Landskap Politik Kampus kini telah digemparkan dengan pengumuman
tarikh Pilihanraya Kampus. Akhirnya teka-teki tarikh pilihanraya kampus (PRK)
terjawab setelah sekian lama menyepi. Baru-baru ini, Universiti Sains Islam
Malaysia telah mengumumkan tarikh pilihanraya kampus iaitu pada 27 September
2012. Tarikh ini telah memberi gambaran bahawa Pilihanraya Kampus semakin
dekat.
Apa yang menjadi kerunsingan kami di pihak Gabungan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) adalah kenapa teka-teki tarikh PRK di
UKM masih tidak terjawab. Mahasiswa mahasiswi UKM sudah letih dan
tertanya-tanya bilakah PRK bakal dilakukan. Mahasiswa UKM juga memerlukan
pemimpin dari PMUKM untuk menjaga kebajikan mahasiswa.
Jadi, kami di pihak GMUKM menuntut supaya pihak pentadbiran UKM
khususnya Naib Canselor Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah dan
Timbalan Naib Canselor Prof Ir. Dr. Othman Karim supaya mengumumkan tarikh
Pilihanraya Kampus secepat mungkin.
Barangkali pentadbiran UKM sudah jelas mengenai isu Ops 2020 yang
didedahkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional. Dengan ini, GMUKM dapat merasakan
pentadbiran mengambil jalan selamat dengan tetap menyembunyikan tarikh sebenar
proses pemilihan ini. Ops 2020 ini adalah taktik yang dirancang oleh entiti
politik luar yang bertujuan menjatuhkan gerakan mahasiswa di 20 kampus
terpilih.
Kami
juga berharap supaya pihak pentadbiran tidak bermain tarik tali tentang tarikh
dan sistem Pilihanraya Kampus. GMUKM mewakili mahasiswa sedia menghantar wakil
bagi membincangkan tentang Pilihanraya Kampus bersama dengan pihak pentadbiran
sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran.
Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment