Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 29, 2011

1,000 orang hadiri 'Walk for Freedom to Walk' tolak RUUHA 2011

Sekurang-kurangnya satu ribu orang peguam, aktivis dan orang ramai telah menyertai perarakan membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen, pagi tadi.

Perarakan 'Walk for Freedom to Walk' itu mula berkumpul di Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi dan telah bergerak ke Parlimen jam 12.30 tengahari ini bagi menyerahkan kertas cadangan supaya kerajaan meminda Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011.

Kronologi perarakan 'Walk for Freedom to Walk' boleh diikuti di  http://malaysiakini.com/news/182664

Perarakan tolak RUUHA 2011
Perarakan tersebut diadakan setelah didapati Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibahaskan di Parlimen hari ini akan meletakkan 'sekatan yang tidak munasabah dan tidak seimbang ke atas kebebasan berhimpun yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan'.

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan untuk berbahas juga menimbulkan persoalan bahawa rang undang-undang tersebut dilihat agak 'tergesa-gesa' untuk diluluskan.

Malah cakap-cakap orang ramai juga tidak menolak kemungkinan 'ada agenda tertentu' di sebalik tindakan kerajaan yang terburu-buru mahu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Awam yang sedang dibahas untuk diluluskan hari ini juga.

Kronologi RUUHA 2011
Untuk rekod, pada 24 November lalu, Perdana Menteri telah membentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen buat bacaan kali pertama.

Rang undang-undang tersebut, dakwa PM telah mengambilkira keperluan bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman, malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak setelah Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua dibentang setelah dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.

Rang undang-undang tersebut juga didakwa lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Sebagai contoh, rang undang-undang tersebut didakwa bakal mengenakan sekatan yang terlalu banyak kepada penganjur dan orang ramai serta memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.

Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Pada Jumaat lalu, Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !