Gabungan
Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini dengan tegas menyatakan pendirian bahawa kami secara menyeluruh
menolak dan mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) yang masih menahan 45 orang tahanan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) yang jelas menafikan hak asasi mereka sebagai orang yang
dituduh untuk mendapat pembelaan dan ruang perbicaraan yang adil. Malah laporan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang mendedahkan tentang perilaku
biadap penjara dan layanan polis terhadap tahanan yang begitu kejam yang
dipandang sepi oleh pihak yang bertanggungjawab adalah begitu membimbangkan
kami di peringkat mahasiswa UKM.
Sebelum
ini tahanan ISA telah melancarkan mogok lapar bagi membantah tindakan
keterlaluan dan penafian hak untuk dibicarakan oleh pihak KDN. Namun suatu yang
begitu mengecewakan kami ialah respon balas dari Menteri KDN, Datuk Hishamuddin
Tun Hussien yang menjadikan isu tahanan ISA dan mogok lapar ini sebagai bahan
jenaka dalam laman twitter milik beliau. Kami berpendirian tindakan ini sangat
biadap dan menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh menteri tersebut
terhadap para tahanan dan seluruh rakyat Malaysia.
Kami
turut menggesa agar menteri KDN mengeluarkan arahan bagi membebaskan dengan
segera para tahanan dan memberikan keadilan yang sewajarnya kepada mereka.
Beliau wajib sedar tentang tanggungjawab beliau selaku Menteri KDN terhadap
tahanan dan menghormati Perlembagaan Persekutuan yang telah memansuhkan ISA.
Tindakan
Menteri KDN Serlah Kelemahan Pentadbiran Najib
Pada
hemat kami, suasana ini jelas memperlihatkan Najib yang tidak berdaya untuk
memimpin secara effektif apabila membiarkan Menteri KDN menggunakan ISA
sewenangnya walaupun telah digazetkan di Parlimen bahawa akta tersebut sudah
dihapuskan. Hal ini sangat membimbangkan apabila kami melihat tindakan Menteri
KDN ini hanya akan memusnahkan iltizam dan semangat transformasi yang sedang
diusahakan sedaya upaya oleh Najib. Kami yakin kegagalan Dato’ Seri Najib untuk
berbuat sesuatu terhadap isu ini akan menyebabkan rakyat terutama golongan
mahasiswa akan hilang percaya pada kepimpinan kerajaan sekarang.
Tuntutan
GMUKM
GMUKM menuntut Perdana menteri
segera memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya
kepada bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga yang telah dizalimi. GMUKM menyifatkan
tindakan pemansuhan ISA hanya sekadar retorika kosong kerajaan untuk
mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional yang semakin pudar.
GMUKM menuntut kerajaan
membebaskan semua baki tahanan ISA dengan segera atau mereka diberi hak untuk
dibicara di mahkamah. Menteri dalam negeri perlu menggunakan kuasa yang
diperuntukkan di bawah Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan untuk membatalkan
perintah tahanan sekaligus membebaskan semua tahanan ISA. Jangan ulang usaha anda untuk memperbodohkan
rakyat Malaysia.
Kami
sekali lagi mengulangi bahawa kami mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya
segala tindakan zalim yang dikenakan terhadap tahanan ISA dan menggesa agar
pihak KDN tidak lepas tangan dalam menangani krisis hak dan keadilan ini.
Ber-GM Lebih Baik!
2 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=PSem670mlCw&feature=player_embedded
~Zaman Peralihan - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
~Perhimpunan Agung UMNO - Pemuda Dan Puteri UMNO Menyalak Macam Anjing Gila ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
~Semua Rakyat Malaysia Belum Tahu - Pemimpin2 UMNO Terengganu Terbodoh Sejak Merdeka ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'
Post a Comment