Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, March 14, 2011

Tahniah Datuk Lee Chong Wei !

KENYATAAN RASMI GMUKM :
Tahniah Datuk Lee Chong Wei !


Tarikh : 14 Mac 2011


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan All England bagi kategori perseorangan lelaki setelah menewaskan pesaing utama beliau, Lin Dan dari China di dalam kejohanan tersebut di Birmingham, England semalam.

Datuk Chong Wei yang juga merupakan pemain nombor satu dunia mengambil masa  52 minit sebelum berjaya menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17.

Kejayaan ini merupakan kemenangan kali kedua Chong Wei dalam kejohanan All England selepas tahun lalu berjaya memenanginya selepas menewaskan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.

Kejayaan semalam jelas menjadi rangsangan motivasi terbaik kepada Datuk Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain Lin Dan termasuk yang terbaru di final kejohanan Terbuka Korea, Januari lalu.

GMUKM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan menyeru kepada semua rakyat Malaysia mengambil hikmah kemenangan Malaysia di pentas dunia ini  amat memerlukan kesepaduan dan sikap bertoleransi; dalam masa sama menolak sebarang fahaman dan provokasi oleh mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

Malaysia Boleh !

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !