Debarannya kian terasa. Setelah hampir 2 bulan merangka kertas kerja dan menyusun strategi, akhirnya, satu program yang dirasakan penting kepada seluruh persatuan yang bernaung di bawah persatuan induk PMUKM akhirnya bakal direalisasikan.
Bertemakan slogan "Kepimpinan Bersepadu, Organisasi Bermutu", program ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak input mengenai pengurusan organisasi yang terancang di samping memecahkan jurang antara PMUKM dengan persatuan-persatuan yang ditubuhkan di UKM bertepatan dengan misi yang dibawa oleh PMUKM sesi kali ini iaitu untuk bersama mahasiswa dalam merealisasi varsiti.
Program mega yang bakal mempertemukan ahli-ahli Majlis Tertinggi setiap persatuan di UKM ini dilihat sebagai satu usaha yang baik memandangkan agak sukar untuk mengumpulkan dan melihat setiap persatuan ini duduk semeja dan berkongsi pengalaman berorganisasi masing-masing. Program yang diberi nama 1 Malaysia Leadership & Youth Training ini akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 10 hingga 12 Jun 2011 bertempat di Excel Training and Resort Sdn Bhd milik seorang pakar motivasi terkenal iaitu Dato' Dr Fadzilah Kamsah.
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan menunjukkan impak yang positif khususnya dalam melahirkan mahasiswa/wi UKM yang serba boleh dan mampu untuk mentadbir sesebuah organisasi memandangkan dilihat bahawa kebanyakan graduan hasil produk keluaran UKM menjadi orang-orang besar dan kenamaan serta pemimpin negara.
Akhir kata, saya selaku salah seorang AJK program ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan PMUKM yang lain kerana bertungkus lumus dalam menjadikan program ini sebuah realiti terutamanya kepada Ketua Pengarah, Saudara Ikram Bin Darus serta beberapa AJK dibawahnya yang menjadi pemikir ke atas program besar kedua anjuran PMUKM sesi 2010/2011 ini.
Berikut adalah video dokumentasi program 1 Malaysia Leadership &Youth Training khas buat anda semua.
"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"
Disediakan oleh,
Noraini binti Jumahir
Exco Perpaduan & Masyarakat PMUKM
Emel : mpmnoraini@gmail.com
0 comments:
Post a Comment