Semalam, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai satu pertubuhan yang sah
sekaligus membatalkan pengisytiharan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri pada
1 Julai tahun lepas bahawa BERSIH adalah satu pertubuhan yang haram.
GMUKM menerima
keputusan mahkamah ini dengan penuh rasa bersyukur dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa
BERSIH kerana mampu dan berjaya membuktikan bahawa BERSIH sebagai satu entiti
yang sah.
Walaubagaimanapun,
GMUKM yakin bahawa rakyat Malaysia masih belum melupakan tragedi ngeri dan
kezaliman yang berlaku pada BERSIH 2.0 yang lepas. Pasti mereka belum mampu
melupakan saat-saat dibedil dengan gas pemedih mata dan bom asap, dibelasah dan
disepak oleh pihak polis serta operasi penahanan peserta BERSIH secara
besar-besaran dalam BERSIH 2.0 yang lepas.
GMUKM berharap dengan keputusan ini mampu memberikan khabar gembira kepada para peserta BERSIH
dan ianya juga mampu memberikan makna yang cukup besar kepada penat lelah dan pengorbanan
mereka selama ini.
“Kita
menerima keputusan ini dengan gembira dan menganggap keputusan ini sebagai
salah satu kejayaan BERSIH dan seluruh rakyat yang dambakan sistem pilihanraya
yang bersih dan adil,”kata Pengerusi GMUKM, saudara Ahmad Shukran bin
Shaharuddin.
Pendirian
GMUKM
GMUKM
berdiri atas kapasiti perjuangan mahasiswa dan anak muda yang rindukan kebenaran dan keadilan tertegak. GMUKM sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada
jawatankuasa BERSIH dan seluruh peserta BERSIH atas keputusan ini. Hal ini
merupakan satu kejayaan awal kepada sang pencinta keadilan.
Walaubagaimanapun,
GMUKM tetap bertegas dengan pendirian dan menuntut agar 8 tuntutan BERSIH dilaksana
dan dilunas oleh pihak kerajaan dan pihak SPR. Yang pasti berita gembira
keputusan semalam telah membangkitkan semangat para pendokong dan penyokong
BERSIH untuk teruskan perjuangan untuk memastikan 8 tuntutan BERSIH
dilaksanakan semoga sistem pilihanraya dalam negara kita berlaku dalam keadaan
bersih dan adil.
SYABAS
BERSIH!!!!
0 comments:
Post a Comment