mana para pelajar mempunyai lokasi khas di tengah-tengah kampus di Lembah Pantai itu untuk berkumpul dan melahirkan perasaan dan sikap mereka tentang pelbagai isu semasa.

Pada 1967, sempena 10 tahun merdeka, PBMUM menganjurkan Simposium Masalah Penduduk Luar Bandar.Perkara-perkara penting berhubung ekonomi desa, pembahagian tanah, kesihatan, persekolahan anak-anak Melayu petani, dan sebagainya mendapat perhatian khusus simposium. Ini diikuti pula oleh peristiwa klasik dalam sejarah kebangkitan kaum tani Melayu – Peristiwa Telok Gong – pada 1967 apabila pemimpin petani-petani Melayu, Hamid Tuah, dan beberapa orang pengikutnya ditangkap pihak berkuasa kerana dituduh meneroka tanah secara haram di Telok Gong, Selangor. Peristiwa ini memperlihatkan kebangkitan pelajar pimpinan PBMUM dan PMUM mengutuk dan mencabar Kerajaan Selangor yang dianggap berlaku zalim dan tidak berperi kemanusiaan terhadap para petani yang tidak bertanah.

Isu-isu lain turut mendapat perhatian pelajar. Dasar Pelajaran Kebangsaan, Kempen Pilihanraya, Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Kampus, Peristiwa 13 Mei 1969, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Pindaan 1975, semuanya sudah terpahat menjadi sebahagian sejarah gerakan pelajar Malaysia.


GERAKAN BELIA-PELAJAR 1970-AN
Peristiwa berdarah 13 mei 1969 turut memberi kesan meluas terhadap gerakan belia-pelajar. Peristiwa yang mempersoalkan keseluruhan falsafah dan halatuju negara itu turut memaksa belia merenung kembali ke dalam diri mereka serta memikirkan kembali peranan belia dalam konteks pembinaan sebuah masyarakat yang adil, stabil dan sejahtera.

Ekoran perkembangan gerakan pelajar di atas maka dekad ini dari awalnya melihat sumbangan pelajar kepada perkembangan aktivisme gerakan belia tanahair. Pertubuhan-pertubuhan pelajar seperti Gabongan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia, dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia yang keseluruhannya menggabungkan hampir kesemua persatuan pelajar di maktab dan universiti kita ketika itu ternyata lebih articulate tentang pelbagai isu, mengemukakan idea-idea dan komentar yang bernas, serta mula mendapat tempat dalam pergerakan belia pimpinan MBM. Begitu juga peranan aktif turut dimainkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia dan Young Christian Workers dalam isu-isu sosial semasa. Secara kolektif pertubuhan-pertubuhan belia-pelajar ini telah memberikan nafas dan daya intelektual kepada pergerakan belia kita.

Di sini harus diingat bahawa selain faktor-faktor sosial (termasuk ekonomi) dan politik dalam negeri yang digambarkan di atas, aktivisme pelajar dalam isu-isu berkenaan juga dipengaruhi oleh arus perkembangan dan situasi antarabangsa seperti yang dimanifestasikan oleh gerakan-gerakan anti-Perang Vietnam (yang dilancarkan Amerika Syarikat), “student power”, dan juga protes pelajar terhadap establishment di Eropah, Jepun, Amerika Latin dan Amerika Syarikat.

Serentak dengan pelbagai pertubuhan dan gerakan mempersoalkan asas-asas dan arahtuju negara, pergerakan belia turut bangkit dengan pelbagai isu yang mencakup kepentingan-kepentingan belia dan masyarakat luas. Isu-isu yang dimaksudkan ini meliputi soal penyertaan belia dalam proses membuat keputusan (dan dasar-dasar negara), kebebasan dan autonomi pergerakan belia, nilai-nilai moral dan spiritual masyarakat, demokrasi, pengagihan kekayaan negara secara adil, penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin dan pentadbir, perhubungan yang adil dan saksama antara negara, serta soal pencerobohan dan jenayah kuasa-kuasa imperialis, Zionis Israel dan sekutu-sekutu mereka terhadap rakyat dan negara-negara di pelbagai benua, dan sebagainya.

Perlu dinyatakan bahawa pergerakan belia (khususnya para pemimpinnya) berbangga dengan sifat vokal serta kebebasan relatif mereka daripada ikatan atau naungan politik kepartian. Mereka, khususnya pemimpin Majlis Belia Malaysia, cuba mempertahankan kebebasan ini kerana beranggapan itulah cara terbaik untuk menyuarakan dan mewakili kepentingan belia dan masyarakat luas tanpa terpaksa tunduk pada kepentingan pihak tertentu.Walau bagaimanapun, ini tidak bererti pemimpin-pemimpin berkenaan tidak aktif atau tidak menyertai mana-mana parti politik. Sebahagian mereka aktif dan menyandang jawatan, tetapi kegiatan politik kepartian ini tidak ditonjolkan di medan gerakan belia.

Dekad 1970-an mesti direkod sebagai dekad aktivisme gerakan belia dalam pelbagai bidang. Peristiwa Tunjuk Perasaan Pelajar-Belia pada 3 Disember 1974 kerana menyokong tuntutan kenaikan harga getah oleh pekebun-pekebun kecil getah di Baling, Sik dan utara Perak merupakan satu contoh klasik. Peristiwa itu menyebabkan beberapa orang pemimpin belia-pelajar (dan juga tenaga akademik) ditahan polis dan kemudiannya turut memaksa perpecahan Majlis Belia Malaysia dalam 1975.

Penubuhan ”parlimen belia” Majlis Perundingan Belia Negara, deraf awal Dasar Belia Negara, kerja-kerja persiapan bagi penubuhan Yayasan Belia Malaysia, rancangan penubuhan Pusat Belia Antarabangsa, penubuhan Committee for ASEAN Youth Cooperation, dan sebagainya itu, semuanya berlaku dalam dekad ini. Pergerakan belia negara ini muncul sebagai tenaga yang disegani bukan sahaja di dalam negeri, tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.


GERAKAN BELIA-PELAJAR 1980-AN DAN SETERUSNYA
Setelah kira-kira dua dekad menghadapi pelbagai persoalan, cabaran dan ujian dan melihat hasil-hasil yang tercapai sehingga ini maka gerakan belia-pelajar semakin yakin bahawa ia sudah diterima dan diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan dan masyarakat umum. Kesan-kesan daripada Dasar Ekonomi Baru yang terlaksana sepanjang dekad sebelumnya juga dirasakan memanfaatkan masyarakat umum, termasuk golongan belia, dalam pelbagai bentuk. Keadaan ini barangkali turut membuat belia umumnya lebih selesa (complacent) dengan keadaan.

Dalam kalangan pemimpin belia kebangsaan dan bekas aktivis pelajar, termasuk mereka yang kuat mengkritik establishment, parti-parti politik pemerintah diterima sebagai platform baharu yang wajar digunakan untuk meneruskan kegiatan. Ini boleh difahami kerana gerakan belia selaku gerakan pendesak sahaja tanpa kuasa dan kedudukan untuk melaksanakan agenda dilihat sebagai mempunyai keterbatasannya. Penyertaan high profile dan keaktifan beberapa orang pemimpin ini di dalam parti-parti politik berkenaan membantu mewajarkan (memberi justifikasi kepada) dasar-dasar dan agenda pemerintah di mata belia umum. Di sini, proses penyerapan atau inkorporasi gerakan belia arus utama (mainstream) ke dalam sistem tadbir urus negara yang disebutkan tadi boleh dikatakan tiba ke kemuncaknya! Inisiatif semakin diambilalih oleh kerajaan, sedangkan peranan dan pengaruh gerakan sukarela, termasuk belia, kelihatan semakin terbatas.

Sebahagian pemimpin belia berpendapat bahawa kerajaan kini mengambil kira persoalan-persoalan yang dibangkitkan belia. Malah ada antara mereka yang menyatakan bahawa ”zaman pergerakan belia sebagai kumpulan pendesak (pressure group) sudah berakhir”. Apa yang dituntut sekarang, tambah mereka, ialah ”tindakan-tindakan konkrit di pihak belia sendiri bagi mengisi slogan-slogan dahulu”.

Rata-rata pemimpin belia dan pelajar kelihatan semakin cenderung kepada politik kepartian. Pemimpin-pemimpin utama pergerakan belia juga kelihatan berlumba-lumba mencipta ruang-ruang baru (tentunya secara lebih kreatif!) untuk menempatkan diri di kedudukan strategik agar lebih hampir dengan the corridor of power. Tidak cukup dengan jawatan politik dan pentadbiran yang tinggi, contohnya, ada yang bertekad dan akhirnya berjaya menguasai kepimpinan tinggi dalam pergerakan belia. Ini tidak syak kerana prospek masa depan yang cerah yang dijanjikan. Pergerakan belia-pelajar dilihat mereka lebih sebagai suatu platform untuk mobiliti sosial, khususnya ekonomi dan politik; persoalan untuk kepentingan belia dan masyarakat luas seperti dalam dekad-dekad yang dibincangkan tadi agak samar-samar.

Inisiatif bagi pelbagai program diambil oleh pihak berkuasa dengan peranan belia yang terhad. Pergerakan belia meneruskan program-program biasa yang tampaknya lebih banyak publisiti berbanding usaha dan hasil yang konkrit. Demikian boleh dipersoalkan, umpamanya, apakah terjadi kepada Pelan Bertindak 10 Tahun Belia Malaysia yang diisytiharkan MBM?

Dalam masa yang sama, afluen ekonomi yang dicapai negara mencetuskan nilai-nilai dan gaya hidup baharu dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. Apa yang dikatakan gejala sosial semakin menyelinap ke dalam kehidupan, menimbulkan cabaran-cabaran baharu yang menuntut ditangani sebaiknya. Namun, jurang yang wujud di antara pergerakan belia dengan golongan remaja-belia, dan hakikat bahawa pergerakan semakin kurang mampu menggarap sentimen dan trend baharu dalam kalangan remaja-belia serta faktor-faktor yang mempengaruhi nilai, sikap dan amalan baharu mereka, menyulitkan keadaan. Sehubungan itu, seperti pemimpin-pemimpin lain masyarakat, para pemimpin dan pekerja belia juga lebih banyak melahirkan keresahan dan kebimbangan terhadap trend remaja-belia itu tanpa mengemukakan idea-idea bernas untuk menghadapi keadaan.

Sikap kalangan pemimpin belia di atas barangkali turut dipengaruhi oleh preoccupation masyarakat dan negara ketika itu. Di sana-sini topik utama ialah pembangunan ekonomi, perindustrian, pembinaan infrastruktur, peluang-peluang baharu dan sebagainya. Kesenangan material dan gaya hidup mewah semakin menjadi sasaran baharu kehidupan.

Begitu juga pemodenan negara dengan perubahan pantas yang berlaku sedang masyarakat rata-ratanya tidak memahami keadaan dan implikasi-implikasinya, serta tidak mempunyai sense of control terhadap perkembangan ini, tambah menyulitkan keadan dan turut menyumbang kepada ketidaktentuan hala dan sikap pimpinan belia rata-ratanya.

Di lewat 1990-an, ekoran kegawatan ekonomi dan konflik politik, pergerakan belia mainstream tetap menjarakkan diri dari remaja-belia yang mahukan reformasi dalam tadbir urus negara, sistem kehakiman, ketelusan pemimpin dan pentadbir, serta peranan media dan instrumen-instrumen lain negara. Sesetengah pemimpin pergerakan turut mengkritik trend remaja-belia ini dan ini menjadikan pergerakan lebih terpencil dari arus baru yang semakin berkembang itu.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menimbulkan saluran dan media alternatif bagi masyarakat, khususnya golongan remaja-belia-pelajar. Media dan instrumen-instrumen konvensional tidak lagi mempunyai monopoli dalam mempengaruhi dan membentuk nilai, persepsi dan sikap generasi muda. Pilihanraya Umum Ke-12 pada 2008 yang menyaksikan peralihan kerajaan di beberapa negeri terkaya di Malaysia Barat mengejutkan banyak pihak dengan reaksi mereka yang pelbagai, termasuk persoalan cepu emas ”bagaimana memenangi kesetiaan dan sokongan remaja-belia terhadap pemerintah?”


KE MANA GERAKAN BELIA-PELAJAR SELANJUTNYA?
Kertas ini diakhiri dengan beberapa soalan yang mungkin dapat memberi petunjuk kepada perkembangan selanjutnya.

Ke mana gerakan belia-pelajar kita seterusnya? Soalan ini perlu dijawab oleh golongan belia-pelajar sendiri. Seperti dalam sejarah sejak berdekad lalu, belia-pelajar sendiri muncul untuk mengambil sikap dan menentukan agenda mereka. Faktor-faktor sekeliling dan luar, hatta peraturan-peraturan serta sistem kawalan yang ketat oleh pihak berkuasa penjajah sekalipun tidak semestinya terlalu invincible sehingga mustahil dibolosi.

Adakah gerakan belia-pelajar hari ini peka, prihatin dan terlibat dalam isu-isu kepentingan bersama? Dari suatu sudut orang boleh menjawab ”ya!” kerana sukar dibuat perbandingan antara dahulu dan sekarang disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan suasana yang berbeza. Apa yang dianggap penting, serta pendekatan dan cara, juga berbeza antara zaman dan generasi. Yang lebih utama ialah bagi belia-pelajar sendiri untuk melakukan refleksi diri, mengadakan soul searching, bagi menentukan sikap dan pendirian mereka berhubung kepentingan masyarakat dan negara. Yang pokok ialah iltizam dan sumbangan belia-pelajar kepada proses pembangunan, ketahanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Soalan lain yang berkaitan ialah apakah peranan atau misi belia-pelajar dalam konteks perkembangan semasa dan masa depan kita bersama? Seperti dicatatkan di atas, soalan ini telah dijawab dalam pelbagai cara dan bentuk oleh belia-pelajar dahulu dengan segala kehebatan dan keterbatasannya. Belia-pelajar hari ini juga perlu terus meneliti hal ini bukan sahaja kerana makna yang terkandung di dalamnya bagi diri individu belia-pelajar sendiri, tetapi juga bagi survival kelangsungan kehidupan bermasyarakat kita dan ketamadunan manusia.



Bahan-Bahan Rujukan
1. Azizan Bahari : (1999). Pergerakan Belia: Identiti dan Perjuangan. Dlm. Menoleh Sejarah Menyorot Arah. Siddiq Fadzil, Zambry Abd.Kadir & Azizan Bahari.
Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

2. Azizan Bahari : (1995). Belia dan Masyarakat.
Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar

3. Hussein Mohamed : (1986). Gerakan Belia di Malaysia.
Kuala Lumpur: Gateway Publishing House.

4. M.A. Fawzi Mohd. Basri : (1980). Pergerakan Belia di Malaysia, satu catitan ringkas mengenai perubahan dan perkembangan Majlis Belia Malaysia 1950-1980.

5. Muhammad Abu Bakar : (1973), Mahasiswa Menggugat.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara

*Artikel ini disunting daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kesukarelawanan Kebangsrelawanaan 2009 bertemakan “Mahasiswa dan Pembangunan Komuniti” di Universiti Utara Malaysia oleh Dr. Azizan Bahari anjuran bersama Universiti Utara Malaysia, Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia, dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di UUM, 27 Feb - 1 Mac 2009. Kertas kerja ini boleh diperolehi di laman sesawang ini

MPMUKM : Al-Fatihah. Dari-Nya kita datang..

KAJANG 21 Mei : Kira-kira 20 hingga 30 penghuni Rumah Anak Yatim Al- Taqwa Felcra Semungkis Hulu Langat, Selangor berdekatan Sungai Gahal, Hulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang tadi.

Dalam kejadian pada 2.30 petang ini, difahamkan seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu sedang membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di rumah tersebut. Mereka dikhuatiri tertimbus di dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan majlis tersebut yang dijadual pada 5 petang ini.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pula dalam satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.

Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

Tambah beliau, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
Menurut sumber Berita Harian Online yang dikemaskini pada pukul 10.40 malam tadi, sehingga kini seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.


Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pukul 6 petang tadi juga telah mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, petang tadi.

Abdul Khalid berkata ” Telah arahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh untuk beri bantuan segera.”

Juga memetik twitter Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata “Tanah Runtuh Bt 14- Yayasan Amal dan Bridged Amal yg diketuai YB Dr Ahmad Yunus akan memberi bantuan. Kerajaan Negeri akan menubuhkan tabung bantuan bencana bagi membantu mangsa. semoga diberi kekuatan dan kesabaran..”

Video dan gambar-gambar tragedi tersebut boleh dilihat seperti di bawah:





Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dalam pada itu merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa tragedi ini. Semoga keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat tabah dan sabar menempuhi dugaan yang melanda ini. Juga PMUKM menyeru kepada para pembaca untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah kembali ke rahmatullah.

Al-Fatihah.

Saturday, May 21, 2011

PMUKM cakna isu mahasiswa semasa cuti semester


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang bertungkus-lumus semasa cuti semester ini untuk bertemu dengan dengan Unit-Unit, Pusat-Pusat dan Jabatan di bahagian pentadbiran UKM seperti Jabatan Bendahari, Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), Pusat Islam, Unit Kenderaan, pentadbiran Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), Unit Koperasi, pentadbiran Fakulti Sains Kesihatan (dahulu dikenali sebagai FSKB) dan Fakulti Perubatan (atau dikenali juga sebagai Pusat Perubatan UKM - PPUKM). Artikel-artikel tersebut boleh diperoleh di bawah;


GMUKM melihat usaha mengadakan siri-siri jelajah bertemu pegawai-pegawai di peringkat pentadbiran Universiti adalah sangat penting untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang utuh di samping bermatlamat untuk saling berkenalan dan beramah mesra. Biarpun usaha ini dianggap remeh oleh segelintir pihak, tetapi di peringkat GMUKM kita melihat siri-siri jelajah juga dapat mengelakkan miss-communication (salah faham) yang banyak menjadi punca asas kepada perpecahan dan ketidakseragaman gerak kerja. Justeru itu, siri-siri jelajah yang dianjurkan di peringkat Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011 perlu dipuji dan dihargai.



GMUKM pada kesempatan ini juga ini menjawab 'soalan sensitif' berkaitan Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) yang diajukan oleh 'to PMUKM' beberapa hari lalu di ruangan sembang di blog pm-ukm.blogspot.com

Sebelum itu, GMUKM mengucapkan terima kasih kepada rakan 'to PMUKM' yang membangkitkan isu ini, Akan tetapi ingin untuk GMUKM mengingatkan bahawa dalam kita mengajukan sesuatu hal atau isu, kita perlu melihat kepada perkara pokoknya masalahnya; sama ada ia berbentuk umum atau peribadi; sama ada ia berbentuk semasa atau sepanjang masa; dan adakah ia di dalam ruang lingkup kerja kita atau tidak.


Isu KPZ dan lawatan ziarah ke negeri Kelantan adalah dua perkara yang berbeza. Isu di KPZ umum sudah ketahui asas di mana masalah ini berpunca; iaitu di antara pentadbiran kolej dan pihak pengurusan UKM khususnya Unit Perumahan Pelajar (UPP). Ini kerana pihak pentadbiran KPZ adalah pihak swasta iaitu pemaju perumahan ('developer') bagi KPZ kurang lebih 10 tahun yang lalu. Setelah siap, pihak Al-Kauthar telah bertindak sebagai pihak pentadbir bagi KPZ sehingga kini. Maka segala urusan daripada penyediaan fasiliti sehingga ke penginapan dan yuran yang dikenakan adalah dibawah pengurusan Al-Kauthar sepenuhnya. Pihak UKM sedari awal tiada kuasa untuk menetapkan apa-apa kecuali hanya boleh berunding dan mengemukakan di atas kapasiti 'cadangan' kepada pihak Al-Kauthar. Maka, di sini ingin GMUKM sebagai wakil Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) menjelaskan bahawa pihak PMUKM sekadar membawa suara mahasiswa khususnya penghuni KPZ ke peringkat tertinggi UKM, dan selebihnya bergantung kepada tindakan oleh pihak UKM untuk dibawa ke peringkat Al-Kauthar.

Perkara kedua yang ingin dijelaskan adalah berkenaan lawatan ke negeri Kelantan pada 13 -15 Mei yang lalu sama sekali tidak harus disalahanggap oleh rakan-rakan mahasiswa. Segala urusan perjalanan ini di atas kerjasama bersama Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar (UPSP) dan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) dengan inisiatif Biro Kebajikan & Aduan PMUKM dan diketuai MPM Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol.

Sebanyak 4 buah rumah pelajar UKM daripada pelbagai fakulti di UKM telah dipilih untuk meninjau keadaan pelajar-pelajar yang menghadapi penyakit dan pelajar yang mempunyai masalah kewangan. Lawatan ini juga mampu menyedarkan kepada semua pimpinan PMUKM supaya sedar dan cakna dengan kebajikan mahasiswa. Bukan sahaja di kampus malahan di negeri yang diduduki .

Justeru itu , diharapkan dengan sedikit penjelasan ini dapat merungkaikan persoalan yang masih membelenggu rakan-rakan. GMUKM juga sebagai wakil PMUKM sesi 2010-2011 ingin mewar-warkan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah atau persoalan untuk mengajukan terus di emel mppmahasiswa@gmail.com atau terus berhubung dengan wakil PMUKM di laman sosial Facebook di pages : PMUKM 2010-2011 (MPP UKM)


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

AKSIS : Wanita Aset Berharga Negara

Wanita merupakan aset negara. Khususnya mahasiswi. Oleh itu, untuk mencipta impak yang positif, siswi haruslah membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan. Golongan ini seharusnya memiliki daya intelektual yang tinggi. Walaupun akal wanita ini senipis bilahan rambut, tapi akal ini boleh ditebalkan dengan ilmu pengetahuan. Bukan dengan emosi. Tetapi, jangan pula terus membuang emosi tersebut. Emosi ini sangat penting untuk membesarkan anak-anak nanti. Itu kenyataan. Kalau seorang ibu tidak kaya dengan emosi, anaknya akan miskin kasih sayang dan menjadi manusia berhati kering macam Hitler.

Emosi boleh dikawal melalui luasnya ilmu pengetahuan seorang siswi. Selain daripada ilmu yang ditimba dalam bilik kuliah, siswi yang proaktif akan sentiasa membekalkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan am. Selekehnya seorang siswi bukanlah dilihat dari sudut penampilan tetapi pemikiran. Semua wanita boleh tampil cantik, tapi bukan semua boleh tampil cerdik. Those who work hard will gain this privelege. Wanita seharusnya berkerja keras untuk memperoleh ilmu terutamanya seorang siswi.

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila seorang siswi yang berada di universiti gaya hidup mereka serupa dengan rakan yang tidak berpeluang menjejakkan kaki di perbukitan ilmu. Hidup mereka hanya berkisar tentang fesyen dan fun. Perbezaan yang seharusnya wujud antara siswi dan kebanyakan adalah dari sudut tingginya daya berfikir bukanlah jenama pakaian yang dipakai atau tingginya tumit kasut yang disarung ke kaki.

Perbezaan taraf tidak menjadi isu kerana ilmu yang diperoleh merupakan bekalan untuk siswi tersebut melangkah keluar dan berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat. Masakan untuk membuat perubahan dalam masyarakat tetapi tidak memiliki ilmu. Pentingnya seorang siswi memiliki ilmu pengetahuan adalah supaya mereka tidak ditipu dengan mainan emosi dan tidak ditindas. Emosi yang tidak dapat dikawal oleh ceteknya ilmu pengetahuan menjadikan siswi mudah mengambil tindakan bodoh. Apabila nasi telah menjadi bubur maka akan keluarlah dialog seperti;

“Women... always done stupid things.”
Isu seperti buang bayi, pelacuran, bunuh diri merupakan isu-isu yang sentiasa mengelilingi dunia wanita terutamanya siswi. Isu ini tidak pernah berkurang malah semakin meningkat dan menjadi-jadi. Masakan seorang siswi sanggup merendahkan tahap dirinya sehingga melakukan perkara-perkara keji sebegini? Hal ini demikian kerana kecetekan ilmu pengetahuan mengenai hakikat sebenar dunialah yang menyebabkan mereka mudah tertipu dengan keindahannya. Sesuatu yang dilihat oleh mata sentiasa menawan hati manusia. Tertawan boleh, ditawan jangan. Siswi harus bijak membaca keadaan sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Menurut Prof. Dr. Muhaya Mohamad dalam Konvensyen Mahasiswa Selangor pada 17 Mei 2011, masalah utama wanita ialah perasaan dengki dan tabiat suka mengumpat yang menyebabkan wanita tidak mampu memajukan diri sendiri. Bagaimana mengelakkan virus ini? Semestinya melalui ilmu pengetahuan. Siswi yang memiliki matlamat hidup yang jelas tidak akan ada masa untuk mencari-cari keburukan orang lain dan menjajanya. Oleh itu, isilah masa dengan perkara yang berfaedah dan mampu memberi pulangan yang positif kepada diri sendiri dan individu di sekeliling anda.

Sekali lagi saya ingin menyeru siswi-siswi sekalian agar mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Satu petikan nasihat dari buku motivasi 'Life is An Open Secret' oleh Zabrina yang menyebut 'strike the iron while it is still hot' sangat berguna bagi merebut setiap peluang dan ruang yang ada di depan mata. Penyesalan yang paling besar bukanlah mati tanpa sempat berkahwin, tetapi mati tanpa menyedari potensi diri. Ingat, setiap daripada kamu memiliki keistimewaan tersendiri. Jadi gunakannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.


~SISWI DINAMIS, SENTIASA OPTIMIS~  

Nurhidayu Rosli
Pengerusi AKSIS 

Friday, May 20, 2011

Artikel Pilihan : Mahasiswa perlu konsensus baru

Kebelakangan ini, setelah berlalu beberapa pilihan raya kampus di universiti-universiti, ramai pihak mula menganalisis berkenaan corak pergerakan mahasiswa di kampus. Apakah mahasiswa hari ini mula kembali lesu, atau sebahagian yang lain menanti-nanti bagaimana corak dan perjuangan mahasiswa seterusnya.

Bagi pandangan rakyat terkini - yang didogmakan dengan media massa - melihat pergerakan mahasiswa di kampus terlalu agresif. Agresif dalam erti kata menunjukkan penentangan dan perlawanan dalam isu-isu hak mahasiswa. Misalnya insiden rempuhan kumpulan Pro-Mahasiswa di UPM kerana tidak berpuas hati pembatalan calon mereka.

Walaupun begitu, tidak dinafikan, memang itu gaya gerakan mahasiswa.

Rentetan daripada itu, pihak tertentu semakin banyak memperkatakan soal kematangan mahasiswa di dalam berpolitik. Ada yang berhujah, mereka matang sekiranya diberi tempat dan ruang, tidak kurang yang sebaliknya, oleh sebab itu mahasiswa perlu disekat - dek ketidak matangannya.

Persoalan matang atau tidak, perlu dilihat dalam konteks mahasiswa. Sesetengah ahli politik hari ini juga boleh ditafsirkan sebagai berpolitik secara tidak matang seperti Umno yang menggunakan video seks untuk menjatuhkan lawan politiknya. Ini bukan sahaja tidak matang, bahkan terlalu kotor dan jijik.

Sejarah

Elok kita meneliti sejarah bagaimana mahasiswa era 60-an memiliki 'suara' yang begitu kuat dan lantang dalam mengimbangi kerajaan persekutuan ketika itu. Sejarah yang melatari Malaysia pada ketika itu adalah permulaan pasca-merdeka yang mana kerajaan masih 'bertatih' merangka dasar dan polisi kerajaan untuk dilaksanakan kepada rakyat.

Ketika itu, hanya dua kelompok sahaja yang dinilai oleh rakyat dan masyarakat sebagai golongan intelek iaitu kerajaan dan mahasiswa. Kerajaan adalah kerana mereka memegang polisi, manakala mahasiswa adalah golongan terpelajar universiti yang di dalamnya mereka belajar berkenaan polisi dan dasar tersebut.

Lebih daripada itu, ruang yang terbuka yang disediakan oleh universiti untuk mahasiswa ini bersuara, mengaktifkan dan mencambahkan lagi idealisme dan semangat perjuangan mereka. Mereka 'belajar dan seterusnya mencabar pengajaran mereka', seperti kata Profesor Ungku Aziz, intelektual terkemuka.

Tidak hairanlah selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlaku gerakan mahasiswa memprotes dasar Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada ketika itu berkenaan pendirian terhadap soal-soal perkauman, jurang ekonomi serta kemiskinan luar bandar. Protes itu dinamakan Demonstrasi Anti-Tunku 1969.

Peristiwa lain, bagaimana mahasiswa juga mendesak penyelesaian terhadap kemiskinan yang melanda masyarakat Baling pada tahun 1974 yang mengheret ribuan mahasiswa dan rakyat ke kawasan Baling.

Kini

Kini isu-isu mahasiswa tidak lebih hanya berlegar di sekitar isu hak dan keperluan mahasiswa, misalnya pemansuhan AUKU, autonomi universiti serta demokrasi dan ketelusan pilihan raya kampus. Mahasiswa lantang di kampusnya, namun hanya sedikit tenggelam apabila 'dilempar' ke luar universiti.

Sedar atau tidak sebenarnya, pada hari ini ruang untuk suara-suara didengari semakin terbuka dan luas. Bahkan semakin ramai intelektual semakin berani bersuara. Jika dahulu hanya dua golongan - mahasiswa dan kerajaan - dilihat sebagai intelektual dan mampu bersuara, pada hari ini tidak lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengisytiharkan " Zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir". Apa maksudnya? Kerajaan bersedia mendengar pandangan semua pihak - walaupun kenyataan bermotif politik.

Kemunculan NGO-NGO baru dengan perjuangan masing-masing, serta NGO yang sedia ada yang semakin agresif dan terbuka menyatakan pandangan serta dirancakkan lagi dengan kemunculan media-media baru dan lama yang memberikan ruang luas kepada kumpulan-kumpulan ini memberi kesan bahawa - semua suara boleh dan berhak didengari.

Di mana mahasiswa ketika ini?

Konsensus baru

Tidak dapat tidak, satu konsensus baru perlu difikirkan dan dilaksanakan oleh mahasiswa. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Prinsip mahasiswa sebagai third force(kuasa ketiga) masih lagi releven jika diberi semangat dan nafas baru.

Setidak-tidaknya mahasiswa punyai dua pilihan selaku anak muda dan golongan terpelajar.

Pertamanya, mereka boleh mencontohi Mesir, menumbangkan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat dengan proses Revolusi. Pendokongnya adalah anak muda - golongan yang tidak punyai apa kepentingan - dalam politik mahupun kuasa.

Keduanya dengan menyatakan keberanian menyertai pilihan raya umum akan datang. Mahasiswa perlu hadir sebagai kuasa ketiga - tidak punyai kepentingan politik - disamping bersih dan berwibawa. Mahasiswa hanya perlu perjuangkan isu mahasiswa dan anak muda seperti PTPTN, peluang pekerjaan dan sebagainya. Sokongannya pasti daripada anak muda dan majoriti mahasiswa di universiti.

Menyertai pilihan raya dengan berhasrat membawa suara mahasiswa dan anak muda ke dalam Parlimen. dalam erti kata lain, mahasiswa menghantar wakil ke Parlimen. Permulaannya, seluruh gerakan mahasiswa harus bersatu dengan matlamat menumbangkan politik kotor dan mengangkat politik nilai dan rakyat.


NewsPortal UKM : PMUKM Sedia Bantu UKM Capai Pelan Transformasi

BANGI, 18 Mei, 2011- Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) hari ini beriltizam untuk menggembleng seluruh tenaga mahasiswa membantu UKM menjayakan hasratnya di bawah Pelan Transformasinya.


Presidennya, Ahmad Muzzamil Bin Muhd Hairi dalam satu kenyataan hari ini sempena ulang tahun ke-41 penubuhan UKM berkata ia bersedia menjadi pengantara antara mahasiswa dengan pentadbiran bagi mewujudkan persefahaman yang utuh antara mereka bagi mencapai visi dan misi Universiti.

Berasaskan kepada tiga tonggak utamanya iaitu mahasiswa untuk mahasiswa, mahasiswa untuk masyarakat dan mahasiswa untuk negara, Persatuan, katanya, komited untuk menggembleng tenaga mahasiswa membantu UKM menjayakan perjuangannya.

Pelan Transformasi UKM merupakan ilham pasukan pentadbir yang diketuai oleh Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang berhasrat menjadikan UKM sebagai ikon identiti yang maju seiring dengan universiti-universiti kebangsaan lain-lain negara di dunia ini.

Usaha itu menumpukan 8 nic penyelidikan yang strategik dan bersifat multidisplin. Pemilihan nic menekan kriteria penyelidikan yang mampu menggembleng kekuatan dan menyatu padukan pelbagai disiplin tidak kira bidang yang sudah mantap mahupun bidang yang baru.

Muzzamil menyeru setiap mahasiswa menghayati 5 tonggak universiti yang telah ditetapkan iaitu governans berautonomi dan berakauntabiliti; kepimpinan berkaliber melalui sistem pemilihan, pemupukan, penilaian dan pembaharuan melahirkan tenaga akedamik berbudaya cemerlang dan bersikap professional; sistem pengajaran dan pembelajaran menghasilkan siswazah yang yakin dan berkompetensi global dan penyelidikan dan inovasi untuk menjana kekayaan dan kesejahteraan masyarakat.

Kelima-lima tonggak yang menjunjung motto “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan” inilah yang menjadi teras kecermerlangan UKM.

PMUKM, katanya, juga sentiasa menyokong usaha UKM menjayakan pembelajaran berpusatkan pelajar ('student cented learning') kerana percaya bahawa perkongsian ilmu itu bukan bersifat sehala.

Pencapaian intelektualan mahasiswa juga tidak harus dinilai melalui kecemerlangan akademik sahaja tetapi harus merangkumi keupayaan mahasiswa mengaplikasi semua ilmu dalam kehidupan mereka, tambah beliau. 


Kami Bangga menjadi warga UKM - MPMUKM

Bersempena Hari Ulangtahun ke-41 UKM semalam, krew blog PM-UKM sempat menemuramah beberapa orang MPP. Antaranya saudara Kamarul Hatem dari Fakulti Perubatan tahun 1. Beliau yang juga merupakan Timbalan Exco Biro Informasi & Penerangan PMUKM memaklumkan kepada kami bahawa beliau teruja dengan sambutan ke-41 UKM kali ini.

" Pada tahun lepas, saya masih belum (menjadi) warga UKM. Tetapi pada kali ini, biarpun sambutan 41 tahun UKM kali ini sudah berlangsung awal bulan ini, (tetapi) saya tetap merasai kehangatannya.

" Rangkaian sejarah UKM bagi saya ada signifikannya sendiri. Sejarahnya kalau kita kaji, (maka) kita akan teruja, bagaimana titik peluh orang terdahulu; hendak tegakkan sebuah universiti khas (bercorak) kebangsaan.

" Apa pun, saya mendoakan UKM akan terus kekal gemilang; kekal menghasilkan tenaga-tenaga kerja yang pakar untuk mengisi kemajuan negara hari ini, " ujar saudara Hatem.

Saudari Akma pula dari Fakulti Farmasi selaku ahli Biro Kebajikan & Aduan pula ketika ditemui sempat memetik ayat hikmah yang pernah diucapkan oleh Almarhum Dr Burhanuddin Helmi; "dari robohnya Kota Melaka, kita bina jiwa merdeka!"

" Saya selalu menjadikan kata-kata tersebut (sebagai) motivasi dan inspirasi kepada diri saya sendiri, (bahawa) tiada suatu yang mustahil untuk dilakukan (masa kini).

" Jika negara-negara luar berbangga dengan 'National University' masing-masing, (maka) apa kurangnya dengan UKM ?

" Siapa sangka hari ini kita mempunyai sebuah universiti yang menjadi rujukan negara-negara luar. Buktinya laman web (UKM) kita telah dilawati 3580 bandar daripada 182 buah negara mengikut kajian Google Analytics," komen panjang lebar saudari Akma.

" Di kesempatan ini, saya Nurul Akma binti Zulkifli ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun ke-41 UKM. Semoga dengan usia ke-41 ini akan lebih memberikan motivasi buat kita semua warga UKM."

Krew PM-UKM sempat juga mendapatkan sedikit ulasan daripada MPP di UKM kampus induk di Bangi. Saudari Nur Azidah binti Mashan yang juga merupakan Bendahari Kehormat PMUKM sesi 2010-2011 ketika ditemui telah memberi ulasan, " Saya rasa sangat bertuah hari ini (kerana) menjadi warga UKM. Biarpun ketika hendak 'apply' masuk UPU (Unit Permohonan Universiti) dua tahun lalu, saya ragu-ragu untuk masuk UKM, tapi hari ini suka untuk saya katakan, saya rasa amat bertuah bergelar mahasiswa UKM.

" Hari ini, kalau hendak dibandingkan dengan universiti-universiti dan IPT-IPT lain sama ada di dalam atau luar negara, berani saya katakan bahawa tiada satu pun yang akan sama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.

" Dengan latar belakang sejarahnya; juga sistem pembelajaran yang mengekalkan elemen kebangsaan menjadikan saya lebih menghargai diri saya dan UKM.

" Jika sebelum ini saya tidak kisah akan jati diri saya, tetapi hari ini saya sudah jauh berbeza. Lebih menghargai dan menghayati serta berpegang teguh identiti diri saya sendiri."

Saudara Abdul Musyrif pula yang juga merupakan Exco Siswazah & Pengantarabangsaan PMUKM pula ketika mengulas ulangtahun UKM mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk merenung kembali kisah di sebalik kejayaan-kejayaan yang dikecapi UKM hari ini.

" Hari ini kita dapat lihat UKM kini memang sudah terkenal di mata masyarakat. Namun harus diingatkan, kejayaan-kejayaan tersebut bukan tercipta dalam tempoh yang singkat. Perit jerih orang terdahulu, kalau boleh saya petik daripada lagu 'Varsiti Kita', " Inilah Varsiti Kita,Ditengahkan hasrat rakyat kita, Dari mula untuk semua, Bagai tanda perjuangan kita.." sangat-sangat memberi kesan kepada kita kalau kita hayati betul-betul.

" Juga diselitkan bersama untuk penghayatan kita bersama bait-bait kata berkenaan 'keyword' Falfasah UKM iaitu, " Paduan ilmu dan keimanan, Amal dan jerih digabungkan, Lautan ilmu kita harumkan, Sumber ilmuan berkembangan.."

" Maka di sini, saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada rakan-rakan untuk sama-sama kita 'menjaga' bersama UKM kita. 'Menjaga' ini dalam erti kata, kita sama-sama melakukan yang terbaik buat UKM kita ini. Jika perlu kita bergolok-bergadai, ayuh bersama-sama kita turun bergolok-bergadai. Jangan kita sia-siakan penat-jerih orang terdahulu, semata-mata kita menganggap UKM ini sekadar tempat kita mendapat 'degree' atau 'master' sahaja.

" Dan paling penting, selalu saya ingatkan kepada rakan-rakan, jangan 'lacuri' diri kita ini untuk nilai yang tidak seberapa, khususnya kita membuat masalah yang memburuk-burukkan nama varsiti kita ini, " ujar saudara Musyrif panjang lebar mengakhiri temubual.

Mengikut rekod jumlah enrolmen terkini di UKM adalah seramai 28,403 orang dengan 10,198 daripadanya adalah pelajar pascasiswazah. UKM kini memiliki dua orang Profesor Ulung, 253 Profesor, 20 Felo Utama, 421 Profesor Madya, 21 Felo Kanan, 474 Pensyarah Kanan, 644 Pensyarah, 146 Tutor, 101 Guru Bahasa dan 7,376 kakitangan pengurusan dan pentadbiran.

UKM juga selama 41 tahun ini telah melahirkan seramai 1,620 graduan PhD, 17,471 sarjana dan 119,892 graduan prasiswazah.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !