Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, May 12, 2009

Ibarat ayam jantan berkokok berderai-derai, tapi ekor penuh bergelumang dengan najis

” Bagi menjaga kebajikan para pelajar yang menginap di kolej dalam kampus induk UKM, Bangi ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk memperjuangkan beberapa perkara khusus bagi kolej-kolej UKM. Antara yang akan saya perjuangkan demi kebajikan kita sebagai pelajar....”. Inilah ayat-ayat yang dinukilkan dengan indah oleh Timbalan PMUKM yang kontrovesri, Sarfarizmal Mohd Saad yang masih dalam siasatan polis bagi kes ugutan bunuh dalam Pilihanraya Kampus yang lepas. Jelas satu harapan yang palsu buat semua mahasiswa kerana beliau telah bermain dengan kata-kata dengan janji-janji manis yang hanya bermain di bibir pelajar FSSK ini. Janji pertama untuk menurunkan harga kolej Keris Mas adalah manifesto yang dibawakan oleh MPP GMUKM dan ibarat menangguk di air keruh (yang bererti memanfaatkan situasi / keadaan yang sudah sedia ada untuk mencari keuntungan pribadi), jelas perbuatan MPP Kontroversi ini sudah lama dijangkakan. Penurunan harga kolej Keris Mas ini sudah lama dijangkakan dan tidak perlu Sarfarizmal melaung-laungkannya ibarat ibu ayam telur sebiji, riuh satu UKM.

Memang MPP Kepopularan dicari oleh Sarfarizmal untuk menaikkan namanya sebagai Presiden PMUKM pada tahun hadapan (Itupun jika Aspirasi menang). Mereka lebih bertindak untuk memuaskan kepentingan politik Aspirasi berbanding menjaga kebajikan mahasiswa itu sendiri. GMUKM ingin bertanyakan ke mana menghilangnya suara Sarfarizmal apabila pembentangan daripada pihak Bendahari semasa di Danau Resort dahulu (Semasa kursus Persatuan), beliau langsung tidak bertanya tentang kebajikan mahasiswa dalam soal kebajikan persatuan. Malahan lebih dahsyat dan sedih, beliau sanggup menjadi jaguh jalanan apabial isu yuran kolej naik timbul di Kosmo! Tempohari. Sekiranya UKM masih inginkan pemimpin seperti ini, ibarat UKM akan terus dirudum malang dan sejarah tercatat sekali lagi bahawa PMUKM telah gagal membela nasib mahasiswa.

Penulisan ini bukan hendak menembak jatuh Sarfarizmal ini Tetapi dengan tuduhan melulu dan sikapnya yang lebih kepada kepentingan individu, pihak GMUKM bertanggungjawab untuk mendedahkan siapa sebenarnya Sarfarizmal ini. Janji mulut manis yang kedua adalah bnerkaitan dengan mendesak pihak pengurusan UKM untuk membeli kolej pendeta Za’ba. Inilah angan-angan mat jenin yang tidak berlandaskan fakta. Kolej Pendeta Za’ba mempunyai kontrak selama 30 tahun. Kolej ini telah beroperasi sejak 2004 yang lalu. Masih tinggal 26 tahun kontrak berbagi. Sekiranya pihak UKM ingin membeli kolej tersebut, UKM (baca : wang rakyat dan mahasisswa) akan mengalir berpuluh-puluh juta ringgit. Penamatan konsesi bukannya boleh dibuat secara mudah dan sembrono sahaja. Ia melibatkan tindakan guaman dan prosedur yang banyak. Apa yang boleh dicadangkan adalah setiap 5 tahun sekali, berlaku penyemakan semula harga yuran yang memerlukan kelulusan Kementrian Pengajian Tinggi (KPT). Jadi sewaktu kenaikan tersebut, maka UKM melalui KPT tidak meluluskan kenaikan itu dan mencadangkan penurunan dengan memberikan subsidi sehingga cukup 30 tahun perjanjian. Ini adalah langkah selamat dan menjimatkan daripada mendesak pihak UKM mencurahkan wang yang banyak bagi membeli kolej Za’ba ini. Lebih baik duit itu digunakan untuk menjalankan penyelidikan bagi menaikkan rangking UKM di mata dunia.

Selain itu, janji manis turut ditaburkan tetapi menyusahkan mahasiswa itu sendiri iaitu menyeleraskan kembali yuran-yuran kolej lain, iaitu kolej-kolej lama yang telah diperbaiki. GMUKM ingin pertikaikan janji Sarfa ini kerana ia akan memberikan satu bebanan baru kepada mahasiswa. Kolej yang murah akan menjad mahal. Itulah natijahnya walaupun diperkatakan bahawa kolej yang mahal akan turun harga. Persoalan yang perlu difikirkan semua ialah hanya dua kolej (KPZ dan KKM) sahaja yang mahal harganya, sedangkan 11 kolej lain adalah berpatutan. Jadi jika diseleraskan, ia memberikan bebanan kepada mahasiswa yang lain. Paling cantik, ia diturunkan semua kerana itu hak mahasiswa untuk mendapatkan satu tempat tinggal yang selesa. Tak jadi alasan kukuh apabila berlaku pengubahsuaian, maka akan berlaku kenaikan harga. Ini adalah hujah yang lapuk. Kenapa apabila sesuatu hospital baru atau dinaiktarafkan, maka harga ubat dan yuran 1.00 itu akan tetap sedia ada. Jawapannya adalah kerana ini adalah hak asasi rakyat. Tak perlu ungkit apabila melaksanakan sesuatu pengubahsuaian. Lagipun kerajaan boleh bantu dari sudut kewangan kerana inilah tanggungjawab sebenar mereka, membantu memberikan pendidikan terbaik kepada semua warganegara.

Jelas bahawa politik ’kepopularan’ cuba dimainkanoleh Sarfarizmal ini. Pihak GMUKM harap semua mahasiswa menolak politik kotor ini kerana pemimpin mahasiswa adalah cerminan kepada pimpinan negara pada masa hadapan. Kepada Sarfarizmal, insaflah dan berfikirlah sebelum mengeluarkan kenyataan. Ia akan mengambarkan betapa lemahnya kotak pemikiran pemimpin mahasiswa. Ingat bahawa anda membawa bayang-bayang pelajar UKM. Jika anda lemah dan kurang intelektual, maka ia akan menggambarkan bahawa seluruh pelajar UKM lain yang lemah. Jadilah seperti orang yang menjual minyak wangi, yang membawa kewangian kepada semua orang. Dan janglah jadi seperti seekor kerbau yang membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Fikirkan mahasiswa UKM yang budiman.

2 comments:

pelajar said...

saya penghuni kkm.mmg hrga kolej ni agak mhal.tp sy x pernh fikir pn pasal ni..tp kdng2 cmburu dgn bdk kolej lain(kolej lame) yg yuran nye lebih murah.kalau mcm tu xkn saya dan semua wrga kkm apply nk msuk kolej lame?.nt sape nk tgal d kkm dan kpz..naik kan hrga kolej boleh,tp jgn terlalu mahal.utk trun kn hrga mungkin sdikit mustahil sebb brang2 smkin mhal..x kesah byr mahal asalkan selesa..

Anonymous said...

lg satu...bwak la bersabar...kaji dulu...zaaba tu dh nk beli dh...tp msalah kat penjual...die naikkan harga...xkan bnda mcm ni pon nk kecoh...nk banding sewa uma kat luar lg mhal...relax...nnt ukm bli zaaba...ok...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !