Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 15, 2011

PMUKM sedia anjur program wacana

Saudara Mohd Abdullah bin Mohamaed Yusof yang juga merupakan MPP Kerusi Umum Tahun 3/4 merangkap Timbalan Presiden PMUKM ketika ditemui sejurus selepas DISRAMA berkata, di peringkat individu dirinya sendiri berasa amat kecewa dengan tindakan Kamal yang acap kali tidak hadir ke majlis seumpama itu.

" Sebagai pemimpin mahasiswa (dia) perlu hadir untuk mengutarakan wawasan dan gagasan Sekretariat yang beliau pengerusikan tersebut.

" Kita (GMUKM) tidak mahu dilihat sebagai pihak yang suka mencetuskan provokasi membuta-tuli. (Justeru) dengan penganjuran diskusi ini oleh KEMAS (Kesatuan Mahasiswa Sedar) perlu diambil peluang (dengan) bersungguh-sungguh.

" Di sinilah ruang untuk kita (pemimpin mahasiswa) bersama-sama mahasiswa, dekat dan selami permasalahan yang ada," ujar MPM Mohd Abdullah.

Untuk rekod sebelum ini saudara Kamal dilihat sengaja tidak hadir dalam siri-siri majlis seumpama ini walaupun sudah memberi jaminan secara lisan untuk hadir.

Ketika dihubungi oleh KEMAS pada petang tadi, beliau pada permulaannya sudah bersedia untuk hadir, tetapi mengubah fikiran di saat-saat akhir.

PMUKM juga, menurut MPM Mohd Abdullah secara umumnya bersedia bekerjasama dengan pihak KEMAS untuk menganjurkan siri-siri Diskusi Rabu Malam (DISRAMA) secara rasmi dengan mengundang pemimpin-pemimpin persatuan mahasiswa di UKM untuk bersama-sama mengeluarkan buah fikiran berdiskusi dan berwacana di pentas mahasiswa.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !