Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H daripada MT & MPP GMUKM

Assalamu'alaikum wbt dan salam Maal Hijrah 1433 H.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana memberi kesempatan kita menjejak memasuki tahun baru Hijrah, 1433 pada saat ini.

Sewajarnya Hijrah bukan sekadar disambut sebagai rutin mengenang kembali peristiwa hijrah baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dari kota Makkah ke Madinah al-Munawarah oleh umat Islam saban tahun; tetapi rasionalnya kita perlu menilai dan menghayati hikmah yang tersirat dan dipancarkan melalui pengertian penghijrahan itu sendiri.

Di atas kapasiti sebagai seorang mahasiswa, juga seharusnya kita mengambil ibrah (pengajaran) dan semangat daripada peristiwa tersebut dengan kita lebih bermotivasi bergerak menjadi lebih cemerlang daripada sebelum ini.

Seandainya sebelum ini kita kurang rajin, maka selepas memasuki 1433 H ini sewajarnya kita menjadi lebih rajin. Seandainya sebelum ini kita bersikap culas, maka selepas memasuki 1433 H ini sewajarnya kita menjadi lebih prihatin dan menjadi aset berguna buat bangsa dan agama. Selari dengan kata-kata, "jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Dan hari esok lebih baik daripada hari ini."


Akhir kalam, renungi pengertian hadis berikut. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”

Ber-GM Lebih Baik!

1 comments:

hanya insan biasa said...

smpena taon baru hijrah nie diharap la supaya BERHIJRAH la ke jalan ISLAM yang betol..

jgn hanya PAKAIAN n SOLAT jer yg ISLAM

PERANGAI n TUTUR KATA juga perlu lah berunsur2 ISLAM

mcm 2 baru la kaum2 lain HORMAT ORANG ISLAM

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !