Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, May 19, 2011

Menjawab Emel 'MAMAT BUKAN ASPIRASI' : GMUKM Bukan Populis



Pihak Editor blog GM-UKM ini telah menerima satu emel awal pagi semalam yang memohon penjelasan apa yang dimaksudkan oleh pihak kami apabila menerbitkan artikel "Jangan salahguna kebebasan akhbar - GMUKM" dua hari yang lalu. Justeru di sini pihak Editor ingin menerangkan kembali apakah maksud sebenar yang tersirat di sebalik 'posting' tersebut.

Sebelum itu,untuk makluman pihak Editor GM-UKM cuba menjawab kembali persoalan yang dibangkitkan individu tersebut yang sekadar namakan dirinya sebagai 'MAMAT BUKAN ASPIRASI' di alamat ******1707@gmail.com tersebut, tetapi sehingga kini masih belum pihak kami masih belum menerima respon emel kami kembali. Maka kami mengambil kesempatan untuk menjawabnya sekali lagi di blog rasmi GM ini.

Sekadar berkongsi, persoalan pertama oleh 'MAMAT BUKAN ASPIRASI' tersebut berkenaan pendirian Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) tentang isu-isu terkini yang membabitkan Ketua Pembangkang DSAI yang kini hangat dibicarakan di media-media massa. Maka di sini pihak GMUKM ingin menjelaskan bahawa GMUKM secara kolektif tidak pernah membantah atau menyokong mana-mana individu khususnya di kalangan ahli politik. Namun, sekiranya ada di kalangan mana-mana ahli GMUKM yang bertindak secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi mana-mana tokoh politik, maka pihak GMUKM adalah sewajarnya tidak dikaitkan dengan tokoh politik tersebut.

Apa yang perlu ditekankan di sini, sebarang artikel atau pandangan GMUKM adalah lebih menjurus kepada mendidik dan membina jatidiri mahasiswa untuk memahami fundamental politik itu sendiri, kerana unsur-unsur politik tersebut tidak pernah akan lekang daripada setiap batang tubuh manusia itu sendiri; samada beliau bergelar seorang pelajar, guru, ibu, bapa, anak, seorang pegawai, kerani, mahupun seorang penjual jalanan. Maka unsur-unsur politik ini tidak dapat dipisahkan daripada batang tubuh setiap insan selagi kita bernyawa.

Seorang sarjana barat, George Loewenstein telah mengeluarkan pendapat beliau berkenaan politik; “politic is nicht anderes als der kamps um die Macht” (politik tidak lain merupakan perjuangan kekuasaan). Di dalam sesuatu organisasi, seseorang ketua akan dipilih berdasarkan kelayakan samada akademik, pengalaman mahupun perwatakan / personaliti yang ditetapkan. Itulah yang dinamakan 'politik.' Maka di sini, ingin diterangkan bahawa isu politik semasa yang terjadi kini tidak semestinya kita ketahui samada betul atau salah seandainya kita hanya merujuk dan mempercayai semata-mata kepada media massa.

Hal inilah juga yang cuba dijelaskan di dalam artikel-artikel GMUKM terdahulu dalam menjelaskan isu-isu semasa. Maka diharapkan 'MAMAT BUKAN ASPIRASI' akan jelas berkenaan perihal ini.

Isu No.2 : Media massa ejen kerajaan ?
Mungkin 'MAMAT BUKAN ASPIRASI' telah melihat dan membaca artikel-artikel yang diterbitkan di dalam blog ini kelihatan selalu membangkang kenyataan-kenyataan akhbar arus perdana. Tapi di sini ingin kami jelaskan bahawa kami tidak membangkang secara semborono tanpa pertimbangan khususnya berita-berita yang diterbitkan oleh akhbar arus perdana.

Apa yang sebenarnya ingin kami sampaikan, menerusi artikel "Jangan salahguna kebebasan akhbar - GMUKM" adalah keperluan mahasiswa memahami intipati dan konsep 'propaganda' yang sedang dijalankan oleh sesetengah akhbar tertentu yang terang-terang tidak bertanggungjawab memanipulasikan maklumat yang diterima atas tujuan sengaja menimbulkan provokasi dan menyampaikan agenda propaganda pihak-pihak tertentu.

Maka di sini, Editor GM-UKM sekali lagi ingin mengingatkan dan menasihati kepada semua mahasiswa, untuk menggunakan daya keintelektualan seorang mahasiswa untuk menapis setiap maklumat yang diterima. Bukankah kita sering diingatkan oleh ayat Al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat ke-6; “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.”

Dan suka untuk kita tekankan di sini, tidak kira di mana pihak tersebut telah dianiyai, samada di pihak kerajaan atau oposisi, maka kita di Gabungan Mahasiswa UKM dengan iltizam dan komitmen yang tinggi bersedia untuk menuntutnya. Itu janji kami.


Isu No.3 : GMUKM suka populariti ?
Isu sebegini acapkali dibangkitkan, dan acapkali juga kita di blog GM-UKM ini jelaskan. Tiada sekelumit niat di hati kecil ini untuk bertindak populis, menjaja berita-berita dan kenyataan-kenyataan media semata-mata menginginkan nama GMUKM didengari masyarakat umum.

Menyentuh persoalan yang dibangkitkan 'MAMAT BUKAN ASPIRASI' tersebut, berkenaan kenyataan-kenyataan media yang diterbit dan diedarkan di media-media alternatif khususnya di beberapa laman sesawang parti-parti politik dan penyokongnya, suka untuk dijelaskan bahawa kenyataan-kenyataan rasmi tersebut bukan hanya disasarkan ke media-media tersebut sahaja, tetapi untuk makluman setiap kali diterbitkan kenyataan media, pihak Editor GM-UKM berusaha untuk mengedarkan juga di kalangan akhbar arus perdana, tetapi kebiasaannya berakhir dengan kegagalan.Justeru itu, diharapkan perkara ini akan jelas di peringkat rakan-rakan mahasiswa.

Juga persoalan asal 'MAMAT BUKAN ASPIRASI' tersebut, berkenaan berita-berita dan kenyataan-kenyataan media yang diterbitkan sengaja direka untuk mencetus kontroversi, maka di sini kami ingin betulkan pandangan tersebut. Harus diingatkan di GMUKM, kita membuka seluas-luasnya kepada ahli-ahli, penyokong dan pendokong untuk mengemukakan sebarang idea. Maka tiada sebab untuk dikatakan kita sengaja mencetus kontroversi, kerana yang sebenarnya berita-berita dan isu-isu semasa yang berlaku sebenarnya sudah menjadi isu yang kontroversi. Maka pihak kami di GMUKM telah menyambutnya dan menjawab dari pandang sisi seorang mahasiswa yang umum ketahui sebagai kritikal.

Semoga apa yang cuba kami terangkan ini akan dapat memberi penjelasan yang diingini.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !