Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, May 12, 2009

Tahniah & Syabas UKM - GMUKM





University of Hong Kong


Syabas dan Tahniah pihak GMUKM ucapkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51 dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

Penilaian itu telah dilakukan oleh QS, pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney,Johannesburg, Boston dan Washington DC. Dalam rangking tersebut,tiga universiti di Hong Kong menduduki lima tangga terbaik dengan University of Hong Kong mengungguli ranking pertama, diikuti Chinese University of Hong Kong di ranking ke-2 dan Hong Kong University of Science and Technology di ranking ke-3. University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki ranking ke-4 dan ke-5.


Semenatara itu, Universiti Malaya menduduki ranking ke-38, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.

Menurut Jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM, Saudara Hazman Abdullah menyifatkan bahawa pemilihan UKM sebagai universiti ke 51 terbaik di Malaysia mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap universiti yang bercorak kebangsaan dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi.


“ Jelas bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia mendapat perhatian tinggi Asia dan melihat trend pemilihan kedudukan rangking Asia ini, jelas negara-negara yang menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa Universiti seperti China, Hong Kong, Jepun berjaya diiktiraf dunia manakala Universiti yang menggunakan bahasa Inggeris seperti di India jauh ketinggalan di belakang”


“ Ini menunjukan sistem berorientasikan kepada pendidikan bahasa rasmi boleh pergi jauh ke hadapan dan setanding dengan system universiti negara-negara maju”, ujarnya dalam satu pertemuan dengan Wartawan GMUKM.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !