Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 26, 2011

Falsafah UKM: Sejarah dan Matlamatnya SIRI 3

Pernyataan-pernyataan tentang hasrat, falsafah, dan matlamat UKM agak jelas sebagai usaha hendak merealisasikan peranan universiti sebagai gedung ilmu yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja oleh masyarakat setempat malah masyarakat dunia. 

Walau bagaimanapun kedudukan universiti ini dalam konteks suasana dan budaya setempat, perlulah diambil kira dalam menjalankan kegiatan-kegiatannya. Tambahan pula universiti adalah atas biaya daripada rakyat yang diwakili oleh pemerintah.

Falsafah universiti, sebagaimana falsafah-falsafah pendidikan yang lainnya, merupakan suatu pendirian atau suatu unggulan yang mahu dicapai. Rintangan atau sekatan terhadap pencapaiannya boleh dielakkan. 

Sesebuah kerajaan atau pemerintah ada berbagai-bagai dasar yang mahu dicapai; oleh itu dalam keghairahan untuk menghayati sesuatu falsafah, tidaklah boleh kita melakukan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan dasar negara. 


Walau bagaimanapun, harapan kita ialah supaya dasar itu adalah serasi dengan falsafah kifa. Ketidakserasian antara dasar dengan falsafah pendidikan adalah satu perkara yang berlaku sejak awal tamadun manusia lagi. Contohnya, Aristoteles (Aristotle) pernah mengatakan, lebih daripada 1,500 tahun dulu:

As thing are... mankind are by no means agreed about the things to be taught whether look to virtues or the best life. Neither is it clear whether education is more concerned with intellectual or moral virtue. The existing practice is persplexing: no one knowing on what principle we should proceed - should the useful in life, or should virtue, or should the higher knowledge be the aim of our traning all three opinions have been entertained.

Again about the means there is no agreement: for different persons, starting with different ideas about the nature of virtue, naturally disagree about the practice of it (Aristotle: Politics, Book VIII, Bab. 2).

Penutup

Falsafah pendidikan bukan sahaja boleh dianggap sebagai yang member asas tasawur untuk membimbing kita kepada kawasan yang belum diterokai, tetapi juga secara tradisinya diandaikan untuk memformulasikan matlamat, norma atau piawai untuk melaksanakan proses pendidikan. Pendekatan falsafah terhadap pendidikan boleh bersifat teori atau amali, atau kedua-duanya.

Dalam usaha mencari ilmu, al-Quran telah menentukan ilmu sebagai satu daripada dua tiang asas untuk mencari kebahagiaan bagi masyarakat manusia (al-Mujaadillah: 1l), dan Nabi Muhammad SAW telah menentukan bahawa usaha mendapat pendidikan atau mencari ilmu adalah kewajipan bagi setiap Muslim, lelaki atau perempuan. Pentingnya pembinaan ilmu dalam Islam tidaklah boleh dinafikan, memandangkan bahawa misi Nabi Muhammad SAW ialah untuk mengajar ilmu baru" (al-Baqarah: 151).

Atas dasar-dasar inilah maka falsafah UKM itu dibentuk. Penafsiran dan penghayatan terhadap falsafah ini perlulah dikaji dari semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita bangsa, negara dan agama.


* Artikel ini dipetik daripada buku FALSAFAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : Tafsiran dan Penghayatan hasil suntingan (Prof Dr.) Shaharir Mohamad Zain terbitan Penerbit UKM, 1994

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !