Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, May 12, 2009

Aspirasi Sepakat, Tranformasi Temberang


”Hentikanlah permusuhan antara kita MPP UKM yang ada. Ideologi politik mungkin berbeza, namun janganlah kerana ideologi politik yang berbeza itu menyebabkan kita bermasam muka seperti yang ditunjukkan oleh seorang MPP GMUKM terhadap saya yang bukan sahaja tidak sudi untuk menegur saya, malah melihat muka saya pun beliau tidak"-
Inilah satu fitnah yang besar kepada kita semua. Ia dikutip daripada blog Sarfarizmal yang menaburkan fitnah bahawa ada MPP GM yang bermasam muka dengan beliau dan tidak sudi menegurnya. Wartawan GMUKM telah berkesempatan menemubual beberapa MPP berkaitan tuduhan melulu Timbalan Presiden PMUKM ini :


” Pihak Aspirasi selalu gendangkan api perkauman dan fitnah yang boleh mencemarkan nama baik kami. Saya minta Sarfa mnarik balik tuduhan beliau sebelum kami mengambil tindakan rasmi terhadap beliau. Tidak cukupkah polis sedang menyiasat beliau tentang fitnah yang dilemparkan ketika PRK dahulu? Bertaubatlah dan marilah kita bersatu untuk meninggalkan politik lama berasaskan fitnah dan ingatlah bahawa setiap lafaz dan tulisan akan dipersoalkan pada akhirat kelak” – Saudara Hisyamuddin Che Ali, MPP Umum Tahun 3 dan 4

” Kami sebenarnya tidak tahu isu ini timbul sebelum ia dimaklumkan kepada kami bahawa Sarfarizmal telah menfitnah kami. Saya merasa terkilan dengan kenyataan tersebut yang boleh dikatakan sebagai ’lempar batu sembunyi tangan’. Saya cabar Sarfa kemukan nama siapakah MPP tersebut” – Saudara Fikah Sanusi, MPP Umum Tahun 3 dan 4



” Inilah satu lagi siri pembohongan MPP Aspirasi, yang tidak banyak buat kerja, tetapi asyik menabur fitnah kepada MPP GM” –
Saudara Phoon Kar Liang, MPP Fakulti Undang-Undang.


” Ingatlah bahawa dosa menfitnah lebih besar daripada dosa membunuh. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu mengampuni dosa tersebut. Insaflah sebelum terlambat” –
Saudara Mahfuzan Gaddafi Mahmud, MPP Fakulti Pengajian Islam Tahun 3.

1 comments:

mahasiswi ukm said...

x boleh jg ckp saudara timbalan presiden mpp menabur fitnah..mungkn mmg ade diantara gmukm yang berbuat begitu.dan org nya bukan salah seorang yang d temubual di atas..tahniah kepada yang tidak bersikap begitu

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !