Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 24, 2011

Dialog Pilihanraya Kampus : Satu Tinjauan Semasa

* Temubual ini telah diambil daripada Majalah UKM Ke-34 yang diterbitkan sempena Majlis Konvokesyen Ke-39 bulan lalu. Naskah asal boleh didapati di muka surat 67-69 majalah tersebut. 

Ahli Panel:
1. Mohamad Fariq Fitri bin Mohd Salleh, FST - Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)
2. Wan Ahmad Syukri bin Wan Mohd Daud, FEP - Kelab Aspirasi UKM
3, Muhamad Khairul Ridzuan bin Yaakub, FSSK - Kaukus Siswa Melayu

1. Seperti sedia maklum, kehadiran anda pada hari ini mewakili pertubuhan yang berbeza. Bolehkah anda ceritakan tentang perjuangan pertubuhan yang anda wakili?
Fariq: Gabungan Mahasiswa merupakan kombinasi front-front mahasiswa yang diwakili Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU),Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Angkatan Siswi Dinamis ( AKSIS ), Kesatuan Siswazah Progresif (KS-Pro), Laws Faculty Council (LawFaC), dan Gabungan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN). Di universiti lain, Gabungan Mahasiswa juga dikenali sebagai Pro-Mahasiswa. Ia dikenali sebagai Pro Mahasiswa adalah kerana perjuangan kami berasaskan perjuangan hak asasi mahasiswa. Asas perjuangan Gabungan Mahasiswa juga kembali dan berkait kepada falsafah Universiti. Jika kita mengimbas kembali kepada penubuhan awal UKM, ia ditubuhkan atas dasar kefahaman rakyat yang terdiri daripada dua golongan iaitu mereka yang berjiwa kebangsaan dan golongan agamawan. Falsafah UKM itu sendiri telah menunjangi penubuhan UKM yang mana menyatakan paduan antara Iman kepada Allah dan ilmu yang bermanfaat serta gabungan teori dan amal merupakan dasar utama kepada perkembangan ilmu, pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti. Oleh itu, perjuangan Gabungan Mahasiswa adalah selari dengan dasar falsafah UKM.

Syukri : Pada peringkat awal, saya kurang berminat tentang politik dan tidak pernah ter kir untuk melibatkan diri dengan politik kampus. Tetapi, apabila saya mengikuti beberapa program yang dianjurkan oleh kolej, secara tidak langsung saya mula melibatkan diri selain bergaul dengan individu yang telah terlibat dengan politik kampus ini. Pada pendapat saya, perjuangan yang dibawa oleh Aspirasi merupakan perjuangan yang jelas dan nyata kerana mendokong aspirasi universiti itu sendiri. Sejak itu saya tertarik untuk menyertai Aspirasi dengan lebih serius. Selain itu, Apirasi tahu apa yang mereka perjuangkan, hala tuju dan apa perubahan yang ingin mereka sampaikan.
Khairul : Sebenarnya, penglibatan awal saya dalam KAUKUS tidaklah terlalu extreme dan saya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam isu mengenai pilihan raya kampus. Walaubagaimanapun, saya berpegang teguh dengan pendirian saya sendiri dan cuba untuk melakukan perubahan yang tidak terlalu extreme dan melanggar peraturan universiti. Secara jujurnya, saya tidak menyokong mana-mana pertubuhan, tetapi menyokong kepada pertubuhan yang mendokong aspirasi universiti. Kaukus Siswa Melayu telah ditubuhkan pada semester dua sesi pengajian 2010/2011 yang lalu. Kaukus membawa maksud sebuah pertemuan. Ianya merupakan pertemuan siswa Melayu (Kaukus Siswa Melayu) yang terdiri daripada mahasiswa/i untuk menyumbang pemikiran mengenai pilihan raya kampus lalu menguli dan menghasilkan satu kesimpulan tentang apa yang mereka kirkan selama ini. Selain itu, KAUKUS merupakan medan untuk mengumpul pendapat dan pandangan masing-masing.

2. Pada pendapat anda, apakah de nisi yang tepat mengenai pilihan raya kampus?
Fariq : Pada pendapat saya, pilihan raya kampus ini merupakan istilah yang subjektif untuk difahami oleh semua orang. Mungkin ada sesetengah pihak yang memahami maksud pilihan raya kampus ini dengan melibatkan diri atas dasar perjuangan. Ada juga hanya mencuba bagi mendapatkan pengalaman ketika bergiat di dalam persatuan pelajar. Prof. Dr. Shahrir Mohd Zain, bekas Timbalan Naib Censelor UKM telah mengeluarkan kenyataan dalam satu program diskusi pada 1970-an yang diadakan di UKM bahawa kegiatan universiti yang sebenar menjadikan universiti sebagai tempat rujukan masyarakat dalam pembinaan ummah. Pilihan raya kampus ini berbalik kepada kancah penglibatan mahasiswa dalam Persatuan Mahasiswa Universiti dan sumbangannya dalam memaknakan universiti dalam mencapai maksud sedemikian kepada masyarakat. Melihat kepada politik kampus, pertamanya seperti yang diperuntukkan dalam AUKU, seksyen 48, membicarakan tentang satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh pentadbiran universiti dan ahli dipilih dalam kalangan mahasiswa itu sendiri. Selain itu, perjuangan dalam politik kampus akan berkisar tentang soal hubung kait kebajikan, pergerakan mahasiswa dan tidak lari mengenai soal kerangka universiti dan masyarakat luar.
Syukri : Pilihan raya kampus ini tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana pertubuhan politik termasuklah Aspirasi, Gabungan Mahasiswa mahupun Kaukus. Namun begitu, fenomena di UKM ialah, kebanyakan calon bertanding atas satu-satu tiket untuk mencapai kemenangan. Berbeza di universiti lain, walaupun bertanding sebagai calon bebas mereka masih mampu memenanginya. Dalam pilihan raya kampus, untuk menjadi seseorang wakil pelajar, penting bagi seseorang calon itu mempunyai kekuatan sendiri dan nilai boleh dipercayai. Ini kerana mereka akan menjadi suara mahasiswa kepada pihak atasan dalam menyelesaikan masalah. Mahasiswa/i mempunyai minda dan mereka mampu memilih calon yang dirasakan layak.
Khairul : Pilihan raya kampus ini merupakan satu wadah di mana mahasiswa/i diberi peluang untuk menujukkan bakat kepimpinan mereka iaitu dengan menunjukkan kredibiliti melalui manifesto yang mereka caknakan. Selain itu, ia merupakan peluang yang baik kepada mahasisiwa/i yang berminat melibatkan diri dalam politik kampus. Pada pendapat saya sendiri, ianya merupakan sebagai satu peluang atau platform kepada mahasiswa untuk berjinak-jinak dan melibatkan diri dengan keadaan politik di luar. Walaupun AUKU menghalang mahasiswa dalam melibatkan diri dengan politik luar, tetapi kita sebagai mahasiswa yang mempunyai minda, mampu ber kir dan membezakan tentang apa yang terjadi di dalam dan di luar sana. Saya melihat ini sebagai peluang dan juga kelebihan kepada mereka yang melibatkan diri dalam politik kampus bagi mempersiapkan diri serta bersedia dengan cabaran yang akan dihadapi dalam dunia politik sebenar.

3. Dengan adanya pilihan raya kampus, mahasiswa sewajarnya menggunakan kesempatan tersebut untuk membina semangat politik yang betul dengan mengangkat demokrasi sebagai cara hidup masyarakat bertamadun. Apa pendapat anda ?
Fariq : Dato Saifudin Abdullah.Tirnbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, demokrasi tidak dikaitkan dengan kematangan mahasiswali itu sendiri. Tiada kayu pengukur untuk menilai kematangan mahasiswa dalam pilihan raya kampus. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa hanya 12 negara yang mengamalkan demokrasi telah menetapkan usia untuk keluar mengundi ketika berusia 21 tahun sedangkan majoriti di negara lain pada umur 18 tahun. Persepsi pertubuhan politik seperti Gabungan Mahasiswa, Aspirasi dan Kaukus adalah berbeza. Tetapi apabila kita memahami politik ianya berkait dengan soal perhubungan, interaksi kita bersama masyarakat dan ia lebih kepada soal bagaimana kita
menyelesaikan masalah-masalah di negara kita. Bercakap soal demokrasi, kita sebenarnya tidak lagi berada dalam demokrasi yang sebenar. Bagi saya, prinsip dan dogma demokrasi kampus telah dicabuli dan dirosakkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya boleh katakan di sini bahawa perjuangan Gabungan Mahasiswa bersifat sederhana dan berteraskan sedikit sebanyak lebih kepada pembawaan lslam oleh kerana kebanyakan ahli Gabungan Mahasiswa terdiri daripada ahli front MAMPU. Dalam soal ini, kita mungkin diberi peluang dalam pilihan raya kampus untuk bertanding tetapi kita tidak diberi peluang dan ruang yang adil dan sepatutnya.
Khairul: Bagi saya demoktasi itu suatu yang baik. Pilihan raya kampus yang sebenarnya tidak boleh berlakunya berat sebelah dengan memberi kelebihan hanya kepada suatu pihak. Demokrasi di dalam kampus sudah tidak ada. Yang tinggal hanya mereka yang berkuasa. Yang berkuasa akan terus berkuasa manakala yang tidak berkuasa akan terus tidak berkuasa. Kami memerlukan kuasa untuk memperjuangkan hak mahasiswa. Selain itu, kami mahu menjadi pertubuhan yang berdaya saing kepada pilihan raya kampus dalam membangunkan universiti. Oleh sebab itu, kami menubuhkan satu page di laman sosial Facebook untuk semua pelaiar dari UKM mahupun universiti luar untuk meluahkan pendapat masing-masing.
4. Seperti yanq kita ketahui, calon-calan dalam pilihan raya kampus harus bertanding atas tiket diri sendiri dan tidak dibenarkan bertanding bagi mewakili mana-mana pertubuhan seperti diperuntukkan di dalam AUKU. Tetapi, tidak dinafikan bahawa memang wujud pertubuhan-pertubuhan yang menghantar wakil mereka dengan ideolagi-idealogi sendiri. Dari satu sudut, ianya boleh mencetuskan perrnusuhan atau hidup hidup berpuak-puak dalam kalangan pelajar. Berikan pendapat anda.
Fariq: Pilihanraya kampus merupakan detik-derik penting dalam menentukan corak dan pimpinan pelajan Saya kira dalam kejia berpilihanraya seperti ini memang sukar untuk dinafikan pertubuhan pelajar sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Hemat saya,jika mahaslswa tldak dibenarkan bertanding secara berkumpulan, bagaimanakah seorang calon mampu berkempen untuk dirinya sendiri kepada 20,000 mahasiswa di seluruh kampus? Adakah ia relevan dalam konteks bagi seorang mahasiswa? Adakah sistem pilihanraya kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga tanpa mengambil kira faktor kepimpinan sebenar mahasiswa? Dan saya fikir jika sistem bertanding secara berseorangan diteruskan, apakah relevannya manifesto seseorang calon disampaikan secara perseorangan sedangkan dalam kabinet Majlis Perwakilan Pelajar, pentadbiran PMUKM dijalankan melalui sistem pentadbiran secara kolektif. Seseorang calon yang menang berkemungkinan diletakkan dalam portfolio yang tidak selari dengan manifesto yang dijanjikan. Bukankah sistem ini akan menyebabkan calon tidak dipat melunaskan janli dan membuka ruang untuk mahasiswa/i mempertikaikan keiujuran calon semasa mengutarakan manifesto mereka.Saya juga menganggap ianya sebagai sebuah persaingan yang sihat. Selain itu juga dapat menghasilkan mahasiswa/i yang lebih kreatif semasa berkempen apabila mereka terdiri daripada sesebuah kumpulan.
Syukri : Saya menyokong mahasiswa/i yang berjuang atas dasar diri sendiri, namun begitu mungkin juga perjuangan atau ideologi yang dibawa oleh mereka sedikit rebanyak mengikut pertubuhan-pertubuhan politik yang mereka sertai. Pertubuhan-pertubuhan politik yang bertanding perlulah bebas dan mendapat sokongan daripada pihak universiti. Bagi saya, perjuangan yang dibawa oleh pertubuhan politik ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Contohnya, seperti Aspirasi, mereka akan memberi sokongan yang padu kepada calon mereka yang bakal bertanding, selain menggilap bakat mereka supaya lebih menonjol. Selain itu juga, calon yang bakal bertanding akan diajar bagaimana cara untuk bertanding dalam medan Pilihan raya kampus.
Khairul : Saya kira, fenomena begini wujud akibat daripada calon dan pertubuhan yang tidak memahami apa yang telah termaktub di dalam AUKU. Calon akan memberikan sebab yang tertentu untuk bersatu semasa pilihan raya kampus diadakan. Saya kira, jika ingin bersatu, tidak perlu wujudnya pelbagai pertubuhan untuk memayungi calon. Cukup sekadar satu sahaja. Di bawah satu pertubuhan itu rnereka bebas untuk membawa sebarang ideologi mereka tetapi pada hakikatnya mereka bersatu di bawah satu payung yang sama. Hakikatnya kini perkara sebegitu tidak berlaku dan mahasiswa/i sendiri boleh melihat apabila wujud perbezaan antara penyokong mengikut pertubuhan bukan kerana calon. Sesungguhnya, inilah perkara yang amat dibimbangi oleh saya kerana jika perkara ini tidak jelas di benak pemikiran mereka, apabila sudah keluar dari universiti nanti mereka masih bermusuhan di antara satu sama lain.

6. Kesatuan hati dalam mengekalkan keharmonian dan imej baik sesebuah universiti menjadi sebahagian daripada tanggungjawab mahasiswa/i. Perbezaan ideologi pertubuhan politik membawa sedikit sebanyak telah nencetuskan jurang antara mahasiswa/i. Tidakkah anda semua terfikir untuk mencari titik persanaan antara pertubuhan-pertubuhan anda agar menjadi satu dan sepakat.
Fariq: Kita semua bersatu dalam soal kebajikan yang melibatkan kepentingan mahasiswa. Kalau boleh kita buat satu wacana untuk membincangkan masalah mahasisiwa. Tiada masalah bagi saya dan kita boleh membuka ruang kepada semua.Tetapi apabila melibatkan ideologi, saya boleh katakan bahawa ilmu menjadi cabang untuk dibahas bersama. Pertamanya, ilmu boleh dikembangkan dan boleh diterima oleh semua. Yang keduanya ilmu yang benar iaitu berdasarkan fakta, tidak menggunakan emosi ketika melontarkanya dan melihat kepada rasionaliti. llmu juga bersifat integriti. Oleh itu, PMUKM mahu mencapahkan ilmu kepada semua mahasiswa. Contohnya isu nuklear di Jepun. Kita juga tiada masalah untuk bekerjasama dalam menerangkan kepada umum memgenai dasar-dasar universiti dan turut membantu universitl dalam segenap perkara.
Syukri : Seperti Gabungan Mahasiswa, Saya juga menyokong apabila melibatkan isu kebajikan. Dalam menangani isu kebajikan, sebarang ideologi perlulah diketepikan kerana kebajikan tidak boleh dicampurkan dengan hal politik. Dalam menjaga kebajikan pelajar semua pihak perlulah bersatu padu tanpa mengira mana-mana pertubuhan politik. Jika isu kebajikan dipolitikkan maka kita tidak akan nampak politik nilai di situ. Bagaimana kita mahu mempolitikkannya adalah hak kita, tetapi jangan sampai menyusahkan orang lain.
Khairul : Bagi saya, jika ketiga-tiga pihak mahu bersatu padu tiada salahnya. Tetapi mereka perlu tahu apabila bergabung perlulah mempunyai sikap toleransi, bersabar dan saling maaf-memaafi. Dalam erti kata lain membuang segala ego yang ada. Bercakap soal ketersediaan untuk bergabung adalah mudah, tetapi untuk melaksanakan adalah sukar, seperti yang belaku di luar, sedikit sebanyak ia mempengaruhi pilihan raya kampus. Jika masalah timbul, kita semua perlu duduk semeja bagi menyelesaikanya
tanpa menuduh sesama sendiri.

7. Apakah harapan anda pada PMUKM kali ini yang bergabung di antara GMUKM dan Aspirasi?
Fariq : Datuk Sir Alexander Oppenheim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya berkata, "walaupun usaha-usaha pelajar patut diberi pujian, saya berharap persatuan pelajar seharusnya memikirkan soal yang melibatkan gerakan kepada kebajikan umum yang merangkumi bidang-bidang yang lebih luas." Manakala menurut Prof Mohamad Abu Bakar dalam bukunya mengenai Falsafah perjuangan Mahasiswa. "perjuangan mahasiswa bersifat universal, membicarakan bukan hanya dalam konteks kampus malah melibatkan urustadbir negara, kebajikan rakyat dan sistem pemerintahan negara." Tetapi kia memerlukan sebuah dasar dan ruang untuk melaksanakan agenda-agenda tersebut. Mahasiswa lndonesia antara contoh jauh lebih kehadapan berbanding malah mahasiswa mereka pernah membangkitkan masalah sistem di negara kita yang menyekat idealisma mahasiswa. Sampai pada suatu tahap mahasiswa lndonesia ini mampu menyatakan pandangan dan kritikan dalam memantap dan mengukuhkan sistem ketenteraan di negara mereka. Oleh itu,saya harap perbincangan kita dalam majalah ini menjadi medan untuk menyampaikan hasrat mahasiswa UKM mengenai dasar dan perjuangan yang dibawa oleh seorang mahasiswa itu sendiri. Gabungan merupakan satu soal yang penting, oleh itu kita perlu berbincang. Saya ingin memetik kata-kata daripada seorang tokoh iaitu, mahasiswa perlu sedar kerana komitmen mereka bukan hanya sekadar di kampus tetapi merekajuga harus memberi sumbangan kepada masyarakat.
Syukri : Yang penting bagi saya adalah PMUKM kali ini lebih mengutamakan suara dan kebajikan mahasiswa. Contohnya, saudara Muzzammil yang merupakan presiden PMUKM dan mantan Presiden PMFEP, dimana beliau sangat menjaga kepentingan mahasiswa/i di FEP. Saya sangat menghormati cara beliau menguruskan Fakulti Ekonomi dan pengurusan. Saya yakin pelajar UKM matang dan mempunyai minda, oleh itu mereka mampu memilih calon yang layak.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !