Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 14, 2011

GMUKM sahut Diskusi Rabu Malam (DISRAMA)

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sudah bersedia untuk berwacana bersama-sama mahasiswa khususnya pelajar tahun satu yang baru mendaftar pada pertengahan minggu lalu.

Kesempatan yang ditawarkan oleh Kesatuan Mahasiwa Sedar (KEMAS), ujar bakal panelis wakil GMUKM malam ini, saudara Mohd Abdullah dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk menerangkan dasar-dasar GMUKM yang selama ini cuba dimanipulasi oleh pihak lawan.

Menurut Mohd, sudah acapkali pihak Aspirasi sengaja menafikan peranan dan kejayaan GMUKM dalam mencorakkan pembawakan Universiti untuk lebih berorientasikan mahasiswa.

"Kita (GMUKM) lihat, Aspirasi sudah lama memegang 'post' (jawatan) penting dalam aktiviti-aktiviti Universiti; walhal tidak ada nilai keintelektualan (dalam aktiviti program tersebut).

"Walaupun GM (Gabungan Mahasiswa) sebelum ini belum memegang jawatan (di PMUKM), sudah banyak isu dibawakan MPP GM seperti SPKG (Sistem Penilaian Kompetensi Generik), isu HE/HX (sukatan kokurikulum sebelum ini) selain isu-isu bersifat nasional seperti PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara) dan biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).

"Justeru (dengan) peluang yang disediakan KEMAS (Kesatuan Mahasiswa Sedar) akan kita di peringkat GM sahut," tambah saudara Mohd Abdullah yang juga merupakan Timbalan Presiden PMUKM merangkap MPP Kerusi Umum Tahun 3/4.

Untuk makluman, GMUKM telah mendapat tawaran lewat petang semalam daripada Kesatuan Mahasiswa Sedar (KEMAS) untuk berpencak di Diskusi Rabu Malam (DISRAMA) di aras atas Pusanika pada malam ini, pukul 8.15 malam.


Antara panelis yang dijangkakan turut hadir adalah saudara Kamal bin Ali yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Aspirasi UKM.

DISRAMA ini yang bertajuk Wacana Mahasiswa Baru - Satu Harapan dijangka akan mendapat sambutan hangat ekoran beberapa buah isu 'panas' pada Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang lalu.

DISRAMA ini bakal dipengerusikan oleh saudara Izzat Fathi selaku jurucakap KEMAS.

Jom kita berwacana !

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !