Belum pun sejuk soal murtad agama yang semakin melarat nafasnya di negara ini disusuri keadaan perang dingin antara agama minoriti dan majoriti, dengan keadaan gejala sosial seolah yang tidak ada denai penghujung, begitulah juga dengan suasana hiburan yang melampau sehingga melibatkan soal agama dipandang hina termasuklah filem-filem yang cukup mengguris hati agama dan umat Islam sedang hakikat keperitan luka ini masih berdarah, sekali lagi umat islam negara di ganyang perasaan dengan sebuah filem berupa jenaka yang menghina secara selama ajaran islam dan Rasulullah S.A.W secara khusus selepas sebelum ini filem Gubra, Sepet dan beberapa filem lagi masing-masing ada aura tersendiri yang cukup kontroversi dan menyentuh hati agama suci ini .
Filem yang menjadi fenomena baru-baru ini sedar tidak sedar, filem ‘Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dan dibintangi oleh pelawak baru terkenal negara Zizan Razak, Julian Evans dan beberapa bintang lagi memaparkan adegan yang cukup menyentuh sensitiviti agama Islam. Apa yang lebih menarik ialah filem ini mendapat sambutan yang cukup drastik dan hangat di kalangan penonton negara dari 80 buah pawagam, termasuklah di Singapura dan Brunei dan mula ditayangkan sempena Aidilfitri yang lalau pada 31 Ogos.
Islam Tidak Diskriminasi Hiburan
Kami memandang serius isu ini kerana adegan yang telah menyentuh ruang akidah Islam, menghina Rasulullah dengan kalimah syahadah yang songsang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" dan membawa maksud (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan) terang dan jelas dipaparkan dalam dialog babak filem ini , selain adegan tahyul, adegan seolah-olah mempromosi agama lain turut dipamerkan dalam filem ini.
Kami tertanya-tanya tentang mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh pihak produksi melalui filem ini. Mungkin pihak produksi dan pelakon cuma berniat untuk menghiburkan penonton dengan menvariasikan genre lawak dan jenaka, namun perkara utama yang turut perlu ada dalam pertimbangan ialah bagaimana penerimaan jenis hiburan tersebut dengan syariat Islam.
Bahkan, bukankah Islam sudah awal mengajar umatnya agar berhibur dengan cermat dan bijak? Islam tidak mengharamkan hiburan, malah turun meraikan hiburan dengan syarat ia mestilah berdasarkan etika akhlak dan akidah yang ALLAH perintahkan. Dr Yusof al-Qaradawi menyebut:
”Ketawa merupakan antara keistimewaan manusia. Binatang tidak boleh ketawa kerana ketawa datang hasil satu bentuk kefahaman dan pengertian terhadap satu ucapan yang didengarinya atau satu kejadian yang disaksikannya. Rentetan itu dia ketawa. Kerana itu dikatakan manusia adalah haiwan yang ketawa. Benarlah ucapan yang menyatakan: saya ketawa, justeru saya adalah manusia"
Sayyidina Ali berkata: “Hiburkanlah hati dan carilah ungkapan bijaksana yang melucukan kerana hati juga menjadi jemu sepertimana jasad."
Agama Islam agama yang terlalu faham fitrah dan keistimewaan manusia, maka dengan sebab itu Islam mengharuskan hiburan. Akan tetapi sejauh manakah kita menggunakan kebijaksanaan memanfaatkan ‘ keharusan’ hiburan ini ?
Adakah dengan melibatkan akidah dalam berjenaka di benarkan dalam Islam. Sudah tentu jawapan nya tidak.
Pihak Bertanggungjawab Perlu Tegas & Berhati-hati
Kami menyeru kepada rakan-rakan sekalian, mari kita anjakkan pendirian kita untuk sama-sama mendokong dunia perfileman yang bersih daripada unsur-unsur cela agama. Kami amat yakin bahawa di sudut jauh hati pelakon utama, Zizan Razak tidak berniat untuk melafazkan kalimah sedemikian untuk menceriakan suasana, dan kita tidak salahkan terus sesiapa dalam hal ini, mungkin hanyasanya untuk berhibur semata-mata dan beliau sendiri secara peribadi sudah memohon maaf atas ketelanjuran itu dalam ruangan twitter nya.
Namun kita bertegas untuk masa akan datang, filem-filem yang ingin di tayangkan perlulah mengikuti dasar-dasar mahmudah agar hiburan itu ada manfaat dan pengajaranya. Panel-panel penilai filem terutama dari Perbadanan Filem Negara (Finas) perlu bertegas dan berhati-hati menilai filem yang ingin dikeluarkan, termasuklah juga pengarah filem yang cukup besar peranan nya mencorak suasana sesuatu filem tersebut.
Pilih Filem Yang Betul
Sebagai masyarakat merangkap penonton, kami yakin suasana dunia filem sudah menjadi antara elemen hiburan yang sinonim. Sehubungan dengan itu, berhatil-hatilah dalam memilih jenis filem untuk ditonton.
Kita tidak nafikan ada filem yang berunsur baik keadaaan dan niatnya dan kita juga tidak nafikan ada filem sebaliknya. Terpulanglah kepada kita untuk memilih dengan bimbingan agama yang kita ada kerana pasti semua ini berkait rapat dengan unsur dosa dan pahala yang ALLAH akan tanya.
Mudah-mudahan isu sensitif ini membuka minda kita semua agar jadikan agama sebagai tempat teratas dalam setiap gerak daya urusan kita termasuklah dalam bidang hiburan kerana pasti semuanya dalam perhitungan. Itulah akidah.
"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"
Mohd Muemin bin Mohd Amin Jafar
Lajnah Dakwah & Perpaduan Nasional
Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)
Artikel ini diambil di blog Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) di http://isiukm.blogspot.com/2011/09/isu-filem-hantu-bonceng-dalam-islam-ada.html#
1 comments:
http://www.benashaari.com/2011/09/jawapan-ahmad-idham-pasal-persenda.html
hmmm....NAUZUBILLAH..
Post a Comment