Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyambut baik hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggubal satu dasar khusus berkaitan Hal Ehwal Pelajar (HEP) selaras dengan cita rasa dan harapan mahasiswa untuk bersuara serta menyatakan pandangan terhadap kerajaan. Menurut Timbalan Menteri KPT, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perkara itu hanya akan ditentukan selepas beliau mengumpul semua cadangan, pandangan serta luahan rasa pelajar menerusi program Misi "Menyelami Minda Pelajar" (3M). Katanya, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) juga perlu memberi sepenuhnya ruang kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan tanpa terikat dengan agenda institusi berkenaan.
"Saya tidak menolak kemungkinan membentuk satu dasar (HEP) yang bersifat lebih mesra pelajar. "Kita perlu menghormati mahasiswa dan jangan melayan mereka seperti pelajar sekolah dan melabel pembangkang apabila mengkritik kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Misi 3M bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kediaman Siswa UTM di Setapak Jaya di sini, semalam.
Paling menarik, beliau yang juga seorang pemimpin yantg dekat di hati mahasiswa, menyatakan bahawa pemimpin parti pembangkang kini boleh memasuki kampus IPT bertemu pelajar kerana kampus adalah tempat mendidik pelajar berpolitik. "Sebenarnya sebelum AUKU dipinda pada 1975, pergerakan pelajar di kampus yang mencorakkan politik di luar institusi itu menerusi debat pelajar berkaitan politik sehingga membentuk pelbagai pandangan di kalangan masyarakat," katanya.
GMUKM optimis bahawa Timbalan KPT dapat melihat idealisme mahasiswa yang terpancar melalui usaha untuk melakukan perubahan drastic di kampus. Mahasiswa perlu dilahirkan sebagai golongan yang berfikir secara matang dan kritikal. Janganlah mahasiswa dijadikan sebagai boneka pihak tertentu, yang dihayun ke sana ke mari tanpa dapat membuat keputusan sendiri.
GMUKM melihat usaha untuk memberikan kebebasan asasi kepada mahasiswa untuk bercakap sesuai diaplikasikan ke dalam UKM ini. Hal ini kerana saban hari, HEP dengan beberapa individu perkaderan Biro Tatanegara (BTN) cuba menjadikan mahasiswa sebagai lembu tunggangan mereka. Cuba menjadikan mahasiswa ikut acuan BTN mereka. Inilah mahasiswa UKM perlu bertindak. Melawan HEP yang bertaraf kerani, yang selalu menunjuk-nunjuk dan berlagak-lagak seolah-olah dialah yang paling berkuasa di UKM. Kepada si individi terbabit, kuasa mahasiswa akan muncul tak lama lagi melawan penindasan yang anda lakukan kepada mahasiswa.
0 comments:
Post a Comment