Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 15, 2011

MPP-GM gah di persada pemimpin pelajar nasional

Tahniah kepada barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi kali ini yang berjaya membuktikan suara mahasiswa UKM sangat dihormati di peringkat kebangsaan khususnya di dalam program Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011 (KPPIPT 2011) yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada hujung minggu yang lalu.


Keberadaan MPP GMUKM yang mengetuai perwakilan delegasi pemimpin mahasiswa UKM di konvensyen tersebut telah menutup rapat 'suara-suara sumbang' malah membidas kembali kenyataan 'jelak' Aspirasi apabila tokoh mereka pula kelihatan 'menikus' dan 'diam seribu bahasa' sepanjang program tersebut berlangsung selama empat hari tersebut.


Malah didapati tokoh yang diagungkan mereka juga hanya hadir 'on-off' sepanjang program tersebut berlangsung; serta kelihatan tidak serius membincangkan isu mahasiswa di peringkat nasional. Ini sedikit sebanyak menepati pepatah, "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"

Delegasi profesional pemimpin mahasiswa UKM yang hadir telah diketuai saudara Presiden PMUKM sendiri, Lt M Ahmad Muzzammil dan telah menonjolkan imej dan semangat serta idelisme yang matang dan jelas dengan  membawakan agenda yang digariskan oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)

Malah, saudara Ahmad Muzzammil telah diberi penghormatan dengan diberi peluang membentangkan kertas kerja bertajuk, "Pembinaan Negara Bangsa : Bagaimanakah Peranan Ekonomi?" .


Untuk rekod, hanya 5 orang telah terpilih diberi peluang daripada beratus orang perwakilan yang hadir, untuk menyampaikan pembentangan kertas kerja dalam konvonsyen tersebut. Malah pemimpin mahasiswa UKM telah diberi penghormatan menyampaikan sebuah lagi kertas kerja, bertajuk "Negara Bangsa - Satu Analisa" yang disampaikan oleh saudara Izzat Fathi daripada FSSK.


Selama 4 hari berprogram di UTM, terdapat 3 buah forum dan sidang meja bulat bersama ilmuwan dan pemimpin negara serta rakan-rakan pimpinan mahasiswa IPTA/IPTS. Selain UKM, IPTA yang turut menghantar perwakilan ke konvensyen ini adalah UM, UIA, USM, UPM, UUM, UPNM, UMP, UNIMAP, UNIMAS manakala IPTS pula Masterskill, Kolej Yayasan Melaka, Binary College, UNITEN, dan Kolej Shah Putra.

Selain Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), delegasi pemimpin mahasiswa UKM juga diwakili pemimpin-pemimpin persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains, Sosial & Kemanusiaan (PMFSSK),  Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK), Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST), Ikatan Studi Islam UKM dan Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA).

Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT (KPPIPT) di UTM Johor Baru pada 10-13 November 2011 bertemakan "Membina Negara Bangsa" bertujuan menghubung dan menggabungjalinkan kerjasama di antara pemimpin-pemimpin pelajar IPT selain bertukar-tukar pandangan berkenaan isu pembinaan negara bangsa.

Sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011 kerana berjaya mengangkat nama UKM di persada nasional.


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !