Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 28, 2011

Berbasikal Bersama GMUKM Meriah

Biarpun aktiviti yang dirancang sekadar mengisi masa lapang di waktu petang, tetapi Hari Ungu GMUKM semalam mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penyokong Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) khususnya di kalangan mahasiswa tahun satu.

Acara yang dimulakan dengan senaman ringkas oleh Duta GMUKM, saudara Haziq Asyraf. Seterusnya sedikit taklimat ringkas berkenaan pergerakan dan keselamatan yang disampaikan oleh Unit Aktiviti GMUKM. Sebelum para peserta aktiviti bergerak, keselamatan basikal juga diperiksa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

 






Acara kemudian berhenti di Pusat Islam UKM memandangkan cuaca yang kurang baik lewat petang semalam. Kesempatan ini diambil untuk mendengar ucapan daripada Pengerusi GMUKM, saudara Ahmad Firdaus bin Ahmad Azam sebagai ucapan alu-aluan 


Ucapan seterusnya disampaikan oleh saudara Presiden PMUKM, Lt M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi yang turut berkesempatan bersama-sama penyokong GMUKM.

Di dalam ucapannya, beliau memberi beberapa kata motivasi dan mengingatkan rakan-rakan mahasiswa menjaga kesihatan di samping aktiviti utama mahasiswa mengejar ilmu di kelas-kelas kuliah.



Selepas ucapan saudara Presiden, sedikit penerangan daripada Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS), saudari Nurhidayu bt Rosli sebagai informasi dan penerangan kepada peserta-peserta semalam majoritinya adalah siswi.

Di dalam ucapan beliau, saudari Hidayu memaklumkan di peringkat GMUKM dan AKSIS sudah berkira-kira untuk mengadakan pelbagai lagi aktiviti yang menarik dan beroritentasi mahasiswa.

Ujar beliau, rancangan untuk kepimpinan GMUKM turun ke padang bersama-sama mahasiswa sudah lama dilakukan, cuma agak sulit mengumpulkan kesemua kepimpinan GMUKM bersama-sama di atas kekangan masa dan kuliah.

Namun, di peringkat GMUKM dan AKSIS sendiri bersedia mahasiswa dan PMUKM berganding membawa teras GMUKM iaitu Kebajikan, Keilmuan & Penghayatan Falsafah UKM.

Aktiviti santai berbasikal bersama GMUKM tersebut bersurai menjelang pukul 6.45 petang.



Terima kasih kepada semua penyokong Gabungan Mahasiswa !


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti



0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !