Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, March 16, 2012

Pilihanraya Kampus :GMUKM Serah Memorandum Kepada SUHAKAM

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Satu memorandum mengenai beberapa tuntutan terhadap perjalanan Pilihanraya Kampus di UKM  telah diserahkan oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).


Delegasi yang diketuai Ahmad Firdaus Bin Ahmad Azzam selaku Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) itu turut disertai Presiden Persatuan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi , Mohd Fariq Fitri (Ahli Majlis Tertinggi GMUKM) dan Edwin Ong selaku Penasihat Undang-Undang GMUKM.

Ahmad Firdaus melalui kenyataannya menyebut walaupun pilihanraya kampus mungkin akan dilewatkan ke bulan September berharap agar Naib Canselor UKM melakukan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya kampus (PRK) bagi memberikan satu signifikan yang besar terhadap aspek ketelusan dan juga penyemaian benih demokrasi di kampus ini.

Memorandum yang memperincikan mengenai kronologi kes dan rekod penyelewengan yang berlaku pada perjalanan pilihanraya kampus semester yang lepas turut berserta tuntutan dan alternatif cadangan di peringkat mahasiswa.

GMUKM melihat tuntutan yang dikemukakan merupakan isyarat yang jelas bahawa partisipasi GMUKM selaku badan kepimpinan mahasiswa bukan sahaja dalam memberikan kritikan kepada sistem dan proses pemilihan bahkan melibatkan cadangan dan alternatif penambahbaikan.


Antara tuntutan yang dibuat ialah  mewujudkan satu Jawatankuasa Pemantau Pilihan raya yang terdiri daripada pihak yang tidak berkepentingan seperti MAFREL dan SUHAKAM, mewujudkan Malam Manifesto Calon (MMC) sebagai medium kempen besar-besaran kepada semua calon yang bertanding, proses pembuangan undi ditukar di fakulti, proses pembuangan undi dikekalkan dengan pengundian secara manual dan penerangan awal sistem dan perjalanan pilihanraya kampus kepada mahasiswa.

Hasil pertemuan tersebut, pihak SUHAKAM memberi respon positif dan turut berjanji akan mengeluarkan surat maklumbalas dalam kadar segera sebagai perhatian penuh terhadap perkara yang dibangkitkan.

GMUKM optimis dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan terhadap sistem perjalanan pilihanraya  memandangkan tuntutan yang dibuat adalah berlandaskan undang-undang dan juga keadilan sejati (natural justice).

BER-GM LEBIH BAIK!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !