Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 23, 2011

Amalkan akhlak & etika penulis sebenar

Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM) mengingatkan kepada rakan-rakan mahasiswa khususnya kepada penyokong-penyokong GMUKM dan 'front-front' yang bernaung di bawah GMUKM supaya menjaga etika dan adab semasa berinteraksi di alam maya.

Saudara Hafiz bin Abdul Razak ketika mengulas perihal ini menjelaskan, “ Rakan-rakan perlu ingat, apa yang kita perjuangkan hari ini bukan (atas) isu peribadi atau emosi.Kita tawarkan (dengan jelas Gagasan GMUKM) Realisasi Varsiti. (Maka adalah) lebih baik kita tumpukan penerangan (perihal ini dalam bentuk tulisan masing-masing) di Facebook atau blog. Elakkan kerja-kerja (yang) membuang masa seperti posting perkara tidak berasas di blog atau Facebook.

" Kita berdiri dalam PRK pada sesi kali ini dengan penuh keyakinan bahawa kita akan merampas kembali kerusi PMUKM yang kita menang tujuh tahun yang lalu. Justeru saya selaku Pengerusi GMUKM sekali lagi menasihati dan menyeru kepada rakan-rakan untuk bersedia dan bertindak selaku kita 'government-in-waiting' pada kali ini.

" Justeru dalam fasa menjelang PRK (Pilihanraya Kampus) yang (semakin) hampir ini, saya menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa untuk menjaga adab dalam (menulis) blog mahupun (laman sosial) Facebook, " tambah Hafiz lagi ketika dihubungi wartawan GMUKM semalam.

GMUKM dalam pada itu juga menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa di segenap peringkat sama ada di pihak GMUKM (kolej dan fakulti), dan lawan di Aspirasi untuk sama-sama kita menerapkan amalan politik nilai di dalam fasa kita hendak memasuki Pilihanraya Kampus.

Juga diingatkan untuk rakan-rakan mengelakkan sebarang serangan peribadi tidak kira ia benar atau tidak kerana ia akan menjerumuskan kepada situasi yang lebih buruk kelak. Jangan kita abaikan akhlak dan etika kita selaku penulis-penulis artikel kerana dibimbangi akibat tulisan kita akan menimbulkan perpecahan lagi.

Mengakhiri kalam, GMUKM sempat meneliti surah Al-Hujurat ayat 6 sebagai pesanan yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasiq kepadamu membawa satu berita, siasatlah terlebih dahulu. Agar jangan nanti kamu bertindak ke atas suatu kaum dengan kejahilan. Lantas semua itu akan mengheret kamu kepada penyesalan atas apa yang kamu lakukan.” 

Elakkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Ber-GM Lebih Baik!

1 comments:

Pengembara ilmu Allah said...

assalamualaikum...

wahai sekelian sahabat seislam bersama diriku seringkali kita debatkan isu personaliti seseorang sebenarnya diriku mempunyai kesedihan yang amat berpanjangan kerana kerosakan hati manusia pada zaman sekarang...kesedihan yang melampau kerana seringkali kita membaca kitab suci al-quran namun tiada kensafan diri...kata Allah juz ke 11...yaa ayuhannas su qad jaatkum mirrabbikum wa syifaullima fis sudur wahudawarahmatul lilmukminin..ayat 57 surah yunus...mengatakan bahawa al-quran sebagai ubat tetapi ketika diriku pergi di universiti mana-mana...sendiri terasa kesedihan di mana kenapa perlu kita bergurau senda antara lelaki dan perempuan...sedangkan hubungn yang lagha lagi2 antara lelaki dan perempuan dan malah tidak menundukkan pandangan juga adalah panahan iblis yang berbisa sekali... membuatkan hati gelap menerima cahaya ilmu yang berkat dari Allah S.W.T ...wahai sahabat2...walau mase pilihan raya atau tak pilihan raya kita mesti menjaga diri sendiri kerana itu adalah tuntutan Allah di dalam al-quran jelas Allah turunkan dalm juz ke 27 tentang suratul akhlak iaitu surah al-hujurat ini..khas memperbaiki akhlak manusia...mesti menjaga batasan..kerana kita adalah umat akhir zaman..umat yang yang melakukan fitnah berpunca dari kita sendiri menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal...hiduplah bercirikan kan islam dan sentiasa menjaga adab batasan khususnya aurat antara lelaki dan perempuan..dan yang lebih sensetif antara batasan ketika berada dalam laman web sosial iaitu facebook sentiasa bercakap perkara yang lagho dan gelak berlebih-lebihan tersenyum sendirian di hadapan komputer sedangkn tanggungjawab bersama dengan Allah amatlah sedikit dan kadang-kadang dilupakan..kalam tuhan amat sedikit dibaca..sehingga menyebabkan qalbun keras seperti batu jelas Allah sebut di dalam juz 6 surah al-maidah..jagalah ikhtilat letakkan di hati semampu boleh keikhlasan mengingati Allah supaya mendapat ketengan jelas Allah kata quran di dalam surah Ar-ra'du juz 13...waallhua'lam

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !