Bulan Jun ni sememangnya meriah dan penuh dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik. Kalau dalam bulan Mei yang lepas sudah diadakan sambutan Hari Ibu, dalam bulan Jun pula diadakan sambutan Hari Bapa atau ‘Fathers Day’. Tarikh sebenar sambutan hari tersebut juga berbeza-beza mengikut negara berdasarkan persepsi masing-masing. Di Malaysia kita tarikh sambutan Hari Bapa ditetapkan pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun. Maknanya bagi tahun 2011 ini tarikh sambutan hari bapa adalah pada 19 Jun 2011.
Laman Wikipedia menjelaskan sejarah sambutan ‘Father’s Day’ secara moden mula dilaksanakan pada July 5, 1908 di Fairmont, West Virginia. Sebab sambutan pun boleh dirujuk di laman tersebut. Bagaimana pula dengan hukum umat islam meraikan Hari Bapa ini? sama dengan isu hukum sambutan Hari Ibu yang pernah dibincangkan sebelum ini, maka selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat dan peraturan Islam, ianya boleh diraikan dengan cara yang munabah.
Islam mengikhtiraf bapa sebagai ketua sebuah keluarga. Bapa bertanggungjawab menjaga seluruh ahli keluarganya daripada bahaya, kecelakaan, kesusahan dan kesulitan. Tanggungjawab bapa bukan hanya menyediakan tempat tinggal dan mencari rezeki. Bahkan mereka perlu memastikan segala rezeki yang diperolehi bukan daripada sumber yang syubhah apatah lagi yang haram.
Seorang bapa perlu memastikan pendidikan akidah sebagai perkara utama yang sewajarnya diberi perhatian. Perkara ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam menceritakan kisah Luqmanul Hakim dan anaknya. Firman Allah s.w.t di dalam surah Luqman ayat 13:Bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu dia memberi pelajaran kepadanya: "Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Di dalam ayat seterusnya Luqman menasihati anaknya dengan keyakinan bahawa setiap amalan sama ada yang baik atau yang buruk pasti akan mendapat balasan dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t di dalam surah Luqman ayat 16:
Di dalam ayat seterusnya Luqman menasihati anaknya dengan keyakinan bahawa setiap amalan sama ada yang baik atau yang buruk pasti akan mendapat balasan dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t di dalam surah Luqman ayat 16:
Bermaksud: "Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau dilangit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui".
Seterusnya Luqman menasihati anaknya supaya menunaikan perintah Allah s.w.t dengan mendirikan solat, menyeru kepada yang makruf dan menjauhi perkara mungkar, sentiasa bersabar apabila berhadapan dengan ujian. Firman Allah di dalam surah Luqman ayat 17:
Seterusnya Luqman menasihati anaknya supaya menunaikan perintah Allah s.w.t dengan mendirikan solat, menyeru kepada yang makruf dan menjauhi perkara mungkar, sentiasa bersabar apabila berhadapan dengan ujian. Firman Allah di dalam surah Luqman ayat 17:
Bermaksud: "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan kebaikan dan cegahlah (mereka) dari perbuatan mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)".
Secara ringkasnya di antara peranan bapa mengikut perspektif Islam adalah:-
1. Bapa adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang paling kecil ini;
2. Seorang bapa berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kelurgaa, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya;
3. Bapa juga wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama; dan
4. Pentadbiran seorang bapa di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan sifat rahmah iatu kasihan belas, baik, adil, berakhlak dan contoh yang baik kerana dia bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya.
Secara keseluruhannya peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti seorang suami atau bapa. Oleh itu jadilah seorang bapa yang bijak, hebat dan cemerlang dengan mentaati perintah Allah s.w.t. Apabila bapa menjadi hamba yang soleh disisi Allah s.w.t pasti harta dan keturunannya memperolehi jaminan pemeliharaan daripada Allah s.w.t. Jadilah seorang bapa yang tegas dalam mendidik anak demi memastikan mereka mampu melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.
Selamat Hari Bapa
Membina Mahasiswa Penggerak Ummah
0 comments:
Post a Comment