Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, March 10, 2011

MPM GM serius mendepani masalah subjek PPU

Majlis Perwakilan Mahasiswa Gabungan Mahasiswa UKM (MPM-GM) serius dalam membawa suara mahasiswa. Dalam isu terbaru, khususnya buat mahasiswa tahun 2 dan 3 dalam isu pendaftaran kursus semester pendek (sem 3), kedengaran suara-suara mahasiswa yang merayu untuk mereka dibenarkan mendaftar untuk kursus subjek U2 dan U3 serta bahasa Inggeris (Workplace Communication I).


Antara alasan yang diberikan mereka adalah
> mahasiswa FST mempunyai jumlah jam kredit yang tinggi terutama bagi subjek major (Wajib Major-WM, Wajib Fakulti-WF, Wajib Pusat-WP, dan Wajib Teknikal-WT) yang melebih 80 jam daripada 120 jam kredit yang perlu dihabiskan di dalam 3 tahun. Malahan bagi program kursus Sains Makanan Dengan Pemakanan & Sains Makanan dengan Pengurusan yang mempunyai 4 tahun pengajian, jumlah subjek major melebihi 120 jam daripada 160 jam kredit yang diperuntukkan. Dengan keperluan mahasiswa untuk mengambil subjek umum (U1, U2, U3) serta bahasa Inggeris (Foundation, Academic & Workplace Communication) adalah terlalu membebankan kerana jadual kuliah bagi subjek major juga kadang-kadang dalam sehari menjangkau kepada 4-5 kelas sehari, tidak termasuk subjek umum dan bahasa Inggeris tersebut. Justeru, dengan keperluan mahasiswa FST untuk mengambil dan menghabiskan subjek Umum dan bahasa Inggeris adalah membebankan kecuali mahasiswa FST bertindak mengambilnya semasa semester pendek (semester 3) nanti. Tetapi dengan jumlah kekosongan yang ditawarkan hanya 80 buah tempat, peluang mahasiswa FST adalah sangat tipis.

Kredit : Blog PM-UKM

> subjek 'Workplace Communication' sebagaimana subjek bahasa Inggeris yang lain (Foundation & Academic Communication) turut mengambil masa sehingga 4 jam ( 2 hari x 2 jam) dalam seminggu. Memang diakui masa untuk mempelajari dan mempertajamkan kemahiran bahasa Inggeris harus ditambah, tetapi ia perlu dipertimbangkan pula dengan pertindihan masa yang berlaku dengan subjek-subjek lain khususnya subjek major kursus di Fakulti Sains & Teknologi (FST). Selain daripada itu, kebanyakan amali makmal bagi FST kebiasaannya diadakan di sebelah petang, yang mana turut pada masa yang sama turut berlangsung kelas bahasa Inggeris (Foundation, Academic & Workplace Communication).  Isu ini telah lama diadukan kepada pihak pentadbiran fakulti tetapi pihak fakulti meminta mahasiswa merujuk sendiri ke Pusat Pengajian Umum. Apabila masalah ini diajukan kepada PPU, pihak PPU enggan berkompromi dengan alasan pensyarah tiada sekiranya set baru hendak dibuka; sebagaimana yang berlaku kepada MPM Amalina yang membawakan masalah ini ke PPU baru-baru ini. Maka ketika ini, yang akan menerima akibat adalah mahasiswa itu sendiri sedangkan perlu diingatkan mahasiswa adalah pelanggan utama di dalam Universiti ini. Maka segalanya harus berorientasi keperluan mahasiswa.

Kredit : Blog PM-UKM

> Program-program kursus di Fakulti Sains & Teknologi (FST) juga diakui program yang agak sukar ('tough') dan kebiasaannya ramai mahasiswa bertindak mengulang kembali subjek tersebut untuk membaiki gred 'pointer'. Tetapi masalah yang timbul selalunya akan berlaku pertindihan apabila mereka ingin mengulanginya atau menghabiskan segera subjek-subjek yang diperuntukkan sepanjang pengajian. Ini diburukkan lagi apabila mereka belum mengambil subjek Umum (U2 dan U3) dan subjek bahasa Inggeris. Ini belum termasuk tugasan-tugasan subjek Umum dan bahasa Inggeris khususnya subjek Workplace Communication yang biasanya memerlukan mahasiswa menghabiskan masa mengadakan kajian lapangan di luar kelas.


Justeru, di atas peruntukan dan keperluan kursus-kursus di Fakulti Sains & Teknologi yang agak menekan (constraint) mahasiswa FST untuk menumpukan perhatian kepada subjek-subjek major, MPM Amalina dan Mardhiah selaku MPM FST Tahun 3/4 serta saudari Noraini selaku MPM Umum 1/2 bertindak mengumpulkan nama-nama mahasiswa yang bermasalah pada hari ini di bilik aktiviti PMFST. Di bawah portfolio Exco Akademik PMFST juga yang berkerjasama dengan MPM GM yang ada, mereka turut melancarkan memorandum berkenaan permasalahan subjek 'Workplace Communication' untuk menyampaikan suara hati mahasiswa FST khususnya ingin memohon pihak Pusat Pengajian Umum (PPU) membuka tempat bagi subjek 'Workplace Communication' khusus untuk mahasiswa FST.

Bersama Merealisasi Varsiti

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !