Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, November 30, 2011

# HelloMP, tolong tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman!

Walaupun dilihat kurang efektif, tetapi kempen yang digerakkan melalui alam maya ini dilihat mampu menggegarkan Parlimen Malaysia.

Melalui kempen yang dikenali sebagai '#HelloMP' warga maya memuat-naikkan gambar mereka memegang sehelai kertas dengan nama kawasan pilihan raya dan wakil rakyat, menggesa mereka menolak rang undang-undang itu di Facebook.

Sebuah laman web; http://hellomp2011.blogspot.com telah ditubuhkan untuk kempen berkenaan dengan arahan lengkap mengenai bagaimana rakyat boleh menyuarakan bantahan mereka terhadap rang undang-undang itu kepada ahli parlimen melalui e-mel dan mesej teks ringkas atau secara alternatif menandatangani petisyen dalam talian.

Kempen ini juga telah disebarkan ke Twitter dengan pengguna secara langsung menghubungi ahli parlimen masing-masing di laman mikro-blogging, menggesa mereka untuk menolak rang undang-undang itu.

Turut mencuri tumpuan laman Facebook Hello MP! Please reject this Bill! juga ditubuhkan sebagai menyokong kempen menolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011 (RUUPA2011).

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - telah dikecam hebat oleh banyak pihak.

Rang undang-undang tersebut bagaimanapun lulus dengan undi suara ketika ahli parlimen Pakatan Rakyat  keluar dewan sebelumnya sebagai tanda protes. Ia diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.


1 comments:

Abu Idris said...


arrayah.info
- Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertentangan Al-Quran dan Sunnah

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !