Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 21, 2011

DAKWAH BERPOLITIK atau POLITIK BERDAKWAH?


Acapkali kita melihat dan membaca tulisan dan komen tentang kewajaran sesebuah parti,persatuan atau organisasi yang meletakkan agama Islam sebagai matlamat perjuangan dan menggunakan pentas politik sebagai wadah atau wasilah perjuangan. Sama ada di dalam atau di luar kampus, seorang insan biasa pasti keliru jika tiada ilmu, kefahaman dan penerangan yang mendalam mengenai isu popular ini.

"Bila agenda untuk memenangi politik diutamakan, agama dijadikan pertaruhan, maka para pemimpin pelajar tertentu dan orang yang bersekongkol dengan mereka akan mula membina kerangka kononnya agamalah sebagai wadah perjuangan. Maka diasakkan wadah perjuangan sebagai senjata mengawal pemikiran pelajar lain. Ditakut-takutkan pelajar tentang pembalasan Allah jika ada yang tidak bersama dalam perjuangan politik mereka. Pelajar tidak lagi dapat membezakan apa itu Islam yang sebenar dan Islam yang dipolitikan. Bagi mengukuhkan kumpulan politik mereka, dibentuknya rasa bersama dengan berbagai slogan dan cogankata. Ditekan bertalu-talu pemikiran pelajar sehingga tiada lagi kemampuan untuk pelajar berfikir. Akhirnya usaha mereka berjaya."
Benarkah dakyah ini?

Apakah kebenaran di sebalik semua ini?

Mana satu yang betul? Puak A atau B?

Politik negara tidak jauh berbeza dengan politik kampus, tetapi adakah mahasiswa mandul untuk memandu perjuangannya sendiri dan terbawa-bawa politik luar kampus ke dalam kampus?

Bagi pihak penulis, pendapat dan pandangan yang bakal diluahkan bukanlah bersifat 100% terjamin ketepatan hujahnya. Ketepikan soal memilih ideologi atau parti mana, itu perkara yang berasingan. Ketepikan juga siapa diri penulis, itu juga perkara yang sangat berbeza. Kita perlu menyahut dan menghormati kebebasan bersuara dan berhujah secara ilmiah selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.

Jika dahulu, penulis yang masih mentah menulis dengan berani memberi pandangan walaupun hujah dan idea tampak tidak sebombastik pemikir politik. "GMUKM : Politik Berdakwah" adalah penulisan yang membincangkan isu :

1. Sejauh mana slogan kebenaran mengatakan GMUKM menggunakan politik untuk berdakwah?
2. Bertanding pilihanraya kampus dan memenangi kerusi, mendapat kuasa adakah itu dakwah?
3. Mengapa politik berdakwah?
4. DAKWAH BERPOLITIK atau POLITIK BERDAKWAH?

Jadi, untuk penulisan kali ini hanya menyentuh sedikit secara dasar dan sudah tentu berbeza dari segi pembawaan. Kerana jika dahulu menulis ketika zaman sebagai oposisi, alhamdulillah "Kun fayukun" Allah telah takdirkan kemenangan GMUKM dan penulis berbicara mengikut waqi' semasa.

Masih lagi kemas terpasak di dalam minda penulis :

"Soal memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi penulisan ilmiah di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, kita juga perlu peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan! Malah keamanan tidak sesekali berkompromi dengan kebatilan. Ya! Islam itu agama kedamaian dan kesatuan, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan!"

SIAPA SEBENARNYA YANG BETUL?


"Aspirasi takde matlamat perjuangan sebenar yang jitu. Tak reti berdikari. Macam lembu disorong, kalo pentadbiran suh jadi calon, jadilah meraka calon. Dah le takde kualiti, cakap pun tergagap. Lepas tu suka tiru GMUKM. Kalo orang buat blog, fb, perarakan, banner, baju, logo, badge, macam-macamlah...sumenye nak tiru. Takde idealisma langsung."

"GMUKM bajet alim, budak suraulah konon. Cakap lebat siap ngan ayat Al-Quran tapi juara fitnah, suke kondem orang, kutuk sana sini. Ngan pentadbiran kurang ajar, hormat ngan orang tua pun takde. Taksub, assobiyah, jumud, sana haram sini haram, kejenye demo je. Wat program, aktiviti, debat, pidato untuk puak dia je. Suka syok sendirilah tu. Dah ler takde non-muslim langsung."

Benarkah hentaman dan komen ini?

Kelemahan-kelamahan yang betul atau tidak?

Meminjam kata-kata tidak berilmiah dan tidak sopan seorang ahli akademik UKM "Siapa sebenarnya yang BEBAL berpolitik"?


SIAPA GMUKM DULU DAN KINI?

1. Jika dahulu GMUKM (lebih dikenali Membina Mahasiswa Penggerak Ummah-MAMPU) sebagai contoh mengharamkan tepuk tangan dalam program, namun kini GMUKM ber'ijtihad' perkara yang berbeza.

2. Jika dahulu GMUKM berdemo hanya kerana tarian wanita dna konsert hiburan, namun kini GMUKM seolah-olah terlepas pandang dan menghalalkan konsert di programnya sendiri seperti pesta konvokesyen baru-baru ini.

Ini adalah antara isu mahu pun contoh jelas yang boleh diambil. Apa yang perlu dijawab? Adakah penulis mahu "back up" atau mengalih isu bagi menutup kelemahan, kelompangan dan keburukan GMUKM?

Soalnya, adakah ini isu? Benarkah perkara ini adalah antara kelemahan, kelompangan dan keburukan GMUKM yang perlu diakui dan diperbaiki?

Penulis bukanlah mahasiswa pemerhati yang "hidup" di zaman kegemilangan, kejatuhan dan kebangkitan. Tidak begitu arif dengan telahan perubahan fasa perjuangan mahasiswa walaupun bernafas di UKM dalam fasa kejatuhan dan kebangkitan GMUKM. Masakan tidak.

Terlalu banyak persoalan isu yang perlu dirungkai, difahami dan dianalisa kerana masa yang memberi kelainan kepada kaedah pembawaan GMUKM dalam merentas zaman tumbesarannya.

Tidak cerdik membaca "permainan" dan agenda politik bukanlah asbab asas untuk tidak membicaranya. Walaupun keterbatasan masa, fakta, hujah dan ilmu mahasiswa perlu mendepaninya dengan kesedaran yang tinggi iaitu di atas paksi kebenaran, keadilan sejagat dan juga kebebasan akademik.


'IJTIHAD' YANG PERLU DIFAHAMI

Tidak dapat tidak, istilah-istilah Arab seperti assobiyah, ijtihad, syura, tahaluf siyasi, biah solehah dan sebagainya perlu difahami dan dihadam sebaiknya dalam konteks perjuangan mahasiswa mahu pun aplikasinya dalam politik kampus.

Definisi, konsep, keperluan, kepentingan dan mekanisma ijtihad sebagai contoh, sangat penting untuk dirobek pemahamannya bukan hanya digunakan tatkala berhujah demi mematahkan hujah yang seteru dengannya.

Perlu diteliti, arus perkembangan modenisasi manusia sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam pembawaan sesuatu pemerintahan dalam kerangka zaman politiknya.

Ijtihad politik secara kolektif yang mana membuat keputusan dengan mengeluarkan sesuatu hukum berlandaskan asas kefahaman mengikut penilaian kiasan berteraskan al-Quran dan sunnah, dilakukan secara berkumpulan bukannya seorang dua.

Mungkin ya, kita tidak berada di zaman awal kegemilangan GMUKM bahkan kita tidak fasih apa yang berlaku ketika itu. Tetapi kita terima dan sedar bahawa hakikatnya zaman sudah berubah. Dahulunya, islam diterima dan biah solehahnya (suasana yang baik dan diredhai Allah) lebih terjaga.

Walhal dunia Islam sekarang telah menjadi cacamarba dengan kedahsyatan ideologi dan serangan barat yang tidak putus derasnya, telah merosakkan pemahaman dan penghayatan islam dalam diri penganutnya.

Tepuk tangan menjadi isu popular satu masa dahulu mungkin kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan faedah yang banyak, hanya suka-suka, berhibur dan melalaikan daripada mengingati Allah. Mungkin pula kini para ustaz mahu pun penceramah meringankan penegasan atau pun membolehkan tepuk tangan sebagai pendekatan yang lebih mudah untuk memenangi jiwa para mad'u. Mungkin ya dan mungkin tidak.

GMUKM, semua orang tahu dan maklum bahawa parti ini baru berusia setahun jagung dalam arena politiknya sebagai kuasa tertinggi pemegang tampuk pemerintahan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).

Satu kejutan beruk bagi pihak Aspirasi dan pentadbir UKM yang tidak senang melihat kegigihan GMUKM merealisasikan islamik pesta konvokesyen tatkala ada kebocoran pengawalan dan jarum maksiat yang tertusuk di "Konsert Selamba Je" Pesta Konvokesyen yang ditaja penuh oleh Muzik.fm.

ISIUKM dalam blognya telah memberi fakta "tunjuk sebab" (klik) tetapi isu lekeh ini terus diangkat dan dijulang setinggi-tingginya dalam propaganda memburuk-burukkan PMUKM. Revolusi syiar islam yang ingin ditegakkan oleh GMUKM adalah perubahan yang berperingkat, tidak secara total atau pun mengejut. Mereka telah membuktikannya dengan sedaya upaya cuba mengekang dan meminimakan zon kebebasan percampuran lelaki dan perempuan, itu pun masih dipertikaikan.

Perjuangan mereka di ketawakan! Dilempar dengan tuduhan bahawa bagi GMUKM islam itu seolah-olah alat kepuasan nafsu serakah politik mereka!

Soalnya, bernafsukah batang tubuh budak-budak GMUKM untuk memegang jawatan dan merampas kuasa? Apa yang mereka dapat? Apa yang menyebabkan mereka ghairah dan teruja mengejar pangkat? Apakah setelah menang besar pilihanraya kampus mereka ini gila melobi duit dan nama? Menjaja kesenangan dan mempermainkan amanah yang Allah beri?

Penulis tidak berhajat untuk melebarkan jawapannya, asbabnya penulis percaya para pembaca dan mahasiswa sudah melihat sejauh mana GMUKM berusaha keras membawa idealisma perjuangannya, keinteletualan serta kebajikan mahasiwa bukan setakat di daerah kampus UKM sahaja malah di mata masyarakat dengan keberanian berhujah isu negara yang lebih besar. Pembaca boleh sahaja meredah blog PMUKM di sini untuk menghentam gerak kerja dan kerterlibatan melangsaikan manifesto dan amanah mereka.

Mahasiswa juga boleh menilai sendiri dan meratah sosok tubuh pemimpin GMUKM dan PMUKM, adakah mereka meletakkan islam di kepala lutut atau di kaki? Adakah islam seperti bola yang boleh disepakterajang ke dalam jaring gol politik mereka?

Cabaran besar bagi ketua pasukan PMUKM untuk mengepalai nakhoda sebuah pelayaran serta mencabar tradisi alam sekaligus mencabar si pentadbir UKM yang tidak sebulu dengan mereka dan bersikap pilih kasih. Perlu diketahui, mereka ini adalah insan biasa sama seperti pembaca, sama seperti kita yang impikan islam untuk dihayati dan dipraktiskan semula di dalam segenap perkara.

Kita sudah bosan dengan "istilah agama dipolitikkan" dan "gila kuasa". Gelaran BEBAL berpolitik yang sedap mereka canangkan langsnng tidak relevan, padahal siapa sebenarnya yang BEBAL? Mereka ada kuasa sejak dulu sampai sekarang, mengapa tiada langkah untuk ke arah itu?

Mengapa sukar sekali untuk memahami ISLAM FOR ALL? Kita amalkan budaya islam di dalam setiap sudut kehidupan, kerana islam bersifat syumuliah, terbuka dan sesuai untuk setiap bangsa. Jika sekarang ini, barat sudah menerima dan sedang mempraktiskan formula islam yang telah dikaji untuk membendung kerosakan dan gejala maksiat di negaranya, maka kita?

Sungguh memalukan, kita, baik dari segi pemerintah sehinggalah rakyat marhaen secara perlahan-lahan dan tidak sedar sedang menolak hukum Allah dan budaya islam jauh daripada fitrah insani. Kita tidak berusaha ke arah itu, malah menjauhinya. Jika ada, kita mencampuradukkan yang halal dengan yang haram.

Untuk pesanan kepada diri sendiri, mantapkan ilmu, perkasakan pemahaman. Jangan jadi orang jahil agama :

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang jahil yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah)

2 comments:

Alif Yusof said...

Sebab itu ketika kita berada dibawah, kita tak sepatutnya mengkondem pemimpin macam kita ni bagus sangat. Takut2 bila kita berada kat atas kita akan buat kesilapan yang sama, malah lebih teruk lagi.

Peringatan buat diri sendiri. ^__^

abu idris said...

arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !