Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 17, 2009

Mesyuarat MPP : MPP GMUKM Tertipu Lagi

Mengejutkan. Inilah berita yang wartawan GMUKM terima sebentar tadi di bilik berita bahawa Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) yang kali pertama diadakan pada 16 september 2009 lalu terpaksa ditangguhkan. Paling mengejutkan adalah alasan pembatalan itu yang dilaporkan berlaku akibat permintaan Presiden PMUKM sendiri, Nasir Nazri kepada Naib Canselor atas alasan bahawa ramai MPP (baca MPP Aspirasi) telah pulang ke kampung untuk bercuti raya.

Bilik berita kami turut menerima laporan bahawa MPP GMUKM seramai 12 orang itu tidak menerima sebarang notis mahupun sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan penundaan mesyuarat tersebut dan mereka hadir ke mesyuarat itu tepat jam 9.00 pagi. Malangnya tiada langsung orang mahupun PMUKM yang berada di sana. Malahan, wakil MPP Perubatan dan MPP Farmasi yang sedang perjalanan ke UKM Bangi turut diarahkan pulang oleh wakil MPP di Bangi disebabkan penundaan mesyuarat itu.

Wartawan GMUKM berkesempatan menghubungi seorang MPP GMUKM yang ‘hadir’ ke mesyuarat itu dan menurut MPP tersebut yang enggan dikenali, beliau menyatakan kekesalan dengan sikap PMUKM Aspirasi yang gagal bersikap secara professional.

“ Kami rasa tertipu apabila hadir ke mesyuarat itu dan jelas bahawa Aspirasi mempermainkan kami apabila tiada seorang pun wakil Aspirasi yang hadir pagi itu (16 hb September) kerana mereka sudah tahu penundaan itu sejak awal lagi,’ ujarnya.

Katanya lagi bahawa tindakan tidak memberitahu sebarang maklumat tentang penundaan itu kepada MPP GMUKM menunjukkan bahawa PMUKM Aspirasi jelas ingin menzalimi dan menyusahkan MPP GMUKM.

“ Apa kes apabila penundaan ini sudahlah tidak diberitahu kepada MPP GM, malahan ditangguhkan kerana alasan ‘budak-budak’ dan bersifat peribadi,” ujarnya merujuk surat permintaan kepada Naib Canselor untuk tangguhkan mesyuarat itu atas alasan hari raya yang ditandatangani sendiri oleh Presiden PMUKM.

Menurut MPP tersebut bahawa alasan penangguhan kerana hari raya adalah tidak relevan dan pihak PMUKM Aspirasi perlu mengutamakan kepentingan mahasiswa, bukannya kepentingan peribadi.

Sementara itu, salah seorang MPP GMUKM yang turut tertipu dengan permainan Asapirasi ketika dihubungi meluahkan kemarahannya kepada Saudara Nasir.

“ Saudara Nasir sepatutnya bertindak sebagai pemimpin dengan memberitahu penundaan itu melalui sms sahaja dan bukannya membiarkan MPP GM datang dan melihat dewan mesyuarat kosong’’

“ Apakah kerana MPP GM dianggap sebagai bahan buangan oleh mereka (PMUKM Aspirasi), menyebabkan mereka menganak tirikan MPP GMUKM dalam segala hal”, soalnya dengan tegas.

Sebelum ini juga diperkatakan ramai tentang kezaliman Aspirasi dalam soal pembahagian kerusi MPP, ketiadaan bilik untuk MPP GM, program tidak dipanggil, surat atau notis yang lambat atau tidak sampai dan pelbagai lagi kezaliman terhadap MPP GMUKM.

Wartawan GMUKM turut dilaporkan bahawa MPP GM yang hadir telah pergi ke bilik TNC HEPA dan berjaya berjumpa dengan Naib Canselor dan TNC HEPA di ruangan tingkat 6 Bangunan Canselori. Mereka telah mengadu kepada Naib Canselor tentang kegagalan Aspirasi memaklumkan mereka penundaan mesyuarat itu. Ada juga MPP GM yang bertanyakan dan mengajukan surat berkaitan kebajikan mahasiswa.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam. Naib Canselor apabila diajukan permasalahn mesyuarat MPP yang hanya berlangsung satu kali sahaja, beliau terkejut dan meminta TNC HEPA menyiasat isu ini.

Bagi alasan Presiden PMUKM bahawa penangguhan disebabkan oleh ramai MPP Aspirasi balik kampung (rujuk surat di bawah). Ramai mahasiswa yang ditemui menyatakan kekesalan terhadap alasan ini. Bahkan seorang pelajar Undang-Undang menyifatkan alasan pengangguhan mesyuarat MPP dengan LPU UKM adalah alasan tidak masuk akal dan membuktikan cakap-cakap belakang sebelum ini bahawa PMUKM Aspirasi gagal dalam menjaga kebajikan mahasiswa. Dan juga gagal dalam sejarah kepimpinan MPP yang dilihat lemah dan kurang profesional.


12 comments:

justice said...

apesal ngan aspirasi 2? sokong gmukm. hidup gmukm...

Anonymous said...

bt apa nak sokong kalo akn menyusahkan kita ms keluar nanti....

Anonymous said...

pemalas aspirasi!!!!

aspirasi pemalas said...

syok nyer mpp aspirasi awal-awal balik kampung. maksudnya beraya adalah lebih penting drpd kebajikan mahasiswa. meeting penting dgn nc & tnc pun blh tangguh. besar dan angkuhnya mpp aspirasi mintak tangguh meting.....

Anonymous said...

Dorang ni mmg bodoh...
Budak2 ppuan ni pun bukan boleh caya.. Barang dalam komputer pon blh tahan gak... Hari tu kantoi lak simpan video masa antar laptop kat kedai ambang IT...

Anonymous said...

ni apsal asyik dok cakap pasal budak pompuan je ni hah..ko tu baik sangat ke??suci sangat ke ko tu??walau pun ak ni agak sosial tapi tak de la nak heboh sangat sbb ak pun tak baik..kalau ko tak pernah langsung mendekati bnda2 tak elok dan zina sprti ni baru la ko bleh tegur scara terbuka...

Anonymous said...

Maksudnya GM ni pun takleh lah tegur secara terbuka.. Sbb dorang pun buat benda2 maksiat ni kan.. kan.. kan.....

Anonymous said...

bukan budak perempuan tu budak aspirasi ke?

Hari Pink said...

gm r aspirasi...??

undi sy adalah rahsia...haha

Anonymous said...

Budak perempuan tu exco dari budak2 GM... tudung labuh lak tu... Kan dorang kata yang tudung labuh tu semua budak GM...
hahaha

Hari Pink said...

ada lak macam tu.
mana tahu.
asal tudung labuh je Gm...
tp mungkin jugak...
hahaha...
saya buat andaian ye..
bukan fitnah..hihi

Anonymous said...

hahaha,...bio la dia nk teegur secara terbuka pon..ni laman blog GM..laman demokrasi...ko bleh blah klu nk sekat2 kebebasan bersuara kat sini..


Exco Demokrasi Terpimpim
Gabungan Merapu

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !