Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, June 30, 2011

Pelajar IPT Malaysia Hampas ?



Ramai melenting apabila pelajar IPT yang belajar di dalam negara dikatakan sebagai kurang berkualiti atau hampas oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang.

Perkara tersebut yang ditegaskan oleh Naib Canselor UTM tersebut pada awal bulan lalu di dalam satu rancangan bual bicara di televisyen bahawa berpunca daripada langkah Kerajaan menghantar pelajar cemerlang ke luar negara menyebabkan universiti tempatan kini menjadi tempat lambakan mahasiswa yang kurang berkualiti.

Banyak pihak menafikan kenyataan ini termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyatakan setiap pelajar diiktiraf kerana mereka mempunyai idealisme dan corak perjuangan tersendiri.

Apa pun pandangan yang diberikan oleh pelbagai pihak, pelajar IPT di Malaysia tidak perlu melatah, malahan kenyataan ini perlu dilihat dari sudut positif dan dijadikan cabaran untuk bersaing dengan penuntut universiti luar negara.

Wednesday, June 29, 2011

Rencana Sempena Isra' & Mikraj : Solat Dari Sisi Pandang Sains

"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (maksud ayat 1 s.al-Isra')

Hasil dari Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w. yang terbesar sekali ialah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t.menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainnya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. ini menunjukkan keistimewaan solat.

Dalam menghayati hari Isra Ma'raj ini, ayuh sama-sama kita menghayati serta mengambil sedikit ilmu sains dari setiap pergerakan solat seharian bagi umat islam. Bagi bukan beragama islam, pasti ilmu ini sedikit sebanyak dapat di kongsikan dalam kita menghubungkan ilmu sains dalam kehidupan seharian..

Solat Dari Sudut Sains


kredit : http://perkim.net.my

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk 'Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat' ,Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

Tuesday, June 28, 2011

Rencana : IPTA Malaysia hilang arah

Artikel berikut telah disalin daripada sumber berikut


Dunia pendidikan di peringkat IPT di Malaysia sudah terperangkap dengan permainan “politik perniagaan” yang didominasi oleh Barat.

Sebagai sebuah negara yang pernah kena jajah beberapa kali (oleh Belanda, Portugis, Inggeris, Jepun, dan Inggeris semula), psikologi orang Melayu khususnya sentiasa merasakan apa yang datang dari Barat adalah BAIK dan BETUL dari apa yang ada di negara sendiri walaupun negara sudah merdeka dari penjajah hampir 60 tahun.

Para ilmuan Malaysia juga masih belum dapat lari dari sindrom “colonized mind and attitude”. Menteri Pengajian Tinggi yang cuba membawa gelombang KPI bertanggungjawab membawa balik rakyat Malaysia khususnya para pensyarah di universiti MENYEMBAH DUNIA BARAT dengan mengikut apa sahaja yang dikemukakan oleh BARAT.

Monday, June 27, 2011

Rencana : Elak hubungan pensyarah, pelajar kerana maksud tersembunyi

FUNGSI pensyarah bukanlah hanya seorang guru yang menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga menjadi sarjana yang memberi rangsangan kepada mahasiswa untuk membuka alam pemikiran dan kreativiti mereka.

Mereka berperanan mendorong mahasiswanya supaya ingin tahu sesuatu yang dipelajari agar mereka lebih bersaing untuk menjadi seorang yang intelektual dan terpelajar.

Di sini, hubungan antara pensyarah dan mahasiswa penting bagi memastikan kewibawaan universiti sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dapat dikembang dan direalisasikan dengan baik.

Namun, dalam sesetengah keadaan, ada juga segelintir mahasiswa yang cuba meraih kejayaan mudah dengan merencana agenda tersembunyi di sebalik hubungan baik yang terjalin dengan pensyarah.

Sunday, June 26, 2011

Sekretariat Pesta Konvokesyen Mengorak Langkah

Pesta Konvokesyen yang diadakan saban tahun sekali lagi kembali pada tahun ini sempena Majlis Konvokesyen Mahasiswa UKM pada 24 - 27 September 2011. Bertemakan 'Apresiasi Melestari Kecemerlangan' untuk sambutan Pesta Konvokesyen pada kali ini, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Kali ke-39 pada tahun ini yang telah berjaya memulakan kerja-kerja persiapan Pesta Konvokesyen sedari awal bulan Mei lalu.

Merujuk kepada kenyataan sulung daripada Ketua Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 pada kali ini, beliau telah menghuraikan tema sambutan Pesta Konvokesyen pada kali ini kepada, "Mahasiswa yang hebat dan cemerlang bukan sahaja lahir daripada bilik-bilik atau dewan-dewan kuliah semata-mata, bahkan mereka juga lahir daripada lapangan kemasyarakatan. Segala ilmu yang diperolehi di dalam kampus haruslah diintergrasikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan pimpinan yang fleksibel dan kompeten untuk kehidupan sejagat."

Friday, June 24, 2011

Dari Meja Ketua Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen UKM Kali Ke-39

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk mengepalai program kelas pertama kampus. Pesta konvokesyen adalah agenda tahunan universiti yang merupakan tanda penghargaan dan bagi meraikan kejayaan para graduan yang akan menerima segulung ijazah pada 24 September - 27 September 2011.

Tahniah kepada para graduan diatas kejayaan mereka setelah mengharungi dunia pembelajaran dengan penuh daya usaha, kegigihan dan kesabaran sehingga mereka berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup. Majlis ini merupakan titik permulaan bagi mereka menaburkan bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Wednesday, June 22, 2011

Anak Muda Sayang Malaysia - Medium terkini suara anak muda

Anak Muda Sayang Malaysia - antara blog yang terkini dibina oleh sekumpulan anak muda yang sayang akan negara Malaysia. Blog tersebut, menurut pengendalinya antara lain merupakan salah satu kaedah kempen “Anak Muda Sayang Malaysia" yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan anak muda dan juga kebolehan anak muda dalam mencorak masa depan Malaysia.

Pengendali laman blog tersebut, Mohd Yusof Hadhari, seorang mahasiswa dari UTM KL menyatakan bahawa “Anak Muda Sayang Malaysia” merupakan jenama yang hendak dibawa sebagai suara anak muda yang sayang akan negara di samping mempromosikan kepada dalam pelbagai bentuk inisiatif termasuk program-program belia yang telah dirancangkan.

Tuesday, June 21, 2011

PROJEK LYNAS: Satu Kebingungan


Dua tiga bulan kebelakangan ini , seringkali di dada akhbar memaparkan penentangan terhadap satu projek kerajaan Malaysia yang bertempat di Gebeng yang merupakan sebuha bandar di Kuantan Pahang, dinamakan Projek Lynas.

Projek Lynas ialah projek yang diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, memproses nadir bumi atau juga dikenali sebagai Projek penggalian dan perlombongan Radioaktif. Keluasan Lynas ialah seluas 140 buah padang bola dan kerajaan akan memberi pelepasan cukai selama 12 tahun untuk projek ini. Kilang ini bernilai 700 juta dan dijangka akan memperolehi hasil sebanyak RM8 Billion setahun hasil daripada pemprosesan nadir bumi ini. Pihak yang bertanggungjawab untuk menilai dan mengeluarkan lesen bagi syarikat ini adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Buat masa ini, AELB mendakwa Lynas hanya mendapat lesen pembinaan dan masih belum mendapat lesen beroperasi.

Sunday, June 19, 2011

Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia

Pada 19 hb Jun yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Yayasan Selangor (YS) dengan kerjasama Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) telah mengadakan Himpunan Mahasiswa Selangor dan Pelancaran Bakti Siswa Perdana Negeri Selangor 2011 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Konvesnyen Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang.

Himpunan tersebut dimulakan dengan ucapan dari Ketua-ketua Delegasi Mahasiswa Selangor iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI), Kelab Rakan Siswa Islam Malaysia ( KARISMA), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Seterusnya diadakan Pra-Dialog Mahasiswa Selangor yang bertajuk “Menyingkap Tabir Kebangkitan” bersama YBhg Datuk Idris Jauzi, Mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia ,Encik Muzakkir Mohd Noor, Naib Presiden PEPIAS sebagai Moderator. Tidak lupa juga penyampaian Puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan juga M.S Effendi sewaktu sarapan pagi.

Saturday, June 18, 2011

Ada Apa Dengan #OpMalaysia ?


Isu penggodam atau dalam bahasa berprofil tinggi dikenali sebagai 'hacker' bukan perkara baru. Kehadirannya berkembang seiring kemajuan dunia internet. Penggodam sentiasa ada – sama ada kita sedar dan memberi perhatian padanya atau tidak.

Terbaru serangan siber ini juga turut menyerang sebilangan laman web dan melibatkan portal beberapa agensi milik kerajaan termasuk laman web UKM pada hari Khamis yang lalu setelah sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka 'Anonymous' yang telah memberi amaran awal untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah sebuah operasi yang diberi nama “Operation Malaysia”.

Friday, June 17, 2011

MAMPU : Selamat Hari Bapa

Bulan Jun ni sememangnya meriah dan penuh dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik. Kalau dalam bulan Mei yang lepas sudah diadakan sambutan Hari Ibu, dalam bulan Jun pula diadakan sambutan Hari Bapa atau ‘Fathers Day’. Tarikh sebenar sambutan hari tersebut juga berbeza-beza mengikut negara berdasarkan persepsi masing-masing. Di Malaysia kita tarikh sambutan Hari Bapa ditetapkan pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun. Maknanya bagi tahun 2011 ini tarikh sambutan hari bapa adalah pada 19 Jun 2011.

Laman Wikipedia menjelaskan sejarah sambutan ‘Father’s Day’ secara moden mula dilaksanakan pada July 5, 1908 di Fairmont, West Virginia. Sebab sambutan pun boleh dirujuk di laman tersebut. Bagaimana pula dengan hukum umat islam meraikan Hari Bapa ini? sama dengan isu hukum sambutan Hari Ibu yang pernah dibincangkan sebelum ini, maka selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat dan peraturan Islam, ianya boleh diraikan dengan cara yang munabah.

Islam mengikhtiraf bapa sebagai ketua sebuah keluarga. Bapa bertanggungjawab menjaga seluruh ahli keluarganya daripada bahaya, kecelakaan, kesusahan dan kesulitan. Tanggungjawab bapa bukan hanya menyediakan tempat tinggal dan mencari rezeki. Bahkan mereka perlu memastikan segala rezeki yang diperolehi bukan daripada sumber yang syubhah apatah lagi yang haram.

Thursday, June 16, 2011

UKM lecturer lodges police report against Suara Keadilan - BERNAMA

PUTRAJAYA: A Universiti Kebangsaan Malaysia lecturer has lodged a report at the district police headquarters today, claiming Suara Keadilan newspaper had twisted his statement in its June 7 publication.

Assoc Prof Dr Samsul Adabi Mamat said he wanted to clear his name as he did not make the statement as reported by the official organ of Parti Keadilan Rakyat (PKR).

He was referring to a report on page two of the newspaper, headlined "Kerajaan Perpaduan Berkubur" (Unity government is dead) – Prof Samsul Adabi" and its front-page report titled "Umno Putih Mata" (Umno is disappointed).

Samsul Adabi said, commenting on the recent PAS election, he concluded that the party had been dominated by PKR in terms of its new line-up and this spelt the end of the Umno-proposed unity government.

Asked what he actually said on Barisan Nasional (BN), he said he believed BN could still win big and comfortably in the coming general election even without PAS’ support for the unity government.

Daulatkan syariat Islam - MPM GMUKM

SEPANJANG minggu ini telah disifatkan GMUKM sebagai minggu yang menghina agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyedari perkara yang pada awalnya bermotifkan kepentingan politik kini telah mengheret syariat Islam sedikit demi sedikit. Klimaksnya, tanpa sebarang motif yang jelas, tiba-tiba Utusan Malaysia didapati telah menyiarkan sebuah kartun yang jelas menghina syariat berkenaan saksi perbicaraan dalam Islam.

Jelas sekali mesej yang cuba disampaikan akhbar tersebut bahawa betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat-syarat untuk membawa empat orang saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol.

Tuesday, June 14, 2011

Mengapa wanita Malaysia terus jadi 'keldai dadah' antarabangsa? - MPM Musliamh



Kes penyeludupan dadah melibatkan wanita telah menjadi satu masalah rentas sempadan yang mendapat perhatian antarabangsa. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar mangsa mudah terpedaya dengan janji dan tawaran wang yang lumayan dengan bekerja di luar negara oleh agen yang tidak dikenali tanpa mengetahui mereka telah menjadi ‘keldai dadah’. Sindiket dadah antarabangsa merupakan masalah yang menggugat keselamatan insan sejak dari dahulu lagi apabila melibatkan penganiayaan ke atas rakyat sesebuah negara umumnya dan wanita khususnya.

Sifat mudah percaya dan kelabu mata dengan kemewahan dan cinta yang ditawarkan oleh lelaki asing menjadikan wanita pendek akal dan mengambil keputusan terburu-buru hingga memakan diri sendiri. Selain itu, kehidupan yang mendesak seperti ketiadaan pekerjaan menjadikan mereka memilih pekerjaan ini sebagai langkah keluar dari masalah hidup.

Monday, June 13, 2011

Kertas Kerja : PERANAN MAHASISWA, POLITIK DAN IDEALISME

Kebakaran di Dewan Tunku Canselor pada 29 Jun 2001 berserta dengan penangkapan dua orang pemimpin pelajar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menyebabkan seluruh negara hangat berbincang mengenai mahasiswa. Beberapa pemimpin kerajaan melaungkan amaran terhadap mahasiswa - tumpukan pelajaran dan jangan pedulikan politik. Sememangnya, pihak `establishment' kurang berminat akan pelajar yang terlibat dengan aktivisme. Ini kerana dengan pemerintahan pihak kerajaan takut akan golongan muda yang terdidik yang berani bersuara menentang corak pemerintahan yang mereka amalkan.

Sikap reaksionari ini sudah dari dahulu kala mengiringi pemerintah - pemerintah di dunia ini. Golongan mahasiswa mewakili golongan muda yang enlightened - berilmu kerana mendapat peluang pendidikan di menara gading, disamping memilikki darah muda yang berani, idealistik dan tidak dipengaruhi pelbagai kepentingan sebagaimana graduan yang telah lama meninggalkan universiti. Universiti diiktiraf sejagat sebagai pusat ilmu yang terunggul bagi mana - mana masyarakat. Universiti sama ada di Cordova dan Al-Azhar bagi masyarakat Islam, ataupun universiti-universiti di Oxford dan Bologna di Eropah menjadi simbol keunggulan ketamadunan bangsa di mana berdirinya universiti-universiti tersebut. Namun universiti menjadi simbol keunggulan ilmu dan ketamadunan sesuatu budaya bukanlah kerana menjadi tempat untuk mendapat segulung ijazah semata-mata -universiti mempunyai peranan yang jauh lebih besar. Setiap kali masyarakat memerlukan pimpinan yang berani menyuarakan kebenaran - ketika pihak lain gagal memainkan peranan tersebut secara efektif, mereka akan berpaling kepada golongan pelajar.

Sunday, June 12, 2011

Peranan Pendidikan Islam dalam Pembentukan Budaya Politik

Diposkan oleh Syamsul Kurniawan, Indonesia

Dalam tulisan ini, pertanyaan pokok yang ingin saya bahas adalah : adakah hubungan antara pendidikan Islam dengan politik, khususnya budaya politik?

Salah satu aspek penting dalam pendidikan Islam adalah aspek politik. Aspek ini mengandaikan hubungan antara masyarakat (sebagai peserta didik) dengan pemerintah, sistim pemerintah, hubungannya dengan negara, antar organisasi dan sebagainya. Atas dasar ini, antara pendidikan Islam dengan politik punya hubungan erat yang sulit untuk dipisahkan. Oleh sebab itu, politik pada hakikatnya adalah bagian daripada umat manusia yang ada di muka bumi ini. Keduanya tidak bisa dipisahkan dari keterpaduannya dengan berbagai aspek kehidupan. Bukan saja menyangkut kehidupan satu aspek umat manusia saja baik secara sadar maupun tidak sadar, tiap manusia melakukan tindakan politik serta berada dalam lingkungan yang disebut sistim politik.

Friday, June 10, 2011

AKSIS Sokong PMUKM Anjur Program Kepimpinan

Program 1 Malaysia Leadership Youth Training anjuran Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) bakal berlangsung pada 10-12 Mei 2011 ini bertempat di Excel Training & Country Resort melibatkan wakil-wakil dari JAKSA, persatuan anak negeri, persatuan mahasiswa fakulti dan pertubuhan pelajar UKM seluruhnya. Program ini dilihat dapat membina jalinan hubungan yang baik sesama pimpinan mahasiswa yang berperanan besar dalam membangun masyarakat kampus selari dengan hasrat universiti.

Bercakap soal kepimpinan, ia melibatkan pengurusan organisasi. Sesebuah organisasi dapat terbentuk kerana dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti penyatuan visi dan misi serta tujuannya ditubuhkan.  Organisasi yang dianggap baik adalah organisasi yang dapat diakui keprofesionalannya dalam melaksanakan gerak kerja berkumpulan kerana setiap organisasi merupakan unit sosial yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang akan saling bekerjasama dalam usaha untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Kefahaman yang mendalam berkaitan konsep organisasi juga sangat penting dalam melancarkan sesuatu gerak kerja pengurusan.

Mahasiswa pada hari ini sangat digalakkan untuk melibatkan diri dalam berorganisasi. Hal ini kerana dengan berorganisasi ia dapat  melahirkan keperibadian mahasiswa yang lebih efektif dan efisyen. Selain itu, apabila mahasiswa melibatkan diri dalam organisasi secara efektif, ianya dapat membantu dalam membentuk mahasiswa sebagai pemimpin yang memiliki keberanian, dapat mengendalikan diri, dan mampu berkomunikasi dengan baik. Nilai tambah inilah yang berharga yang tidak terdapat di bilik-bilik kuliah.

Kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa hendaklah sentiasa terkehadapan dalam memimpin sesuatu organisasi. Berorganisasi di alam kampus merupakan medan latihan sebelum turun ke lapangan masyarakat. Pengalaman yang diperolehi sedikit sebanyak akan dapat membantu menyesuaikan diri bersama masyarakat nanti.

Tahniah diucapkan kepada PMUKM kerana menganjurkan program ini dan diharapkan program ini akan berjalan lancar dan dapat membantu mahasiswa dalam memantapkan lagi pengurusan organisasi nanti.

Nurhidayu Rosli
Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) UKM

Tuesday, June 7, 2011

Mahasiswa bijak tolak politik murahan

Kebelakangan ini, Aspirasi melalui wakil MPP mereka bagaikan meracau dengan beberapa tuduhan yang agak liar dan bersifat provokatif tanpa mengambil iktibar dan teladan daripada sejarah-sejarah terdahulu. Gelagat mereka seolah dilihat seolah-olah 'gila talak' dan bagaikan tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka kini tidak lagi memegang PMUKM, justeru itu bertindak tanpa henti menjatuhkan moral MPP GMUKM sejak 22 Februari yang lalu.

Terdapat banyak penyelewengan maklumat yang cuba disebarkan oleh pihak Aspirasi dalam percubaan memanipulasi dan memutarbelit cerita di sebalik kisah yang berlaku. Nilai dan etika profesional kewartawanan yang benar, tepat, berinformasi, bertanggungjawab dan sebagainya juga diketepikan dan tidak lagi menjadi prinsip utama di dalam organisasi Aspirasi dalam melaporkan berita kepada masyarakat kampus.

Monday, June 6, 2011

PMUKM semakin rancak menyusun rentak..

Debarannya kian terasa. Setelah hampir 2 bulan merangka kertas kerja dan menyusun strategi, akhirnya, satu program yang dirasakan penting kepada seluruh persatuan yang bernaung di bawah persatuan induk PMUKM akhirnya bakal direalisasikan.

Bertemakan slogan "Kepimpinan Bersepadu, Organisasi Bermutu", program ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak input mengenai pengurusan organisasi yang terancang di samping memecahkan jurang antara PMUKM dengan persatuan-persatuan yang ditubuhkan di UKM bertepatan dengan misi yang dibawa oleh PMUKM sesi kali ini iaitu untuk bersama mahasiswa dalam merealisasi varsiti.

Program mega yang bakal mempertemukan ahli-ahli Majlis Tertinggi setiap persatuan di UKM ini dilihat sebagai satu usaha yang baik memandangkan agak sukar untuk mengumpulkan dan melihat setiap persatuan ini duduk semeja dan berkongsi pengalaman berorganisasi masing-masing. Program yang diberi nama 1 Malaysia Leadership & Youth Training ini akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 10 hingga 12 Jun 2011 bertempat di Excel Training and Resort Sdn Bhd milik seorang pakar motivasi terkenal iaitu Dato' Dr Fadzilah Kamsah.

Sunday, June 5, 2011

Mahasiswa lemah penguasaan komunikasi, pemikiran kritis - Datuk Saifuddin

Datuk Saifuddin melancarkan Persidangan Saintifik Tahunan Modul Kajian Khusus Ke-3 sambil diperhatikan Dr Raymond Ali (kiri) di Pusat Perubatan HUKM, Cheras, Kuala Lumpur.

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) belum berpuas hati terhadap pencapaian pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam dua aspek yang dinilai menerusi Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (Soft Skill Scale - My3s), iaitu penguasaan komunikasi serta pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Selain dua aspek berkenaan, My3s juga menilai lima kemahiran lain, iaitu kerja berpasukan; moral dan etika; kemahiran kepimpinan; pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta kemahiran keusahawanan.

Saturday, June 4, 2011

Manipulasi Media Dalam Kehidupan

Menyentuh serba sedikit tentang Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka berlaku tidak lama lagi, kedua-dua pihak sama ada parti kerajaan dan parti pembangkang sedang bermain tarik tali. Namun, bukan tali yang ditarik tetapi perhatian dan kepercayaan rakyat. Jika kita sedar, sekarang ini sedang berlaku perang media yang sangat dahsyat. Kedua-dua pihak memanipulasikan semaksimum mungkin saluran media yang ada dalam Malaysia ini untuk mewujudkan isu bagi memancing perhatian rakyat. Namun, pernahkah kita bertanyakan pada diri, inikah isu yang kita (rakyat) hendak dengar?

Friday, June 3, 2011

Artikel Pilihan : Penangguhan pencuri masa sebenar

Manusia yang efektif amat mementingkan pengurusan masa yang cekap. Ia merupakan satu rutin kepada mereka sehingga mereka boleh berfungsi dengan efektif walaupun berada dalam tekanan. Walaubagaimanapun, ramai orang yang tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan sebahagian besar puncanya adalah daripada sikap suka bertangguh. Sebahagian besar memiliki sikap suka bertangguh yang kronik sehingga tidak mampu mencapai segala impian dalam kehidupan walaupun mereka mampu untuk mencapainya.

Mahasiswa yang cemerlang ialah mahasiswa yang mampu menguruskan masa dengan baik. Setiap daripada kita merupakan pemimpin kepada diri sendiri. Jika kita tidak pandai menguruskan diri sendiri, bagaimana kita hendak menguruskan manusia lain? Walaupun setiap daripada kita pandai merancang, namun sedikit sahaja yang mampu berdisiplin dan mengikut perancangan. Ketahuilah, barangsiapa yang hanya membuat perancangan adalah orang yang bermimpi. Barangsiapa yang hanya bekerja adalah hamba pekerjaan. Tetapi siapa yang bekerja menurut perancangan itulah orang yang memperoleh kemenangan.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !