Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 17, 2009

DEMOKRASI OH DEMOKRASI

Bagi masyarakat yang meletakkan keamanan (security) sebagai perkara paling dasar, demokrasi diperlukan kerana sistem ini mampu mewujudkan kestabilan sosial, keamanan dan keadilan. Masyarakat ini memerlukan demokrasi bagi mengakhiri ketempangan sosial, menyudahi penindasan ekonomi dan mencipta kesejahteraan dalam kehidupan. Prinsip utama demokrasi ini adalah keadilan sosial itu sendiri.

Secara asasnya, demokrasi bukanlah suatu sistem asli yang digunapakai di dalam negara Malaysia. Sistem awal yang digunakan pakai di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah sistem Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy). Tetapi oleh kerana Raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu bersama Raja dan meneruskan peranan politik mereka melalui Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Prinsip asas demokrasi adalah memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka.

Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dihuni oleh mahasiswa berbilang kaum dan budaya merupakan satu koloni masyarakat kampus yang benar-benar menggambarkan suasana sebenar masyarakat Malaysia. Dalam pengamalan demokrasi di UKM mahasiswa diberi hak untuk membuat pemilihan pimpinan yang bakal menjadi jurubicara mahasiswa ke peringkatan pentadbiran universiti. Proses pemilihan melalui pilihan raya kampus yang saban semester dijalankan merupakan medium utama proses pemilihan tersebut.

Kali ini, pilihan raya kampus yang bakal dijalankan tidak lama lagi bakal menjadi bukti tentang pengamalan demokrasi di peringkat kampus UKM. Namun sejauh manakah ketelusan dalam pilihan raya kali ini dijalankan masih menjadi persoalan.

Hari ini, bahang atau suasana pilihan raya kampus sudah mula terasa walaupun hari pembubaran masih lagi menjadi tanda tanya. Pada sesi pilihanraya kampus yang lepas notis pembubaran PMUKM ditampal pada waktu cuti semester dan majoriti mahasiswa tidak tahu menahu akan notis tersebut . Seolah-olah, jawatankuasa pelaksana pilihan raya tidak mahu semua mahasiswa mengetahui tarikh pilihan raya kampus??

Mahasiswa mempunyai hak untuk membuat pemilihan terbaik terhadap wakil mahasiswa yang menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Mahasiswa kampus UKM tertanya-tanya. Adakah ini merupakan salah satu perancangan pihak tertentu dalam menafikan hak-hak mahasiswa. Keraguan terhadap pengamalan demokrasi kampus UKM diragui

7 comments:

Anonymous said...

Cayalah Affandi...
Ko mmg macam CIBAI betul...
Selamat hari raya semua...

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA...SEMOGA KITA SEMUA DIAMPUNKN OLEH ILAHI..INSAFLAH DR CKP BNDA YG BUKN2...

Anonymous said...

hahahha....kalo dh bengang mmg perkataan yg kluar mmg akan bangang,citer demokrasi pun ko takleh tahan,x pham aku

member said...

lawak betol tengok member yang pertama komen...sengal tol ayat dia..xde tamadun tol..memang jakun punya orang,,paling kurang mpp fpend tue ada gak kesedaran dan pngetahuan tntg demokrasi daripada ko yg bengap,bodoh..haha..ckapnya tau nak mencarut jer kerjanya

justice said...

apa mkna demokrasi jka amalan dmokrasi x dguna pkai? nama hny tgal name. inilah yg d namakn dunia. sperti politik zmn skrg. byk pnyelewengn yg blaku. kta sbgai intelectual prlu bfikir sbaik mgkin dlm mmilih pemimpin yg slayakny. bkn shj dlm ptadbirn ukm ttp juga ptadbiran ngara. kita prlu kn pmimpin yg btggungjwb. bknnya pmimpin yg tlepas dr sbrg tndakn undag2 dek pngaruh yg dmiliki. sape mkn cili dia akn rase pdas nye.. gmukm, truskn pjuangn anda.... hidup gmukm..

Anonymous said...

ap la budak yang komen perkataan CIBAI tu...ni mesti budak yang bermasalah kat sekolah dulu ni...masuk u ni pun nasib-nasib je....langsung tak de budi bahasa...jangan harap orang nak hormat kita kalau kita tak hormat orang..kepada budak yang cakap cibai tu..baiki percakapan anda...

Anonymous said...

betul2...sape mkn cili dia terasa pedas...demokrasi pihak pembangkang merupakan demokrasi yang paling teruk aku pernah jumpe..
sikit2 saman,skit2 saman...takleh langsung la orang nk tegur dan bgi nasihat kat diorg..bile tembelang nk kena pecah je saman sane sini...exco sendiri yang tegur kepincangan diorg lak kena desak letak jawatan..tapi yg macam haramnya diorg gak yg dok berkokok cakp orang lain tak demokrasi..tak ke bangang namanya...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !