Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, September 9, 2011

Di sebalik 'Slot Bersama PMUKM' disabotaj

Sebagaimana yang dijangka, walaupun hanya sekadar 15 minit peruntukan diberi berbanding tahun-tahun sebelumnya, Slot Bersama PMUKM pada petang tadi tetap cuba disabotaj.

Walaubagaimanapun usaha keji tersebut dilihat tidak menjejaskan objektif slot tersebut untuk memperkenalkan barisan kepimpinan PMUKM sesi ini.

Gambar Hiasan : Proses pendaftaran pada 7 September lalu

Bermula daripada perarakan masuk barisan kepimpinan PMUKM, dan seterusnya ucapan alu-aluan Presiden, LT M Ahmad Muzzammil nyata telah menarik perhatian mahasiswa baru daripada usaha-usaha provokasi PC-PC Kolej.

Jangkaan awal kita, ucapan alu-aluan Presiden akan diganggu terbukti benar apabila PC Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) memulakan terlebih dahulu sorakan 'cheers'.

Malangnya sorakan 'cheers' tersebut gagal disambut oleh mahasiswa baru KPZ sendiri menyebabkan sorakan semakin perlahan kerana mahasiswa lebih menumpukan tayangan video organisasi PMUKM. Ini menyebabkan terdapat segelintir PC Kolej yang marah-marah dan mula meninggikan suara menyebabkan mahasiswa-mahasiswi mula kurang senang dan rasa diperalatkan oleh PC-PC kolej.

" pc kte bukan2, pc disiplin mrh2.. 1st time nyanyi xkena trus kna sound..kalo 2nd time xpe gk nak sound..sy xske org jerit2..hee" (PC kata bukan-bukan, PC Disiplin marah-marah.. First time nyanyi 'tak kena terus kena sound..kalau second time 'tak apa juga nak sound (marah)..Saya 'tak suka orang jerit-jerit..)" Ulas sebuah SMS berkenaan situasi tegang pada petang tadi.

Kemuncak ketegangan insiden memalukan petang tadi apabila kesemua MPP GMUKM turun dari pentas dan mengedarkan kad raya PMUKM kepada mahasiswa-mahasiswi baru.

Tindakan spontan tersebut jelas menimbulkan ketegangan di kalangan PC-PC kolej kerana ada di kalangan mereka berpendapat kad-kad raya tersebut tidak perlu dikutip semula sesudah Timbalan Naib Canselor (HEPA) sudah memberikan keizinan secara lisan apabila dimohon sendiri Presiden Ahmad Muzzammil.

Namun tindakan seorang PC kolej yang berlagak hero yang merampas seikat kad raya daripada tangan seorang MPP jelas menjatuhkan imej dan maruah MPP tersebut.

Sebuah SMS daripada seorang mahasiswa baru yang prihatin telah mengesahkan peristiwa tersebut,"kmi lihat dgn mta kmi sndri, abg mpp tu kna rmpas kad ry. tk phm btol pc ni" (Kami lihat dengan mata kami sendiri, abang MPP tu kena rampas kad raya(oleh PC). Tak faham betul PC ni)

Ketegangan di antara MPP dan PC kolej walaubagaimanapun berjaya ditangani dengan baik apabila diredakan oleh saudara Presiden Ahmad Muzzammil.

GMUKM mengulangi sekali lagi peringatan akan tanggungjawab dan peranan Pemudah Cara (PC) untuk membantu mahasiswa sepanjang MMP ini, dan bukannya mengada-adakan atau menyulitkan aktiviti MMP ini.

GMUKM juga bekerjasama dengan MPP GMUKM dalam proses mendokumentasikan segala penafian hak dan ketidakadilan layanan terhadap PMUKM pada sesi kali ini. Justeru itu, sebagai peringatan kepada PC sama ada di kolej atau pusat agar menjalankan tugas sebaik-baiknya.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

3 comments:

shida said...

HAHAHAHHAHHHHAHAHAHAHHA......

ayu said...

konpem2 adik2 first year yg witness tindakan x profesional camni xkan sokong Aspirasi dah waktu PRK nnti...x faham sy...diorg ni xreti nk ambil hati bdk2 first year lgsung...@ memg PC2 ni memg mrancang nk buruk2kan imej Aspirasi?? bgus gak...

ayu aziz said...

hahahahahaaaaa~~

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !