Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 30, 2012

'PTPTN perlu untuk bantu pelajar IPTS'

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia amat menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Justeru itu, ujar Datuk Seri Khaled Nordin selaku Menteri yang terbabit, cadangan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Tindakan tersebut menurut beliau turut akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

"Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini.

'Cadangan hapus PTPTN tidak relevan'

Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

Program MyBrain15 turut disediakan untuk pihak swasta

Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.

MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.

Monday, March 26, 2012

'PR perlu masukkan janji mansuh PTPTN dalam Buku Jingga'


SHAH ALAM, 26 MAC : Pemuda Parti Sosialis (PSM) Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden dan dua lagi kumpulan anti-PTPTN menggesa Pakatan Rakyat memasukkan janji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Buku Jingga dan manifesto pilihan raya.

"Kami berharap pemimpin Pakatan akan menunaikan janji yang dibuat oleh ketua pembangkang," Tegasnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan mahasiswa di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus memansuhkan keperluan untuk PTPTN.

Saturday, March 24, 2012

Menjana pemikiran pemuda

SEJAK zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka.

Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi.

Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.

Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat 'kegilaan' yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat 'ekstasi'.

Friday, March 23, 2012

Flash mob GMFKAB santai

UKM, 22 Mac – Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) telah mengadakan kempen kesedaran cintakan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan salah satu Universsiti yang tersohor di dalam negara.

GMFKAB menggunakan alternatif  'Flash Mob' sebagai satu pendekatan yang santai, menarik dan ringkas tetapi mempunyai objektif yang cukup jelas. Kebanyakan penyokong dan pendokong GMFKAB turun bersama-sama pada kempen ini untuk melancarkan pergerakan kempen.
Flash Mob merupakan salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dengan melakonkan keadaan-keadaan mengikut skrip yang dibaca oleh speaker mengikut  nilai yang ingin dipupuk.

GMFKAB menggunakan nilai “We Love FKAB UKM” berdasarkan falsafah UKM iaitu­­­­­­­­­­­­­­­ UKM mengukuh paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Wednesday, March 21, 2012

[HARI UNGU] Siswa Konvoi ke Masyarakat



ARTIKEL : Wajarkah graduan kita menganggur ?


Telah banyak universiti tempatan membuat kajian mengenai kebolehpasaran siswazah masing-masing saban tahun, malah Kementerian Pengajian Tinggi turut sama menjalankan kajian seumpama itu.

Hasil kajian berkenaan menunjukkan sebahagian besar graduan masing-masing berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selain ramai graduan memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka.

Begitu pun, tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai yang tidak mendapat pekerjaan dan masih terus mencari di pasaran pekerjaan. Ada yang masih belum mendapat pekerjaan tetap walaupun telah dua tahun bergraduasi. Kita amat bersimpati dengan mereka kerana walaupun telah banyak kali mencuba, tetapi masih gagal.

UKM4 : Government get leave to contest UUCA ruling

KUALA LUMPUR - The Federal Court has granted leave (permission) to Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), the Higher Education Ministry and the government to challenge a landmark ruling on the Universities and University Colleges Act (UUCA).

The unanimous ruling today will allow the plaintiffs to challenge the Court of Appeal decision , which had declared that Section 15(5)(a) of the UUCA is unconstitutional in that it bars students from participating in politics.

The five-member bench allowed the question posed by the plaintiffs to be decided in their appeal , namely ‘whether Section 15(5)(a) of the UUCA is consistent with Article 10(1)(a) of the federal constitution and (is) therefore valid (in) law’.

'Malaysia perlukan kerajaan yang kukuh'

20 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan sekiranya parti kerajaan gagal mendapat majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang dan tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas, maka ini akan membawa ketidaktentuan politik kepada negara.

Justeru katanya, adalah penting bagi kerajaan memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Namun, pada masa yang sama perdana menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

Sunday, March 18, 2012

"Kenapa takut berdebat ?" - Datuk Saifuddin Abdullah

Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Cuma ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

Saturday, March 17, 2012

Apakah dosa dia..?

Sumber : DetikDaily

Kita semua sangat-sangat terkejut bahkan ianya mengejutkan seluruh negara apabila seorang anak kecil yang berumur 5 tahun allahyarhamah adik Nurul Nadirah Abdullah diculik, mungkin dirogol dan dibunuh kejam serta mayatnya dibakar.

Telah diketahui umum bahawa itulah cara yang digunakan oleh sang pembunuh yang berhati iblis untuk melupuskan bukti jenayah yang telah dilakukan sebagaimana dalam kes yang melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosila Lawiya dan rakan-rakannya yang lain.


Kita pastinya akan tertanya-tanya mengapakah anak kecil yang tidak berdosa ini dijadikan korban sedemikian rupa. Adakah semata-mata kerana melepaskan nafsu serakah ataupun disebabkan pertikaian dan salah faham yang pada kebiasaannya melibatkan orang-orang dewasa tetapi pada masa yang sama telah mengheret dan mengorbankan jiwa yang tidak mengerti apa-apa yang sepatutnya kita lindungi dan sayangi.

Friday, March 16, 2012

MKini : Bilakah pilihan raya kampus 2012?

Walaupun tahun 2012 sudah memasuki bulan ketiga, namun tanda bagi institusi pengajian tinggi awam mengadakan pilihan raya kampus masih belum jelas.

Malah beberapa pemimpin mahasiswa universiti di Lembah Kelang tertanya-tanya bilakah pilihan raya di kampus mereka akan berlangsung berbanding kebiasaannya yang diadakan pada bulan Januari atau Februari sebelum ini.

Tinjauan Malaysiakini mendapati dua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) - Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) - telah dibubarkan bulan lalu.

Kini badan itu ditadbir oleh badan sementara yang terdiri daripada mahasiswa yang dilantik oleh pentadbiran universiti berkenaan.

Pilihanraya Kampus :GMUKM Serah Memorandum Kepada SUHAKAM

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Satu memorandum mengenai beberapa tuntutan terhadap perjalanan Pilihanraya Kampus di UKM  telah diserahkan oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).


Delegasi yang diketuai Ahmad Firdaus Bin Ahmad Azzam selaku Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) itu turut disertai Presiden Persatuan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi , Mohd Fariq Fitri (Ahli Majlis Tertinggi GMUKM) dan Edwin Ong selaku Penasihat Undang-Undang GMUKM.

Ahmad Firdaus melalui kenyataannya menyebut walaupun pilihanraya kampus mungkin akan dilewatkan ke bulan September berharap agar Naib Canselor UKM melakukan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya kampus (PRK) bagi memberikan satu signifikan yang besar terhadap aspek ketelusan dan juga penyemaian benih demokrasi di kampus ini.

Memorandum yang memperincikan mengenai kronologi kes dan rekod penyelewengan yang berlaku pada perjalanan pilihanraya kampus semester yang lepas turut berserta tuntutan dan alternatif cadangan di peringkat mahasiswa.

GMUKM melihat tuntutan yang dikemukakan merupakan isyarat yang jelas bahawa partisipasi GMUKM selaku badan kepimpinan mahasiswa bukan sahaja dalam memberikan kritikan kepada sistem dan proses pemilihan bahkan melibatkan cadangan dan alternatif penambahbaikan.

Thursday, March 15, 2012

W4E'12 - Terima kasih & tahniah !



Krew blog GM-UKM.blogspot.com mewakili MT Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen rakan-rakan penyokong dan pendokong yang turun beramai-ramai ke 'Walk For Election 2012 (W4E'12) siang tadi.

Berikut merupakan foto-foto yang sempat diambil sepanjang program. Insyallah laporan program bakal menyusul kelak.

Ber-GM Lebih Baik!

Sekitar kempen WALK FOR ELECTION di Fb




Menarik ! - Sokongan & hasil karya Anonymous
Sokongan daripada GM-Fakulti Pendidikan
Juga sokongan daripada GM-FST
AKSIS juga tidak ketinggalan



Tuesday, March 13, 2012

Notis Gangguan Bekalan Air Disebabkan Hentitugas Sementara Loji Rawatan Air (Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) Pada 14 Mac 2012

Sumber : PUSPEL
 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal pada 14 Mac 2012 bersamaan hari Rabu.

Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah penggantian ’Sluice Valve’ bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian ‘Delivery Sluice Valve’ bersaiz 1350mm pam no.7 dan ’Suction Butterfly Valve’ bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan ’Feeder’ elektrikal No.1.

SYABAS telah dimaklumkan oleh pihak SPLASH bahawa hentitugas ini perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum menjalankan kerja-kerja penambahbaikan Pam Air Bersih untuk mencapai tahap kapasiti rekabentuk LRA berkenaan ke tahap 950 JLH (Juta Liter Sehari). Buat masa ini, loji tersebut masih belum mampu mencapai kapasiti rebentuknya dan hanya boleh mencapai pengeluaran sekitar 840 JLH sahaja dan terdapat kekurangan sebanyak 110 JLH. Justeru itu, pam-pam utama di Rumah Pam Bersih dan Rumah Pam Air Mentah memerlukan penambahbaikan bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Monday, March 12, 2012

W4E'12 terbuka untuk semua mahasiswa

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) optimis melahirkan keyakinan bakal menghimpunkan lebih 200 orang mahasiswa dalam himpunan perdana 'Walk For Election 2012 (W4E'12) Khamis ini.

Ketua Pengarah program Ahmad Afif bin Zulkepli memaklumkan, sehingga petang semalam beliau telah mendapat respon lebih 5 buah persatuan mahasiswa yang menyatakan komitmen untuk turun bersama-sama himpunan W4E'12.

"Ada di antaranya menghantar emel dan 'private message' (PM) di Facebook (bertanyakan) fasal program ini.

"Tapi suka untuk saya maklumkan, sesiapa saja boleh hadir; tidak kisah GM atau Aspirasi; minat berpolitik atau tidak.

"Apa yang penting, ingat tema program kita; Kami Sayang UKM. Maka sesiapa yang sayang akan UKM, berhak dan harus hadir bersama-sama mahasiswa lain," jelas Afif yang juga merupakan mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi tahun 2.

Sunday, March 11, 2012

Dapatkan baju baru GM !! Baru OSEM!

ini yang lama~~



ini baru OSEMM !!! >>>  



Friday, March 9, 2012

GMUKM tampil berbeza, anjur W4E'12

Bangi, 9 Mac - Majlis Tertinggi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini telah bersetuju untuk menganjurkan satu 'smart mob' dengan mengadakan satu himpunan besar-besaran mahasiswa yang diberi nama "Walk For Election 2012" (W4E'12)

Program yang bertujuan membangkitkan momentum dan 'mood' pilihanraya kampus (PRK) yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Bertemakan 'Kami Sayang UKM' , Majlis Tertinggi GMUKM meletakkan dua matlamat asas bagi penganjuran W4E'12 ini iaitu;

Walk For Election 2012 (W4E'12)


Ekoran sambutan hangat terhadap 'Hari UNGU' setiap hari Khamis, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini melancarkan kempen 'WALK FOR ELECTION' (W4E) bertemakan 'Kami Sayang UKM'

'Speaker Corner @ Kolej Anda' temui penghuni Kolej

BANGI, 8 Mac - 'Speaker Corner @ Kolej Anda' pada hari ini berjalan lancar biarpun cuba dilakukan provokasi.

Bermula dari Panggung Seni, pergerakan Hari UNGU pada petang tadi bermula agak lewat disebabkan cuaca yang tidak berapa memuaskan. Sedikit taklimat pergerakan dan keselamatan telah disampaikan oleh Pengurus Kempen sebelum disudahi dengan sedikit doa selamat.

Disebabkan beberapa buah faktor, seluruh penyokong GMUKM telah digerakkan ke Kolej Keris Mas untuk aktiviti pidato yang pertama.

Bertempat di kafeteria KKM, sudut pidato dimulakan oleh saudara Harith Faisal, FST/2 sebagai pengerusi majlis. Beliau telah menyuarakan serba sedikit isu PTPTN dan pilihanraya kampus (PRK) yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Wednesday, March 7, 2012

Speaker Corner @ Kolej Anda!

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) meneruskan siri-siri kempen mendekati masyarakat kampus UKM dengan mengadakan Hari UNGU pada minggu bertemakan "Speaker Corner @ Kolej Anda!"

Membariskan duta-duta GMUKM yang baru bagi sesi 2012, dan tidak ketinggalan MPP-MPP GMUKM yang mewakili PMUKM bakal mengadakan siri pengucapan umum di kolej-kolej kediaman kampus Bangi.

Maklumat program adalah seperti berikut;

PROGRAM : Speaker Corner @ Kolej Anda!
TARIKH : 8 Mac 2012 (Khamis)
MASA : 5.00 - 7.00 petang
TEMPAT BERKUMPUL : Panggung Seni (bersebelahan DECTAR)

Siri pengucapan awam ini bakal menjelajahi kolej-kolej seperti jadual berikut;
KPZ - KIY - KUO - KBH - KTHO - KDO - KRK - KKM - KIZ

Nantikan GMUKM di kolej anda!

Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, March 4, 2012

Isu PTPTN : Enggan retorik, MPP GMUKM komited bawa isu kebajikan mahasiswa

Enggan beretorik dan sekadar bercakap kosong, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang diterajui MPP GMUKM komited mengotakan agenda kebajikan yang ditawarkan pada Pemilihan MPP 2011 (pilihanraya kampus) yang lalu.

Dengan kehadiran mahasiswa yang memenuhi 3/4 buah kerusi di dalam Auditorium Siswa, Pusanika, Sabtu malam lalu menjadi medan mahasiswa meluahkan isi hati berkaitan pinjaman PTPTN yang didakwa mereka 'mengelirukan' dan 'mencekik darah'.

Sesi dialog yang berlangsung hampir satu jam setengah ini telah dimudahcara sendiri oleh Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi dan Mohamad Ezuan selaku Setiausaha Agung PMUKM untuk membuktikan keseriusan MPP GMUKM cakna dan prihatin serta bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah PTPTN ini dalam kadar yang segera.

Hadir bersama walaupun kini sedang menjalani praktikum saudara Timbalan Presiden Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff dan Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan, saudara Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol.

Bekas PM tegur isu cuti umum, gaji minimum

SHAH ALAM, 3 MAC : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi teguran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar meningkatkan produktiviti.

Dr Mahathir dalam entri terbaru di blognya berkata, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan. Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil. Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,”  ujar beliau.

Gaji minimum pekerja swasta

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

Saturday, March 3, 2012

Perjumpaan Khas Mahasiswa - Isu PTPTN

Makluman kepada para pelajar yang mengalami masalah PTPTN (pemotongan duit PTPTN yang diragui). Satu perjumpaan bersama Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) akan diadakan pada;

Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu - malam ini)
Tempat : Aras 4, Pusanika UKM Bangi
Masa : 9.00 Malam

Sila bawa bersama salinan perincian hutang pengajian pelajar terkini.

Maklumat lanjut boleh diajukan kepada saudara Ezuan Mohd Saad (Setiausaha Agung PMUKM) di talian 019-3432430

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Kempen Ais Krim GM-FKAB Meriah

01 Mac- Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) telah mengadakan kempen memberi Ais Krim Kon di sekitar fakulti kejuruteraan sekitar jam 1.00 tengah hari.

Turut hadir untuk memeriahkan lagi kempen tersebut adalah MPP FKAB 3&4, Mohd Faizal Bin Ahmad yang juga merangkap Naib Presiden III PMUKM dan MPP Muslimah Binti Marsi, Naib Presiden II PMUKM.


Friday, March 2, 2012

Kemeriahan GM Tour de' UKM [GAMBAR]

BANGI, 1 Mac - Biarpun perancangan awal kurang berjaya, namun dek semangat dan komitmen yang tinggi, GM Tour de' UKM semalam telah berlangsung dengan jayanya.


Bangi, Putrajaya terputus bekalan elektrik

BANGI, 1 Mac - Satu kebakaran berlaku di substesen Pencawang Masuk Utama (PMU) TNB di Seksyen 15 semalam berhampiran Kilang Nippo-Denso dan Balai Polis Bandar Baru Bangi. 

Sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberitahu, kebakaran tersebut akibat transformer 132kV/33kV yang tiba-tiba meletup lalu mencetuskan kebakaran yang mengakibatkan kira-kira 10,000 penduduk Bandar Baru Bangi dan Putrajaya terpaksa bergelap hampir dua jam.

PENCAWANG Tenaga Nasional Berhad di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi yang terbakar dan meletup menjadi punca beberapa kawasan di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi terputus bekalan elektrik malam tadi

Thursday, March 1, 2012

Makluman perubahan Hari UNGU 01 Mac '12

Dimaklumkan Hari UNGU yang dijadualkan berlangsung pada petang ini HANYA dibenarkan menggunakan kenderaan bermotor seperti motosikal dan kereta.

Bagaimanapun jadual asal aktiviti Hari UNGU pada petang ini (1 Mac 2012) bakal berjalan seperti dijadualkan. Rakan-rakan dijemput hadir bagi memeriahkannya pada;

TEMPAT : Stadium UKM
MASA : 5.30-7.00 petang

Segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum.

Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !