Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, March 15, 2011

Kempen 'Say No To Polystrene - Snap & Win'

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha gigih Kumpulan Zero Polistirena , Kumpulan Bumi Hijau dan Kelab Pengguna UKM yang bertungkus-lumus menjayakan kempen mengurangkan penggunaan polistirena di UKM melalui kempen yang dinamakan, "Snap & Win - Say NO To Polystrene" yang bermula sejak 7 Mac yang lalu hingga 20 Mac.


Tinjauan GMUKM di laman sosial Facebook Snap &Win pada pukul 2.50 petang tadi menunjukkan seramai 2515 orang telah menyertai pages tersebut. Ini menunjukkan mahasiswa UKM amat prihatin khususnya dalam isu-isu alam sekitar.


GMUKM juga sempat meninjau beberapa keping gambar yang telah di'attach' pada pages tersebut. Hasil yang memberangsangkan ini membuktikan mahasiswa UKM juga tidak kurang kreatif dan kritikal dalam menyampaikan mesej-mesej yang bertemakan alam sekitar. Pages tersebut boleh dilayari di  http://www.facebook.com/SnapAndWin.




GMUKM sekali lagi mengucapkan tahniah dan berharap usaha-usaha sebegini seharusnya mendapat perhatian daripada rakan-rakan sekalian. Sekiranya rakan-rakan masih berminat untuk menyertai pertandingan 'Snap & Win' sempena kempen 'Say NO To Polystene' ini yang masih berbaki 5 hari lagi, rakan-rakan boleh layari di pautan berikut untuk menyemak kriteria dan syarat-syarat pertandingan ; sini dan  sini.

Kempen oleh Kumpulan Zero Polystrene ini juga telah dilaporkan dalam laporan MPM UKM minggu lalu di pautan sini





Kredit : Fb Snap & Win


Kredit : Fb Snap & Win

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !