Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 31, 2011

'Lakukan yang terbaik dalam peperiksaan' - Presiden PMUKM

PERUTUSAN PRESIDEN
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)
SESI 2010-2011


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera serta salam perpaduan buat seluruh mahasiswa UKM .

Pertama dan selamanya mari kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah S.W.T iaitu pencipta kita di atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita semua.

Kepada rakan-rakan yang beragama hindu, tidak terlibat kami di kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada anda semua bersempena Pesta Cahaya pada tahun ini.

Di samping itu, tidak dilupakan untuk kami ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan mahasiswa yang beragama Islam. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada perayaan Hari Raya Korban ini.




Rakan-rakan mahasiswa/i yang dihormati sekalian ,

Pengorbanan dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Sesungguhnya setiap kejayaan perlu kepada pengorbanan. Bak kata pepatah Melayu: 'kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'.

Qudwah kita Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: “Ketahuilah sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran, dan kelapangan bersama kesusahan. Sesungguhnya berserta kesukaran itu ada kemudahan” (Hadis No. 19 Matan Arba’ien)

Sejarah perjuangan tokoh-tokoh Islam jika disoroti akan dapat kita lihat penuh sarat dengan contoh-contoh pengorbanan. Demikian juga sejarah manusia keseluruhannya.

Pendek kata di sini, tanpa pengorbanan masa, keinginan, tenaga dan wang ringgit, kita tidak akan dapat mengecap sesuatu kejayaan.

Rakan-rakan mahasiswa yang dikasihi sekalian,

Masa silih berlalu dan kuliah demi kuliah silih berganti. Sedar tidar sedar sekarang ini kita telah memasuki minggu ke tujuh pengkuliahan di dalam takwim akademik.

Di kebanyakan fakulti pengajian juga kini telah memulakan peperiksaan pertengahan semester mengikut mata pelajaran.

Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksan pertengahan semester ini.

Lakukanlah yang terbaik agar ia dapat membantu meningkatkan peratusan penilaian berterusan (carry mark) rakan-rakan. Semoga pengorbanan yang dilakukan sedikit-sebanyak akan memberikan impak yang besar buat kita di kemudian hari.

Akhir kalam, selamat bercuti pertengahan semester buat semua rakan mahasiwa-mahasiswi dan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha 1432 H.

Tuntasnya, sekiranya rakan-rakan sekalian mempunyai sebarang masalah, aduan, pertanyaan, cadangan, pendapat, informasi dan sebagainya, janganlah segan untuk mengemukakannya kepada kami di Pejabat PMUKM, Paras 3, Bangunan Pusanika.

Selaras dengan kemajuan dunia teknologi, kini mahasiswa/i UKM juga boleh terus mengutarakan sebarang masalah atau pendapat ke blog; http://pm-ukm.blogspot.com dan facebook: PMUKM.2010/2011 (MPP UKM)

InsyaAllah, kami akan membantu rakan- rakan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sekian, terima kasih. Wassalam

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”


Lt. M Ahmad Muzzammil b. Muhd Hairi
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
Sesi 2010-2011

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !