Biarpun kekurangan seorang panelis saudara Kamal bin Ali selaku Pengerusi Sekretariat Aspirasi, siri Diskusi Rabu Malam (DISRAMA) yang membawakan tajuk Wacana Mahasiswa Baru - Satu Harapan tetap diadakan dengan jayanya.
Bermula agak lambat daripada yang dijadualkan kerana menunggu kehadiran panelis pertama, DISRAMA ini kemudian dimulakan kurang lebih pukul 9.15 malam tadi dengan dipengerusikan oleh saudara Izzat Fathi Hisham.
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang komited dalam membawakan isu-isu mahasiswa telah diwakili saudara Mohd Abdullah untuk menyampai dan memberi penerangan berkenaan isu-isu yang berlegar sekitar kelompok mahasiswa.
Dua buah soalan daripada moderator dan beberapa soalan spontan daripada mahasiswa yang hadir telah diajukan kepada saudara Mohd Abdullah yang juga merupakan Timbalan Presiden PMUKM untuk diulas.
Diskusi berakhir menjelang pukul 10 malam.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti
0 comments:
Post a Comment