Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, November 16, 2011

GMUKM respon isu penjawat awam & AUKU

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menerima beberapa buah respon membina daripada pembaca blog ini berkenaan isu lambakan penjawat awam dan gesaan AUKU ekoran isu UKM4 baru-baru ini.

Untuk meringkas dan merumuskan perbahasan berkenaan kedua-dua isu, pihak GMUKM cuba mengemukakan hujah secara ringkas tetapi padat untuk berkongsi dengan rakan-rakan mahasiswa dan pembaca sekalian.

AUKU - Pinda atau mansuh ?
Di peringkat Majlis Tertinggi GMUKM secara kolektif telah bersepakat merumuskan bahawa perihal yang dituntut di dalam isu Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) adalah untuk masyarakat umum memahami desakan dan gesaan GMUKM adalah dibenarkan berpolitik; dalam konteks bersuara dalam isu-isu semasa tanpa dipandang serong oleh mana-mana pihak.

GMUKM juga bersetuju dengan gesaan saudara Presiden PMUKM bahawa tuntutan mahasiswa adalah bukan membenarkan batang tubuh sesebuah parti politik tersebut itu masuk ke dalam kampus, tetapi mahasiswa dibenarkan tanpa sekatan menyatakan pandangan, kritikan mahupun sokongan terhadap isu-isu semasa khususnya dalam hal ehwal pentadbiran dan politik negara.

"Kami menyokong pindaan AUKU tetapi tidak mahu orang politik masuk ke dalam universiti dan menjalankan kegiatan politik mereka," petik Lt M Ahmad Muzzammil semasa ditemubual pihak Utusan Malaysia semalam.

Perkara ini walaupun sudah lama diperjelaskan tetapi dilihat masih cuba dikelirukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memanipulasi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan GMUKM atau wakilnya. Isu sama ada perlu atau tidak AUKU itu seluruhnya dimansuhkan atau dikaji dan dipinda adalah soal yang lain, yang memerlukan kajian literatur dan pendapat umum yang menyeluruh.

Ringkasnya, tuntutan kami di GMUKM adalah, biarkan mahasiswa belajar berpencak di gelanggang politik mereka sendiri semasa di dalam kampus. Jika mampu, persilakan 'berpencak' pula di gelanggang dunia politik di luar sana; itupun sesudah tamat pengajian.

Buat yang masih tidak mengerti, disarankan membaca penulisan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi seperti berikut.

Sektor Awam - Berikan kepada yang hak
Berkenaan isu penjawat awam yang dikatakan terlalu ramai, GMUKM lebih gemar menyerahkan isu ini kepada pihak berkenaan tetapi dengan harapan isu ini tidak dipolitikkan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Berbalik kepada kenyataan GMUKM sebelum ini, cadangan untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang ada sekarang mungkin dialu-alukan oleh rakyat Malaysia yang di luar sektor awam, tetapi mendapat respon sebaliknya oleh kakitangan awam yang masih bekerja kini.

Menjadi harapan mahasiswa agar di dalam pihak kerajaan ghairah menyediakan pelbagai insiatif dan peruntukan kepada kakitangan awam, jangan dilupakan kebajikan yang harus disediakan kepada rakyat bukan kakitangan awam.

Mungkin cadangan penetapan gaji minima yang diperjuang MTUC untuk seluruh pekerja swasta yang merangkumi 50% jumlah pekerja di Malaysia wajar dikaji dan dinilai semula sesudah acapkali ditolak oleh pihak kerajaan. 

Juga mungkin langkah kerajaan Selangor yang dalam proses menetapkan gaji miniman RM 1500 kepada pekerja-pekerja di Selangor juga boleh dipelajari pihak kerajaan persekutuan. Apa yang penting nasib kami mahasiswa-mahasiswi yang sedikit masa lagi bakal menjengah ke alam pekerjaan diambil berat dan mendapat perhatian sewajarnya.

Di peringkat mahasiswa mengharapkan pihak kerajaan mampu menyediakan jaminan ruang dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan komposisi dan kapasiti seorang graduan Universiti.



Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !