Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) memuji kejayaan Sekretariat Pesta Konvokesyen pada sesi kali ini yang berjaya menarik ramai orang untuk hadir ke 'countdown events' menuju Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 pada minggu hadapan.
Bermula pada waktu cuti semester yang lepas, Sekretariat Pesta Konvoskesyen telah bertungkus lumus mengadakan acara-acara 'countdown events' seperti Majlis Pelancaran & Penyampaian Watikah Sekretariat (3 Julai) , aktiviti 'Mass Marketing' (sepanjang bulan Julai), Hari Masyarakat Prihatin (17 Julai) selain terbaru program 'PC Carnival Campus Youth' sepanjang minggu ini dan 'UKM Konvo-LeRun MTB Mini Jamboree' yang dijadualkan 17 September (Sabtu) nanti.
Pelancaran Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 |
YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi ketika merasmikan Program Masyarakat Prihatin 17 Julai lalu |
Pelancaran 'PC Carnival Campus Youth' 13 September lalu |
Majlis Serahan Tajaan UKM Konvo Lerun MTB Mini Jamboree |
Berpandukan 4 elemen penting iaitu teknologi, sukan, kebudayaan, intelek dan kerohanian yang bakal dipertontonkan kepada para pengunjung dalam menuju Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM minggu hadapan.
Untuk makluman, Sekretariat Pesta Konvokesyen Kali Ke-39 anjuran Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010/2011 akan mengadakan Pesta Konvokesyen Kali Ke-39 pada 22 hingg 27 September 2011 yang akan disempurnakan oleh Canselor UKM, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Untuk rekod juga, Naib Presiden 3 PMUKM saudara Mohd Faizal bin Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM pada kali ini.
Syabas buat semua !
Syabas buat semua !
0 comments:
Post a Comment