Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 10, 2012

KADS1M : Taktik Licik Kerajaan Kambus Isu PTPTN


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)

Sungguh bijak tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memperkenalkan kad siswa 1 Malaysia buat mahasiswa baru-baru ini. Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan syabas dan tahniah di atas tindakan  serta keprihatinan yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Berdasarkan sumber daripada blog pengguna 1 Malaysia, berikut adalah perincian mengenai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. 

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Kad diskaun siswa 1Malaysia (KADS1M) ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Objektif yang utama adalah dengan mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


GMUKM melihat pelancaran KADS1M ini merupakan satu muslihat yang digunakan oleh kerajaan BN bagi mengambus isu yang lebih besar iaitu PTPTN yang dibawa oleh Pro Mahasiswa beberapa bulan yang lepas. Mansuh PTPTN yang dilaungkan oleh aktivis mahasiswa ini dibalas dengan 'gula-gula' Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.


Masyarakat terutama kelompok mahasiswa sewajibnya sedar akan permainan politik yang cuba dimainkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka secara senyap menutup “Isu Utama” dengan menawarkan gula-gula untuk menawan hati mahasiswa. Isu PTPTN yang diketengahkan oleh Pro-Mahasiswa dilihat sebagai ancaman besar kepada kerajaan BN.

Ancaman yang dilihat sebagai batu nisan yang bakal menghiasi kubur pati politik mereka, namun cuba dicantas dengan sandiwara politik terbaru mereka dengan penawaran KADS1M. Usaha jijik BN ini bertujuan mengaburkan mata mahasiswa terhadap isu PTPTN yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk diselesaikan.

Jika benar kerajaan BN prihatin terhadap mahasiswa, jalan terbaik adalah dengan memansuhkan PTPTN. Tiada gunanya jika bantuan diberikan tetapi hutang tetap perlu dibayar. Jangan ingat dengan KADS1M ini dapat menutup luka lama dek PTPTN yang tidak mampu terubat kecuali dengan pemansuhan PTPTN.

.


Sekali lagi kami GMUKM tetap dengan pendirian kami iaitu jika Kerajaan BN prihatin terhadap Mahasiswa, jalannya adalah Mansuh PTPTN.


GMUKM tidak pernah bersekongkol dengan kebatilan. Perjuangan kami cukup jelas iaitu prihatin terhadap hak mahasiswa. Pihak yang benar dikatakan benar, pihak yang zalim dikatakan zalim. Usah bersandiwara meskipun pahit untuk ditelan hakikatnya.

GMUKM menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa untuk menilai secara terperinci setiap agenda yang dibawa oleh kerajaan BN ini. Jangan mudah terpedaya dengan taktik politik lama dan jijik yang cuba dibawa. GMUKM sudah muak dan bosan dengan budaya politik tidak matang  dalam kalangan mereka khususnya dalam menutup kelemahan mereka. Kita tuntut tindakan segera dari kerajaan berkaitan isu PTPTN. Jika kerajaan masih bermain tarik tali dengan mahasiswa, GMUKM seru mahasiswa guling kerajaan pada PRU-13 ini.  

"TERIMA KASIH KADS1M, JANGAN LUPA ISU PTPTN"

Ber-GM Lebih Baik!

4 comments:

Anonymous said...

Hmm...x abis2 lg ke pasal isu ptptn? nk mansuh ptptn jalannya mudah je.

blajar bersungguh2, berdoa & dan bertawakal. Inshallah, skor 1st class.

Hendak seribu daya x nak seribu dalih. :-)

Saudara Mu said...

ini boleh menjadi satu fitnah kpd kerajaan...pdahal kerajaan mlakukan suatu usaha murni utk mmbantu mahasiswa, adakah dgn mansuh ptptn masalah akan selesai..?
wahai penulis blog dan seluruh penyokong gmukm, pemikiran anda terlalu kolot dan jumud sehingga semua benda postif yang dilakukan kerajaan disalah ertikan...aku memang xsuka kerajaan, tapi aku lg xsuka cara kalian yang gemar berburuk sangka, manakah nilai positif kalian??

hanisa zulkafly said...

Pemikiran cetek.. Tak pernah rasa bersyukur.. Bagus!!! Gula-gula la sangat.. Patutnye bersyukur sebab lepasni kau tak bebankan mak bapak kau sangat..

nurdihaDiha said...

Kalau rasa ptptn tu permainan politik kerajaan and kads1m tu gula gula, takpayah ambil. Takpayah triggered sgat. Yg ambil pun sbb tak mampu.

# ni set2 yang akan beratur jugak ambil kads1m dekat bank rakyat kelak

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !