Walaupun tahun 2012 sudah memasuki bulan ketiga, namun tanda bagi institusi pengajian tinggi awam mengadakan pilihan raya kampus masih belum jelas.
Malah beberapa pemimpin mahasiswa universiti di Lembah Kelang tertanya-tanya bilakah pilihan raya di kampus mereka akan berlangsung berbanding kebiasaannya yang diadakan pada bulan Januari atau Februari sebelum ini.
Tinjauan Malaysiakini mendapati dua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) - Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) - telah dibubarkan bulan lalu.
Kini badan itu ditadbir oleh badan sementara yang terdiri daripada mahasiswa yang dilantik oleh pentadbiran universiti berkenaan.
Bekas setiausaha MPMUM Hawari Zakaria berkata beliau menghubungi Timbalan Naib Canselor HEP UM Prof Rohana Yusof yang memberitahunya pilihan raya kampus itu bakal berlangsung September depan.
"Beliau memberitahu saya, pilihanraya kampus pada September ini kerana mahu menunggu AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) selesai dibahaskan di parlimen," kata Hawari ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Bagaimanapun, Hawari mempersoalkan bahawa pembentukan majlis perwakilan mahasiswa tidak melibatkan dengan pindaan AUKU
"Pindaan AUKU melibatkan kebenaran mahasiswa berpolitik, tidak melibatkan pembentukan MPP. Kenapa kami perlu tunggu selama enam bulan. Ia tidak terlibat dengan (pindaan) AUKU," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya dan pro-Mahasiswa UM akan bertemu dengan Rohana pagi ini untuk berbincang beberapa perkara berbangkit termasuk pemilihan calon 'badan sementara serta kesan penangguhan pilihan raya kampus sehingga selama enam bulan.
Berdasarkan pengumuman di laman sosial Facebook HEP UM, pihak pengurusan kampus akan melantik pelajar daripada pelbagai fakulti sebagai 'Executive Caretaker' bagi menguruskan hal ehwal berkaitan kebajikan pelajar sepanjang tempoh ketiadaan MPPUM.
Menurutnya, anggota badan itu yang akan menjalankan tugas harian berkaitan dengan urusan yang diarahkan oleh pihak berkuasa Universiti, akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Muhammad Hazim Mohd Noh berkata hasil pertemuannya dengan Timbalan Naib Canselor UPM Prof Fauzi Ramlan mendapati pilihan raya kampus ditangguhkan dan dijangka berlangsung pada September.
Hazim berkata , beliau difahamkan Naib Canselor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi "ok" dengan tarikh tersebut tetapi keputusan rasmi masih belum dibuat.
"Kita (juga) nak buat (pilihan raya kampus) serentak dengan kampus di Bintulu. Dalam bulan September, kedua-dua kampus (KL dan Sarawak) sama-sama masuk (belajar)," katanya.
Muhammad Hazim berkata pertemuan itu berlangsung dua minggu lalu dan setakat semalam tiada maklumat terbaru dari tokoh akademik itu berhubung perkara tersebut.
Manakala MPP di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula masih belum dibubarkan, ia akan ditentukan dalam perbincangan wakil pelajar dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Othman A.Karim dalam masa terdekat.
Pengerusi badan pro-mahasiswa di UKM, saudara Ahmad Firdaus Azam berkata beliau juga mendengar ura-ura pilihan raya kampusnya akan berlangsung pada September depan dan ianya akan diketahui dalam pertemuan wakil pelajar dengan Othman.
Sementara itu, Pro-Mahasiswa UM akan mengadakan sidang media pada hari ini untuk menjelaskan keadaan terbaru kampus UM dan tarikh pilihanraya kampus ditunda lagi ke semester hadapan.
UM telah mencadangkan sistem undi mengikut zon bagi pilihanraya kampus yang akan datang ini dan merupakan satu-satunya universiti yang memperkenalkan sistem tersebut.

0 comments:
Post a Comment